Sunday, September 30, 2007

:: Rancang

29 September 2007: Sabtu


:: Kali ini kita buat matematik mudah... semudah bersin atau batuk. Senafas je... akhirnya selesai.

Situasi: Grik + Kuching + Bumi Hijau + Pantai + Sg. Batu + Kluang - Sabah = ?

Persoalan: Raya Pertama: Kuching + Bumi Hijau = ?

Sebab: Grik masih di Grik... Pantai mungkin di Lekir... Sungai Batu mungkin di Sungkai... Kluang masih di Melaka.

Persoalan: Raya Kedua: Grik + Kuching + Bumi Hijau + Pantai + Sg. Batu + Kluang = ?

Sebab: Grik mungkin dah tiba... Pantai dah tiba... Sg. Batu dah tiba... dan Kluang pun dah tiba.

Sekadar bertanya: Betulkah situasi... persoalan... dan sebab yang dinyatakan itu?

Sekurang2nya: 7 - 1 = 6.... walaupun raya... dimana2 pun sama.

:: Lailatul Qadr

29 September 2007: Sabtu

:: Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya
:: Ustaz Zainudin Hashim Fri Sep 28, 07 10:15:10 am MYT

:: Tazkirah Ramadan : Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.

:: Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

:: Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.

:: Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

:: Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

:: Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

:: Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr :

:: Allah SWT yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

:: Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

:: Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

:: Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut :

:: Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

:: Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkan Islam.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

:: Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya:

:: Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

:: Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

:: Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

:: Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

:: Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

:: Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

:: Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

:: Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

:: Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

:: Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

:: Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

:: Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr :

:: Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

:: Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

:: Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fokus umat pada malam tersebut :

:: Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah :

:: Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

:: Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!
Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

:: Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

:: Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr:

:: Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

:: Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. - mks.

Saturday, September 29, 2007

:: Tunjuk hebat

29 September 2007: Sabtu
:: Along, Angah, Alang, Anjang dan Acik tak berpeluang mengaji Al-Quran dengan guru lain... cuma bergurukan mamanya apabila dah "kenal huruf"... tapi dengan ayahnya pada peringkat Muqaddam. Setiap daripada mereka punya gaya dan kerenah tersendiri. Acik... terbiasa menggunakan pensil sebagai "penunjuk" ketika membaca Al-Quran... dengan menggerakkan pensil tu dari kanan ke kiri... sambil menunjukkan huruf dan ayat2 yang dibaca... dan kadang2 tu cuma gunakan jari telunjuk kanan je sebagai "penunjuk" apabila pensilnya tercicir atau dah hilang entah ke mana... dan keadaan ini berbeza dengan Pak Ngah ketika seusia dengan usia Acik tu...
:: Semua adik beradik Pak Ngah mengaji Al-Quran bergurukan Tok Long Nah Bidan... kecuali Pak Tam yang barangkalinya mengaji dengan anak2 Tok Long Nah Bidan manakala Mak Njang Aziah pulak mengaji dengan MaK Njang Yam... barangkali le... dan kalau tak silap. Tol Long Nah Bidan ni... dialah yang menjadi guru Al-Quran dan dialah jugak yang membidani orang bersalin ketika itu... sebelum Tok Cik Bidan (mak Mak Cik Norma) turut mempamerkan bakatnya dalam membidani orang bersalin.
:: Rumah asal Tok Long Nah Bidan ni... adalah di tanah bapak kepada Bang Yet Besah (menantu Allahyarham Mad Sakat) di tanah permatang bersempadankan pagar kawasan Kolam Air dan di hujung tanah Mohd Keling Bubur. Mak Long Azizah dan Pak Ngah berkesempatan mengaji di rumah asalnya itu. Rumah di darat... di tanah Tok Su Mat Ali Ketoi Arang yang bersempadan dengan tanah Pak Ngah Shafie (bapak Tok 'Aq) adalah rumah barunya.
:: Biasanya Quran ditinggalkan di atas para bersusun dengan "papan rehal" di rumah Tok Long Nah Bidan tu. Menjadi kebiasaanlah lidi kelapa dijadikan sebagai "penunjuk" ketika membaca Quran... dan selalunya lidi tu hilang... sebab tercicir dari helaian Quran... ketika menyimpan dan mengambilnya. Dan dah menjadi undang2 tak bertulis... sesiapa yang kehilangan "penunjuk" tu terutamanya ketika mengaji berdepanan dengan Tok Long Nah... siap le... akan dijentik telinga dengan hujung rotan... sakit wooo. Menyedari akan keadaan itu... Pak Ngah biasanya menyediakan dua bilah lidi di dalam Quran... hilang satu... ada lagi satu... selamat le. Namun suatu hari... Pak Ngah ternampak daun kelapa hidup yang berbilah besar untuk dijadikan "penunjuk". Pokoknya rendah je... dapat mengesannya apabila melalui tanah Tok Long Ba'yah berdekatan parit besar yang ditumbuhi pokok mengkuang. Parit tu kini dah tiada... mungkin akibat paras air dah menurun dan tanah dah jadi gersang.
:: Tiada pisau dan tiada alatan lain... lalu Pak Ngah cuma gunakan kuku ibu jari tangan kanan untuk meraut sisa daun dari bilah lidi itu... akhirnya dapatlah lidi "penunjuk" bersaiz besar berwarna kuning untuk simpanan. Kesannya celahan kuku ibu jari tangan kanan Pak Ngah telah bernanah akibat dimasuki selumbar... dan kisah ini berakhir dengan Pak Ngah dimasukkan ke Hospital Lumut pada tahun 1964 selama 3 malam... kerana perlukan suatu pembedahan kecil... iaitu mencabut kuku ibu jari tangan kanan tersebut setelah dibius. Itulah kali pertama Pak Ngah diam di hospital untuk makan nasi dengan berlaukkan ikan dan sayur tauge rebus yang tawar. Komen Allahyarhamah Tok Che Mah ialah... " ha... tu la... tunjuk hebat lagi... guna la jari..." yang bernada sindiran.

