Pendedahan Jenayah Ahmad Zahidi Hamidi itulah tajuk buku yang dikesan sedang diedarkan secara percuma kebelakangan ini. Buku yang diterbitkan atas nama Anak Kelantan Prihatin itu memuatkan dakwaan seorang lelaki bernama Amir Bazli Abdullah (kanan- gambar bersama Zahid semasa menyertai konvoi motosikal besar) yang didakwa dipukul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sehingga menyebabkan kecederaan kekal di wajahnya. Kejadian itu berlaku di Country Height, Kajang pada 16 Januari 2006. Laporan mengenainya pernah keluar dalam beberapa buah akhbar dan internet. Waktu kejadian itu Zahid ialah Timbalan Menteri Penerangan. Selain Zahid semasa kejadian itu ada beberapa orang lain termasuk anak lelaki dan menantu beliau. Wartawan Agendadaily mendapat satu naskah buku itu pada malam berlangsung mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di tingkat 38 PWTC Selasa lalu. Sewaktu berjalan menuju ke menara Dato Onn di mana terletaknya ibupejabat UMNO seorang rakan menunjukkan sampul surat berisi sebuah buku kecil dan sekeping VCD. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-2/5/2008
KAU BUNUH CINTA
4 years ago