:: Sendirian

28 September 2007: Jumaat
:: Hari ni menyibuk lagi... banyak surat yang datang yang perlu diambil tindakan...biasa le tu... ada pihak INTAN datang nak meminjam buku... ada 7 orang pensyarah yang baru dapat gred DG44 KUP dipanggil supaya memohon DG48... dan ada perhimpunan bulanan... dan banyak pihak memohon untuk menyewa dan menggunakan premis untuk aktiviti agensi mereka dan macam2 lagi...
:: Ketika perhimpunan bulanan... minta Ketua Jabatan HEP supaya menyelitkan budaya SMS berbaur lucah yang berleluasa dikalangan pelajar di dalam ucapannya... yang Pak Ngah perolehi maklumat daripada pihak pelajar sendiri... manakala Pak Ngah pula menyentuh soal "ikut2an" di kalangan pelajar... ekoran di awal minggu ni... perarakan membawa tanglong dilakukan oleh pelajar2 bukan penganut Budha termasuk yang Muslimnya... sedangkan pelajar2 penganut Budha hanya makan2 je... mungkin akibat ketidakmampuan untuk membezakan antara perayaan kaum dengan perayaan keagamaan... seolah2 wujud dua kumpulan yang menyambut perayaan tersebut... selain dari isu2 lain... yang Pak Ngah hubungkaitkan dengan "Minda Merdeka" yang dijadikan tema kali ini... kelolaan pelajar Sarjana Muda Pengajian Agama.
:: Malam... dilaksanakan pula ceramah "Nuzul Al-Quran" oleh penceramah jemputan khas selepas solat sunat tarawikh di Pusat Pendidikan Islam... dan majlis diteruskan dengan Qiamullail oleh pelajar, pensyarah dan orang awam yang berminat untuk turut serta... alhamdulillah sambutan menggalakkan.
:: Maaf le... Pak Ngah tak dapat turut serta menghantar Mak Ngah ke airport untuk ke KL atas urusan rasminya bersama rakan2 sejawatannya dari SK Dato Traoh... cuma dihantar oleh Angah, Anjang dan Acik je... dan bersahor sorang diri le pak Ngah malam ini... sebab anak2 akan bermalam di Tabuan Jaya.

Friday, September 28, 2007

:: Berdikari

28 September 2007: Jumaat





:: Along... dah 21 bulan mengajar di Johor mencari pengalaman di rantau orang... berusaha untuk berdikari atas latihan Pak Tamnya... namun ada masanya bantuan dari sedara mara yang ada di sana amat diperlukan... terima kasih banyak atas bantuan semua.
:: Itu baru sebelah... kata Along... sebelah kiri dulu... nanti sebelah kanan pulak... mujur dapat cuti sakit... kalau tidak... mungkin bertempiaran lari anak2 murid kerana takutkan cikgunya... dan kalaulah kapas dan pembalut tu berwarna hitam... naya wooo...
:: Mohon maaf Mak Tam... terambik gambar dari blog Mak Tam...

:: Sumber

27 September 2007: Khamis
:: Zaman Pak Ngah kecik2 dulu... mana ada air paip... guna air telaga je le. Dan telaga yang dikorek dalam serta bersimen itu masih ada... masih kekal hingga kini... di tepi rumah di Bt. 51... cuma dulu didindingi oleh daun kelapa yang kering... disusun rapat2... dipadatkan secara menegak dengan diperkuatkan oleh apitan dua batang kayu dan berpaksikan batang bakau... kini terbuka lapang dan terdedah... tanpa dinding... dan mungkin hanya digunakan untuk menyiram pokok bunga di sekitar rumah bagi yang rajin. Disimen tinggi... separas leher kanak2... tinggi betul... mungkin Allahyarham Tok Wan Lin bimbangkan anak2nya terjatuh apabila bermandi manda di telaga dengan menggunakan timba. Sukar jugak ketika zaman bebudak dulu apabila nak mandi... terkial2... dah le airnya cetek... simen yang tinggi tu le yang menyukarkan kita nak menceduk air... separas leher kanak2... dan pastinya anak2 Pak Ngah tiada pengalaman sebegitu... sebab celik2 mata dah ada pili... dah ada air paip.
:: Telaga itu berlantaikan simen yang diadunkan dengan kulit lokan sebab kesukaran mendapatkan batu ketika itu... dan berguni2lah kulit lokan diangkut oleh Allahyarham Tok Wan Lin, Pak Su Yeh dan Pak Ngah dari kawasan buangan kulit lokan di sempadan tanah Allahyarhamah Tok Long Ba'yah yang bersempadan dengan tanah Allahyarham Tok Su Mat Ali Ketoi Arang. Ketahanannya boleh tahan... rasa2nya belum retak hingga kini.
:: Telaga itulah yang digunakan oleh 5 buah keluarga... keluarga Tok Wan Lin... keluarga Mak Njang Simah/Pak Njang Mad Peston... keluarga Tok Ndak Mad Boat/Mak Cik Sa'adiah Tok Awang Akil... keluarga Tok Ndak Mad Norsiah... dan keluarga Pak Ngah Chan/Mak Ngah Minah... yang kadang2 menggunakan telaga Pak Ngah 'Aq Tok Su Mat Ali. Masing2 dah tahu masa yang sesuai nak ke telaga tu... semacam dah ada persetujuan bersama... walaupun tiada giliran tertentu yang ditetapkan.
:: Sebuah telaga lagi disediakan untuk bekalan air minum. Pak Ngah tak pasti bila masa telaga itu dikorek sebab sepanjang ingatan Pak Ngah... telaga tu dah ada bila Pak Ngah celik melihat dunia ni. Kini... telaga tu dah tamat riwayatnya. Dikambus. Asal letaknya di bahagian bucu berandah rumah pak Ngah Chan mengarah ke rumah Pak Ngah 'Aq/Mak Ngah Dah. Telaga tu asalnya macam kolam je... tidak bersimen... bahagian tengahnya diperdalamkan dan dibentengi 5 - 6 keping papan agar tanah tidak rebak. Airnya jernih dan tak pernah kering. Demi keselamatan... kolam itu disimenkan apabila Pak Ngah Chan mendirikan rumahnya di situ... dan umur hayatnya tamat apabila sumber bekalan air minum itu telah digantikan dengan bekalan air paip. Besar jasa telaga air minum tu... membekalkan air minuman kepada 10 buah keluarga... iaitu 5 keluarga yang mendiami tanah Tok Wan Lin dan 5 keluarga lain yang mendiami tanah Tok Su Mat Ali Ketoi Arang... iaitu Tok Su, Pak Ngah 'Aq/Mak Ngah Dah... Pak Lang Abu/Mak Lang Ba'yah... dan kemudiannya termasuklah Pak Lang Jit dan Mak Teh apabila akhirnya mereka turut punya keluarga masing2.
:: Dari telaga air minum (sewaktu macam kolam dulu) itulah... bekalan telur katak... yang berlendir dan berwarna keputihan... segumpal sebesar tapak tangan orang dewasa... digunakan untuk memandikan seorang adik Pak Ngah yang ketika kecilnya sering "selop" ... iaitu mudah pengsan hingga kebiruan badannya apabila terlalu lama menangis... yang cuma merupakan petua orang tua2... dan alhamdulillah... ada kesan baiknya...
:: Terima kasih banyak le... kepada sesiapa yang memberi idea dan yang mengorek telaga air minum tu... jazakalla hukhairan kathiraaa... walaupun kini telaga itu telah hilang dari pandangan...

Thursday, September 27, 2007

:: Berani ke...

27 September 2007: Khamis
:: "Biarlah kisah saya dijadikan pengajaran. Saya berharap, sesiapa yang ingin bernikah dua akan berfikir banyak kali dan mendapatkan nasihat kerana memang sukar untuk membahagiakan dua isteri"... itulah antara kata2 sorang lelaki... berusia 43 tahun... beristeri dua... dan hampir terputus kemaluannya dikerjakan oleh isteri pertama... yang memerlukan 11 jahitan untuk menyambung semula... dan isteri menerima padah 6 bulan penjara. Ini adalah kisah dari selatan Malaya yang dipaparkan oleh Harian Metro hari ini.
:: Mujur tak putus terus... jika tidak... pasti menyiksakan 3 pihak yang berkaitan.
:: So... ada yang berani mencuba...?

Wednesday, September 26, 2007

:: Ulang tahun

26 September 2007: Rabu
:: Sedar tak sedar... dah setahun usianya...
Happy belated birthday...
blog Mak Lang
(16 September)
Happy birthday...
blog Pak Tam
(26 September)

:: Pohon beringin

25 September 2007: Selasa


:: Kisah lama... kisah yang dah jadi sejarah. Kisah ketika hujung tahun 1960an... ketika itu masih ada radio yang menggunakan bateri basah dan perlu gunakan aerial tinggi yang dihubungkan dengan buluh yang dipacak tinggi bagi mendapatkan siaran yang lebih baik.
:: Pak Ngah menggemari drama siri mata2 gelap dan siri bangsawan melalui siaran radio. Ketika itu... Jah Lelawati adalah orang hebat... yang biasanya memainkan peranan sebagai nenek kebayan atau inang atau dayang kepada puteri raja... dan dengan suaranya yang serak2 basah serta hilai tawanya yang agak menyeramkan bagi Pak Ngah ketika itu... dan kalau tak silap dengan siarannya ke udara kira2 jam 9.00 malam... maka berebut2lah Pak Ngah, Mak Long Azizah dan Arah untuk menempati anak tangga paling atas... di tangga rumah Allahyarham Tok Ndak Mad Boat. Arah tu adalah anak Mak Njang Dasimah Ibrahim / Pak Njang Mat Peston... Zaharah Sitta namanya... kalau tak silap le.
:: Yang sedapnya ketika itu... zaman budak2lah katakan... zaman kanak2... Pak Ngah suka jugak le sakat-menyakat ni... dan yang selalu dimangsakan ialah Arah. Kadang2 tu... bila dia mandi di telaga ketika "gelap2 tanah"... ketika nak maghrib... kira dah nak gelap le tu... dan masa itu le... Pak Ngah akan mengusiknya... "Hai penunggu pohon beringin... datanglah ke sini... datanglah kat Arah... dia tengah mandi ni... segeralah datang... segeralah datang... datang padanya"... dengan mengajuk dan mengubahsuai sedikit dialog siri bangsawan yang dilakonkan oleh Jah Lelawati tu... siap dengan suara mengilai2 lagi tu... maka menjerit sakan le dia... dan ketika itu akan terdengar le suara Allahyarhamah Tok Che Mah memarahi Pak Ngah... dan pastinya Pak Ngah akan tergelak sakan... mengekeh2... terutamanya bila Arah terjerit2 kerana ketakutan dan berasa seram... akibat dialog Pak Ngah tadi... dan mungkin itulah sebabnya Acik (Ahmad Anwar Ariffin) memiliki sedikit sebanyak bakat... iaitu bakat untuk menyakat adik beradiknya... dan apakah mungkin Allahyarham Mad Sakat yang diam di sebelah rumah Allahyarham Pak Ndak Mad Non / Allahyarhamah Mak Ndak Limah... itu adalah kaki sakat hingga digelar sebegitu.
:: Al-Fatihah kepada mereka yang telah mendahului kita...

Tuesday, September 25, 2007

:: Tanah pusaka

25 September 2007: Selasa

:: Tanah pusaka tinggalan Allahyarham Tok Wan Lin tidaklah sebesar mana pun... namun atas kesepakatan anak2nya dan dengan restu Allahyarhamah Tok Che Mah ketika hidupnya... tanah itu dihakmilikkan pada semua anak2nya yang seramai 7 orang... sama banyak dan sama hak miliknya... dan pertukaran hak milik itu telah diuruskan oleh "adik2" yang bertanggungjawab... terima kasih banyak.
:: Teringat lagi bahawa di atas tanah itulah... Allahyarham Tok Wan Lin pernah membenarkan Allahyarham Pak Njang Mat Peston, Allahyarham Hjh Makcik Sa'adiah, Allahyarham Tok Ndak Mat Norsiah, Allahyarham Tok Ndak Mat Boat, Abang Husin Kak Ma, Tok Ngah Mah...untuk mendirikan rumah... selain dari Pak Ngah Chan yang masih ada di situ.
:: Seingat2 Pak Ngah... orang terawal diam di tanah tu ialah Pak Njang Mat Peston bersama2 isterinya Hjh Dasimah Ibrahim serta anak2. Akhirnya mereka berpindah ke Kpg Tebuk Yan Luar setelah membeli tanah di situ.
:: Kemudian disusuli pulak oleh Makcik Sa'adiah yang bersuamikan Pakcik Non Mad Belangkas... sepupu Tok Wan Lin... sebab Tok Long Nah, isteri kepada Mad Belangkas itu adalah kakak kepada Fatimah, ibu kepada Tok Wan Lin yang merupakan adik kepada Tok Su Mat Ali Ketoi Arang. Mereka ni akhirnya berpindah ke Pantai Remis... kawasan belakang kedai New Store setelah menjualkan rumah mereka tu kepada Tok Ndak Mad Boat.
:: Tok Ndak Mad Boat mengahwini isteri barunya, Mak Cik Sa'diah Tok Awang Akil setelah kematian isterinya, iaitu adik kepada Tok Su Nah (isteri Tok Su Mad Ali Ketoi Arang). Beliau berasal dari Pangkor dan menetap di Bt. 51 hinggalah ke akhir hayatnya akibat serangan angin ahmar. Akhirnya rumahnya itu dipindahkan ke Kpg. Bulang (berdekatan rumah murah Pantai Remis dan kawasan Kolam Air) setelah Mak Cik Sa'diah bersuami baru... dan bekas tapak rumah (hujung tanah sebelah matahari naik) yang berada di kawasan pokok kekabu ke arah jalan tar itu kekal kosong hinggalah sekarang.
:: Manakala Tok Ndak Mad Norsiah pulak adalah orang Kedah... merantau ke Pantai Remis setelah berpisah dengan isteri pertamanya dan akibat krisis keluarga di sana. Beliau beristerikan pula Tok Ndak Norsiah, orang Gelong Gajah yang asal mulanya menyewa rumah Ustaz Din (bapa Cikgu Tapa dan menantu kepada Mak Uda/Tok Jusuh yang berasal dari Batu Bara, Sumatra) berdekatan rumah Cina Lotam. Tok Ndak Mad kemudiannya mendirikan rumah di tepi jalan tar... di belakang kedai bersebelahan rumah Pak Ngah Chan/Mak Ngah Minah. Akhirnya rumah itu dijual kepada Abang Husin Kak Ma, yang merupakan adik kepada Mak Ngah Minah dan anak lelaki kepada Tok Ndak Mad Boat... yang kemudiannya mereka pulak berpindah ke Kpg Tebuk Yan Dalam bersama2 rumah tersebut.
:: Di atas tapak rumah itulah didirikan rumah Tok Ngah Mah Semput... dan oleh kerana rumah tu amat kecil berbanding jumlah anak menantu dan cucu2nya yang sering datang bertamu... maka dirobohkanlah rumah itu dan dia berpindah menyewa rumah di tanah Cikgu Ahmad Bahari, berdekatan rumah Majid Teloq. Sekarang ni dah jadi kawasan perumahan dan semakin susutlah tanah hak milik orang Melayu.
:: Dan kini hanya yang tinggal mendiami tanah pusaka tu adalah Pak Ngah Chan (Abu Hassan), yang merupakan adik tiri seibu dengan Allahyarham Tok Wan Lin... dan Pak Ngah Chan ini mempunyai sorang lagi adik lelaki iaitu Pak Su Yeh (Alias) yang kini menetap di Kpg Masjid Lama, Kuah, Langkawi. Tok Wan Lin berbapakan Che Rus manakala Pak Ngah Chan dan Pak Su Yeh pula berbapakan Abdullah yang berasal dari Langkawi. Asal mulanya Pak Ngah Chan berumah di tanah Tok Su Mad Ali Ketoi Arang, di hujung tanah sebelah matahari naik yang bersempadan dengan tanah Tok Long Ba'yah. Tanah Tok Long Ba'yah itu pun kini dah bertukar menjadi kawasan kedai dan taman perumahan... dan semakin susutlah tanah hak milik orang Melayu.

:: Audit & Tambah cucu

24 September 2007: Isnin


:: Seawal 6.56 pagi... terima mesej dari Pak Lang Sabah... " Malam makan awal. Soq minum je. Hs silent. Hmm... Hari ni auditor dari sirim bertandang 3 hari.. " ... mungkin le membalas mesej Pak Ngah yang dihantar jam 4.37 pagi tadi tuuu... " Kmi tngah bersahor. Prangat je... "
:: Pak Ngah jawab balik ... " Slmt d'audit. Peluh sejuk & peluh panas akan mudah mengalir ketika ini... ", dibalas balik di Pak Lang Sabah tuuuu... " Dia dgn kita sama2 seriau "...
:: Hal menambah cucu ni pulak... adalah cucu sedara... dari 1 bertambah jadi 2... tu pun kalau tak kembar le... berita disampai oleh ILAH melalui mesejnya... " Bestnya kalo raya ni smua sedara yg jauh brkmpul.. mak pun tgh tgu khdiran cucu sulung X lama lg. Tentu mriah.. "
:: Bagi yg sedang di audit... diucap selamat di audit... semoga NCR/ketidakpatuhan & OBS/pemerhatian tidak muncul apabila dibuat majlis penutupan audit nanti... dan bagi yang nak terima cucu tu... selamat menerima cucu... yang nampaknya macam " bunting pelamin " je... dan kalau macam ni lah... silap2 tumbang 3 - 4 ekor lembu niii... mana taknya... serentak nak terima menantu perempuan nombor 2 ... iaitu menantu darul ridzuan dan nak dapat cucu nombor 1... keturunan indera kayangan... tapi... bilalah pulak agaknya Mak Long Azizah dan Pak Long Mail nak dapat menantu lelaki sulung ni... bila niiii... bila niiii...

Monday, September 24, 2007

:: Anak sedara

24 September 2007: Isnin


:: Petang tadi dan malam tadi... Pak Ngah dapat mesej dari anak sedara... sorang dari Kapit, Sarawak dan sorang lagi dari Ipoh. Mereka berdua ni adalah pendidik yang baru menceburi bidang tersebut... sorang tu kakak dan sorang lagi tu adik lelaki sulungnya... dan mesej2 tu adalah berkisar pada hal2 di bulan puasa dan hari raya...

Dari AKIM: Askm. Jd ke beraya di perak?

Pak Ngah jawab: InsyaAllah.

Dari ILAH: Aim bgtau dia jatuh, kaki dia bgkak & trsliuh. Ksian dia.. Dugaan. Td buka posa mkn apa? Ilah buat bubur lmbuk (moi) tringat arwah tok...

Pak Ngah jawab: AIM jatuh motosikal? Dmana? Bbur lambuk tu sdap jka ckup lmak & bhn prasanya. MOI/KANJI ni dgmari arwah tokwan & tok ktika mreka masih ada. Alfatihah utk mreka.


Ilah (Azilah) ni merupakan anak sedara sulung Pak Ngah... anak kepada Kak (Azizah) dan Abang Mail. Kini sebagai pensyarah di PUO Ipoh... dan terima kasihlah kepada Pak Lang Sabah yang banyak membantu di belakang tabir. Dia membesar bersama Tok Che Mah dan Tok Wan Lin di Bt. 51, Pantai Remis sejak dari sekolah rendah lagi hinggalah sebelum berjaya memasuki UUM. Diam bersama Tok dan Tok Wannya apabila seluruh keluarganya berpindah sebagai peneroka Felda. Bersekolah di SK Sg Batu dan SM Dato Idris, Pengkalan Bharu, Pantai Remis dan di Sitiawan hinggalah akhirnya berjaya dalam STPM dan memasuki UUM setelah beberapa tahun bertugas sebagai guru sandaran di SMK Pantai Remis, sedangkan ketika itu ramai dari rakan2nya telah mendahuluinya memasuki IPTA. Motosikal baru yang dibeli hasil dari gaji yang diterima itulah yang digunakan untuk ke sekolah sebagai GSTT dan untuk berulangalik mengunjungi keluarganya di Grik... dan jika sewaktu emaknya di alam remaja... jika kelihatan anak gadis bermotosikal sebegitu... istilah "betina garit" akan digunakan oleh masyarakat sekitar... ye lah... pandangan dan persepsi masyarakat berubah... selari dengan berubahnya zaman.


:: Manakala AKIM... yang nama sebenarnya Azizul Hakim... yang nama blognya cikgu azizul... lulusan UUM... kini dah mengajar di SK Sg. Kapit, Kapit, Sarawak. Tengah berdarah manis... setelah bertunang dengan pilihan hatinya... yang boleh diikuti dalam blognya... yang bakal mengorbankan 2 - 3 ekor lembu pada Disember 2007 ini. Pengalaman merantau ke Johor dengan kerja yang pelbagai termasuk berniaga "ayo buah" (istilah Pak Tamnya) di pasar malam... sewajarnya menjadikan dirinya cepat matang dalam banyak hal. Terima kasih kat Pak Tam dan Mak Tam atas sumbangan menjadi "guru" di belakang tabir.

:: Pilihan

23 September 2007: Ahad


:: sambungan dari... "Cemerlangkah kita..."



:: Persoalan demi persoalan akan timbul... kenapa kita biarkan diri kita dihasut oleh syaitan... dan membiarkan diri kita terus menerus dan secara berterusannya dipermainkan oleh syaitan itu... dan adakah di hati kita tidak terasa langsung bahawa syaitan itu telah berjaya menghasut kita ?
:: Kenapa kita tidak terus membina kecemerlangan dalam kelangsungan berumah tangga kita... bersama pasangan kita... yang merupakan pilihan kita... yang rela merelakan untuk diijab kabulkan... diakad nikahkan sebagai syarat untuk mengesahkan kita adalah pasangan suami isteri ? Kenapa kita gagal untuk menepis tipu muslihat syaitan itu ?
:: Kita perlu mempunyai pendirian... punya keyakinan diri... punya kemantapan hati... untuk menerima kenyataan bahawa pasangan kita adalah pasangan yang terbaik berbanding mana2 pasangan lain... dan semestinya tiada orang lain yang sebaik pasangan kita. Berikan sepenuh perhatian kepada pasangan kita. Berikan sepenuh kasih sayang kepada pasangan kita. Jika begitu juga yang dilakukan oleh pasangan kita terhadap kita... iaitu memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada kita... tidakkah ini memberi makna bahawa kecemerlangan dan kebahagiaan adalah jaawapan kepada kehidupan selanjutnya... dan itulah yang kita dambakan.
:: Acapkali yang berlaku ialah bilamana isteri menyangka ada ramai lagi lelaki/duda/teruna di luar sana yang lebih baik dari suaminya... atau menyangka ramai lagi lelaki yang masih tertarik kepada dirinya... atau menyangka alangkah baiknya jika dia memilih lelaki lain berbanding suaminya. Demikian juga bagi suami yang sering beranggapan sedemikian... yang sering merasakan dirinya telah melakukan kesilapan dalam memilih pasangan... sering jugak menganggap bahawa masih ramai lagi wanita/janda/gadis yang bersedia memberikan layanan yang lebih baik daripada yang diterimanya kini. Keadaan2 sebeginilah yang sering dapat kita lihat... yang berlaku di sekeliling kita... yang dapat kita dengar kisah yang dikisahkan kepada kita... dan bukan sedikit insan sebegini yang terjebak dan terjelepuk di dalam situasi yang amat kalut ini. Mengapakah begitu jadinya ?
:: Sampai bila kita akan berterusan dengan khayalan untuk "menikmati rumput di seberang sungai yang pada anggapan kita adalah lebih hijau dan lebih subur... berbanding rumput yang tersedia di depan mata ?" Sampai bila kita harus berterusan mengangankan sesuatu yang di luar jangkaan dan jangkauan... sedangkan yang pasti sudah tersedia di sisi ? Sampai bilakah kita mahu menipu diri untuk menafikan yang isteri kita atau suami kita... yang kita kahwini selama ini adalah lebih baik berbanding wanita/janda/gadis lain atau lelaki/duda/teruna lain yang baru kita kenali... malah jauh sekali untuk mengenali hati budinya. Alangkah baiknya... alangkah bijaknya... jika kita terus meyakinkan diri untuk menganggap bahawa pilihan asal kita itulah yang terbaik untuk kita dan untuk membina kecemerlangan dan kebahagiaan rumah tangga kita.

:: Cemerlangkah kita

23 September 2007: Ahad



:: sambungan dari... "Yakinlah..."


:: Di mana2... di seluruh ceruk rantau negara kita... kata2 cemerlang... gemilang dan terbilang dah gah... kanak2 tadika pun dah diasak dengan kata2 itu... tetapi cemerlangkah kita ?
:: Bersambung dari entri sebelum ini... jika keputusan dah diambil... langkah perlu diayun... jangan toleh ke belakang lagi... sekadar memandang ke kiri dan ke kanan... tidak menjadi hal... yang utama dan yang penting... teruskan langkah... kenapa perlu risau... kenapa perlu gelabah dan kenapa perlu was2 akan pilihan yang telah dibuat ?
:: Jika seseorang telah dipilih dari sekian ramainya insan lain yang ditemui untuk dijadikan teman hidup... untuk dijadikan pasangan hidup... setelah akad nikah dilakukan... terutamanya telah direstui oleh orang tua kedua2 pihak... kita tidak wajar berpatah balik... kita perlu terus melangkah beriringan dengan pilihan kita... berjalanlah dengan penuh semangat menuju kecemerlangan... teruskan... jangan mundur... sebab kecemerlangan itu ada di hadapan kita.
:: Pilihan untuk dijadikan suami atau isteri itu adalah pilihan kita... kita yang bersetuju untuk diakad nikahkan... diijab kabulkan... maka terimalah pasangan kita seadanya... terimalah kelebihannya... terimalah kekurangannya jika ada. Mengapa dan kenapa kita selalunya menggunakan ungkapan standard... tersalah pilih... rambang mata... ikutkan hati muda... tidak memahami... dia dah ada orang lain... dll... yang punya maksud dan makna yang sama... apabila kita menghadapi masalah dan wujudnya dilema dalam rumah tangga.
:: Rasa menyesal... rasa was2... rasa sangsi terhadap keputusan yang dibuat... sedangkan itu adalah keputusan terbaik yang telah dibuat sebelum ini... mungkin memudahkan hati kita diserapi hasutan syaitan... hati kita mudah dipermain2kannya... agar hati kita terus menerus was2... sangsi dan cuak terhadap pasangan kita... dan jika ini yang berlaku... maka melompat sakanlah segala makhluk yang bernama syaitan ini... kerana sekurang2nya telah berjaya menggoyahkan hati dan perasaan pasangan... samada oleh isteri terhadap suaminya atau oleh suami terhadap isterinya. Cubalah untuk mengelakkan diri kita dan rumah tangga kita dari tusukan jarum hasutan syaitan ini... yang sememangnya amat berdukacita jika rumah tangga kita aman damai, tenteram dan bahagia... sebab yang diingininya ialah keporakperandaan... dan itulah yang diingininya.

:: Yakinlah

23 September 2007: Ahad


:: sambungan dari... "Perhatikan..."

:: Kebiasaannya... kita agak sedikit menghadapi kesukaran untuk meramalkan apa yang akan terjadi... apa yang bakal berlaku terhadap diri... keluarga... masyarakat dan negara. Biasanya begitulah kita... hatta apa yang bakal kita hadapi... apa masalah yang bakal mendatang... dan begitu jugaklah segala hal yang berkaitan dengan kehidupan berumah tangga... alam berumah tangga. Kebiasaannya jugak... kita akan memejamkan mata... dan meneruskan langkah... serta turut menaruh harapan yang tinggi... bahawa itulah tindakan kita yang terbaik buat kita... terutamanya jika kita berada di persimpangan untuk memilih... sesuatu yang terbaik... antara pilihan yang sedia ada... dan persoalan lain pula yang boleh ditimbulkan ialah... adakah tindakan kita itu betul ???
:: Sewajarnya apabila keputusan telah diambil... tanpa mengambil kira bahawa keputusan itu adalah yang terbaik atau tidak... sewajarnya kita perlu meneruskan perjalanan... teruskan... dan seboleh2nya tidak berpatah balik... walaupun dalam masa yang sama kita masih berpeluang untuk menoleh ke kiri dan ke kanan ketika meneruskan perjalanan tersebut. Setelah pilihan dibuat... kenapa perlu merasa sangsi... was2... dan cuak? Kenapa?
:: Kenapa kita perlu berundur dan berpatah balik jika pilihan telahpun dibuat... sedangkan langkah yang diambil itu adalah langkah yang diyakini sebagai yang paling baik dan paling tepat untuk kita? Kenapa?
:: Kita tidak terbiasa untuk membuat ramalan akan masa depan kita... menjadikan kita tidak tahu apa yang bakal berlaku... kecuali dengan bantuanNYA. Apa yang kita lakukan kini... sekarang ini... la ni... adalah permulaan kepada suatu kejayaan atau suatu kegagalan di hari muka... dan yang pentingnya di sini ialah kita perlu terus melangkah... dengan penuh semangat dan yakin diri.

:: Orang pelawa

23 September 2007: Ahad


Pagi ni... Teh Pak Ngah 'At (Jamaluddin)... yang diam di Taiping... adik bungsu Abg Li... hantar mesej berkaitan balik beraya... beginilah jawab-balas antara kami berdua... antara jam 10.35 hingga 11.00 pagi:
Teh: A.kum apa khabar. Bagaimana sambut ramadhan tahun ini.. Taiping macm biasa. Panas. Kalau balik raya singgah ke rumah aku...
Pak Ngah: W. Salam. Puasa mcm biasa. Rasa2 tu mcm nak balik braya diPANTAI, tapi kami 7 branak "patah kaki" la dsana nanti... Hehehe...
Teh: Di kg semua dh ada dua tiga biji kereta pakai saja...
Pak Ngah: Ye le tu, depa pun nak brjln jugak, ada mrtua ada ipar duai dll...
Teh: Mai ambik kereta buruk aku...
Pak Ngah: Asal dpt jln & tak mragam, kira OK la tu...
Teh: All right...
Pak Ngah: Hang nak brgrak mcmana? Tak mnyusahkan?
Teh: Bleh adjas...
Pak Ngah: TQ byk2...

Sunday, September 23, 2007

:: Perhatikan

23 September 2007: Ahad


:: bersambung lagi... dari " Telefon bimbit" sebelum ini...
:: cuba2lah merajuk dan lepas tu lihatlah apa reaksinya... jika suami memujuk... mungkin bermakna dia masih menyayangi... tambahan pulak jika pujukannya itu penuh dengan kelembutan dari segi suara... dan tindakan dan belaiannya penuh dengan kasih sayang... tapi mungkin anda mencari nahas... jika dia bukannya kaki pujuk... dan selama ini pun anda tak pernahpun merajuk... dan hal2 merajuk ni bukanlah gaya dan tabiat serta perilaku anda... maka siaplah... anda mungkin akan dikatakan... "apa nii... dah buang tabiat ke" ... siap dengan tengking menengking sekali... tambahan pulak jika tidak ada sebab bagi anda nak merajuk semacam itu... kes berat tuuu... tambahan pulak... jika suami anda adalah kaki bengkeng... yang kebengkengannya itu hanya timbul dan ditunjukkannya setelah berkahwin... walhal... sebelum kahwin... semasa bercinta-cintan... memasa "merendek" (betul ke niiii...) ... kelihatannya macam pijak semut pun tak mati... tertib lendit dan penurut kata orangnya.
:: lihat2 jugaklah akan rasa kebertanggungjawabannya dalam hal2 urusan kewangan... perbelanjaan keluarga dan lain2... samada sama kekal sebagaimana dahulu atau sentiasa berada dalam ketidakcukupan... bagaimana layanannya pada anak2 dan pada anda sebagai isterinya... kekal seperti dulu atau merosot atau bertambah baik... dan mana tahu akan ada gambar2 lain selain gambar anda di dalam dompetnya... bahaya tuuu...
:: walau apapun yang berlaku... dengan nakhoda (suami) yang bijak dan dengan jurumudi (isteri) yang berpengalaman... jika digabung kedua2nya di dalam melayari bahtera rumah tangga... walau sebesar manapun gelombang yang berlaku... insyaAllah... bahtera rumah tangga akan selamat... dan biasalah jika kedapatan riak... alun dan gelombang serta kekadang didatangi angin ribut sesekali... dah adatlah tuuu... dan sewajarnya para isteri tidak terus membebankan suaminya dengan masalah rumahtangga atau hal2 yang berat... sebaik sahaja suami pulang dari kerja... berikan kesempatannya berehat... dan hanya ceritakan padanya setelah kelihatan keletihannya telah hilang dan fikirannya telah tenang... walaupun kekadang tu... ada jugak suami yang mampu untuk terus menerima bebanan masalah lain hatta belum duduk dan membuka pakaian kerja...
:: dan teringatlah oleh Pak Ngah akan kisah yang dikisahkan kepada Pak Ngah... kisah seorang pendidik lelaki... yang telah berkeluarga dan punya 7 orang anak... yang punya isteri seorang pendidik... yang bertemu jodoh atas pilihan sendiri... dan kini pendidik lelaki itu kelihatannya sedang bercinta dengan rakan sejawatannya di tempat kerja yang sama... seorang wanita yang sudah dua kali gagal mempertahankan rumah tangganya... dan wanita itu sedikit berusia berbanding dengan pendidik lelaki tersebut.

:: Telefon bimbit

23 September 2007: Ahad


:: sambungan dari... "Belek kereta"...
:: Apa jenamanya... mahal atau murah... punya kamera atau tidak... canggih atau tidak aksesorinya... prepaid atau punya bil... semua ini memiliki kemudahan asas untuk membuat panggilan, menerima panggilan, menghantar mesej dan menerima mesej... sekurang2nya begitulah akan peranan telefon bimbit ini.
:: Ada suami yang mungkin menutup telefon bimbitnya ketika di rumah... ada yang tidak... tapi bila berdering je bagi sesetengah panggilan tu... cepat2 je dia bergerak ke tempat lain... atau menjauhi isterinya agar tidak mendengar bualannya nanti... malah ada yang terus ke bilik air... mengurung diri... semata2 berbual... yang mungkin dari "orang tertentu" yang boleh mendatangkan syak dan curiga... tambahan pulak jika kerap berlaku sebegitu. Tapi berhati2lah... mungkin jugak panggilan atau bualan itu... penting dan wajar dirahsiakan dari pendengaran pihak lain... mungkin atas urusan kerja yang sedikit rahsia dan bermaklumat... tapi jika kerap sebegitu... mungkin ada "cerita" lain le tuuu. Apa2 pun... kena berhati2... namun semua itu adalah maklumat awal... yang perlu diberi perhatian.
:: Tambahan pulak jika suami punya lebih dari satu telefon bimbitnya... namun berhati2lah sebab jika terus mengesyaki dan mencurigainya tanpa bukti kukuh... bakal mengundang padah. Kadang2 mungkin ada suami yang tidak membiarkan telefon bimbitnya jauh dari dirinya... bila berdering untuk panggilan atau terima mesej... cepat2 disambarnya... sebelum dilihat atau diambil oleh isteri... malah ada yang meletak di bawah bantal... sewaktu tidur... jadi... kena selalu memerhati dan meneliti... mungkin akan ada yang cuba dirahsiakannya.

:: Belek kereta

22 September 2007: Sabtu


:: sambungan dari sebelum ini... "Bijak mengorek"


Boleh cuba jugak cara ni:
:: Sekarang ni ramai yang dah senang lenang... masing2 dah ada kerjaya... dan kenderaan dah semacam satu keperluan , bukan lagi sebagai barang mewah... dan rata2nya masing2 dah ada kereta... buatan tempatan atau luar negara... mana2 pun tak kisah. Cuba2 le jenguk kereta suami tu... buat2 rajin sikit... buat2 le apa yang patut... kemas2kan sikit... mungkin ada maklumat yang boleh diperolehi di situ... mungkin akan diperolehi sesuatu sebagai bukti yang suami dah tidak berlaku jujur dengan isteri... mana tau. Jika itu yang berlaku... pendekatan terbaik secara yang berhemah sewajarnya dilakukan ... agar cinta yang mungkin mengarah ke tempat lain tu... dapat dikembalikan ke tempat asalnya... kena cuba tarik kembali perhatian suami tu... dan mungkin ada sebab lain yang suami tu jadi sebegitu... dan kena jugak buat refleksi kendiri...

:: Bijak mengorek

22 September 2007: Sabtu


:: kisah bersambung...
:: sebelum ini kita lihat aspek penampilan diri secara umum... jika ada perubahan walaupun sedikit... jaga2 tuuu... perhati betul2... teliti betul2... jangan terlepas pandang pulak...
:: jika punya masa lapang... ada masa senggang... ketika bersantai2... mungkin boleh timbulkan kisah2 kecurangan suami terhadap isteri... yang diketahui... atau yang suami jugak tahu tentang itu... tanyakan perkembangan kisah2 tu... dan lihatlah sendiri reaksi suami... terutama reaksi mukanya... kerut dan kedut mukanya apabila kisah2 itu ditimbulkan... lagi best... jika kisah itu berkaitan pulak dengan keluarga kita... atau yang kita kenali. Kalau suami buat selamba je... bersikap bersahaja je... buat muka sardin je... mungkin "selamat" le tu... mungkin tidak ada apa2 yang perlu dirisaukan... tapi jika ada perubahan ketara pada wajahnya...merah padam mukanya... hah... jaga2 tu... kena berhati2 tu... terutama jika suami sedikit teragak2 nak beri komen... malah mungkin tergagap2 nak menjawab persoalan yang ditimbulkan... lain le jika suami sejak azalinya memang gagap... hehehe... dan mungkin jugak ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh suami... tapi berhati2 le terhadap suami yang handal "berlakon"... buat selamba je... tapi ada "cerita" lain sebenarnya... maka pandai2 le nak mengorek rahsia ini...

Saturday, September 22, 2007

:: Penampilan

22 September 2007: Sabtu


:: Sambungan dari entri " Menghidu awal " ...
:: Antara langkah yang mungkin boleh diambil oleh isteri ialah:
Cuba2 perhatikan... adakah suami mula berubah... berubah tentang hal biasa2 je... yang pada sangkaan kita hanya biasa2 je... tetapi mungkin akan membawa kepada suatu perubahan yang besar nanti. Cuba teliti dan perhatikan penampilan dirinya... dan ini mudah dikesan terutama bagi yang telah lama berumah tangga... sebab para isteri telah tahu tentang itu... bagaimana penampilan sebelum ini... adakah ada perubahannya... samada sedikit ataupun mungkin banyak perubahan itu. Mungkin suami mula cerewet tentang cara berpakaiannya... tiba2 je berubah... dia mungkin mula kelihatan sedikit cerewet... tapi berhati2 tuuu... mungkin mula berubah dari warna yang kusam2 kepada yang terang2... yang terang2 kepada yang kusam2... tali leher yang sering digunakan telah mula diketepikan... beli yang baru... dan begitu jugak soal kasutnya... apa fesyen kasut tuuu... agak2 sepadan atau tidak dengan umurnya dan penampilannya sebelum ini... bagaimana rupa dan warna kasut tu... samada kasut rasmi atau kasual... fesyen rambutnya bagaimana... minyak rambutnya bagaimana... terutama jika sebelum ini tidak berminyak rambut... dan lihat juga tentang berapa lama masa yang diambil untuk mengemas diri... dan mana tau dia mula menggunakan krim2 muka terutama pemutih muka... yang sebelum ni semacam haram baginya... tak pernah disentuhnya... dan apakah jenama minyak wanginya... terutama sebelum ini memang tiada dalam senarainya... iaitu sebelum ini memang tak pernah memakainya. Jika banyak perubahan berlaku... perlu sentiasa memerhati... jangan lupa itu... mana tahu bahawa sesuatu perlu dilakukan oleh isteri2 sejak menyedari akan perubahan2 itu... walaupun hanya perubahan kecil...

:: Menghidu awal

22 September 2007: Sabtu

:: Deria menghidu ini dimiliki oleh setiap insan... yang jugak dimiliki dik haiwan atau sebahagian makhluk lain. " Ikan lembat " ... sejenis ikan air tawar... berbintik2 putih di bahagian badannya... lebih besar dari ikan keli...pupu poyang kepada ikan keli dan sembilang... akan berusaha "merangkak" memanjat tebing kolam atau sungai atau batas ban bendang... semata2 untuk mendapatkan bangkai... hebat betul... dan "bau" yang dihidu itu menyebabkan ada semacam suatu "desakan" untuk bertindak.

:: Berbalik semula kepada kita sebagai insan yang memiliki hampir segala kemudahan kurniaan Allah... berbanding apa yang dimiliki oleh makhluk lain... kita punya akal fikiran... dan inilah yang lebihnya kita berbanding makhluk lain.

:: Paparan kali ini masih berkaitan dengan entri "Bahagia" sebelum ini... yang mungkin pulak berkaitan dengan entri akan datang dan seterusnya... yang juga mungkin menarik untuk kita lihat bersama. Tanpa merujuk kepada mana2 kes... walaupun ada perkaitan dengan kes yang sedang Pak Ngah kendalikan... sememangnya paparan di sini dan akan datang... akan cuba "dirojakkan" agar tidak menyentuh mana2 peribadi yang berkaitan.


:: Selalunya sebarang masalah yang kita hadapi... berpunca dari gagalnya kita untuk menghidu awal... tidak berjaya mengesan awal... iaitu gagal menghidu masalah tersebut sewaktu ia bermula... sewaktu sesuatu kejadian mula berlaku. Setelah lama berlaku... setelah keadaan tidak terkawal... baru kita menyedari wujudnya kejadian itu atau pun kes itu... tapi mungkin ketika kita menyedarinya... mungkin sudah terlambat... sedangkan sepatutnya kita telah bertindak lebih awal...bak kata orang tua2... api meredap perlahan2... cuma nampak asap... sedangkan ketika itu rupa2nya hampir semua sekam padi di bahagian bawahnya telah dimakan api... cuma tidak kelihatan dari atas... makan dalam... dan api tidak kelihatan...


:: Banyak pihak menyatakan... rata2 masalah rumah tangga berpunca dari suami... dari pihak lelaki... samada kita mahu menerima kenyataan ini atau tidak... terpulang... tapi rata2nya adalah sebegitu... iaitu berpunca dari pihak lelaki... walaupun mungkin jugak yang berlaku adalah sebaliknya... namun itu adalah kes terpinggir. Jauh dari lubuk hati... tidak terniat untuk membangkitkan buruk sangka terhadap pihak lelaki atau pihak suami masing2... sebab Pak Ngah pun lelaki... tetapi apa salahnya jika pihak perempuan / isteri dalam keupayaan menghidu awal ini... untuk mengembalikan halatuju lelaki / suami masing2 agar tidak terus tersasar. Kadang2... jika tidak ada yang menegur... terutama oleh pihak isteri yang mengambil mudah... yang buat tak kisah je... menjadikan suami akan mudah terpesong... tersasar dari laluan... jauh menyimpang dari haluan sebenar... dan alangkah ruginya jika ketika para isteri hanya mengetahuinya ketika keadaan sudah parah... amat kronik... yang memungkinkan sukarnya untuk diselamatkan.


:: bersambung... insyaallah...

Friday, September 21, 2007

:: Bahagia

21 September 2007: Jumaat



:: Kali ini kita membicarakan soal bahagia... sebab ianya perlu dicari... dan usah membiarkannya lari setelah diperolehi...

:: Rasa bahagia akan menimbulkan kesetiaan yang tahan diuji... manakala cinta, rasa cinta dan kecintaan... sewajarnya diusahakan agar sentiasa subur... membara dan stabil suhunya... agar tidak mudah panas membahang dan sejuk membeku...
:: Antara penyakit perkahwinan kini... era moden kononnya... ialah lekas dingin dan cepat bosan bagi pasangan... ini yang biasa terjadi... yang pastinya akan berakhir dengan pelbagai masalah yang sukar diramal oleh pasangan berkenaan... lantaran itu seharusnya cinta, rasa cinta dan kecintaan itu dirawat... dipupuk... dibelai... dimanja dan disirami agar tidak kering... tetapi kekal segar bugar dan mekar... dan hal ini perlu diusahakan oleh kedua2 pihak... oleh pihak isteri dan pihak suami... kedua2nya perlu bergerak seiring dan sehaluan.
:: Mungkin sedikit sukar rasanya... bagi kedua2 pasangan untuk mencapai bahagia dan menemui kebahagiaan dalam usaha meneruskan kehidupan berumah tangga... jika usaha2 untuk mencapainya itu hanya sanya dilakukan oleh satu pihak sahaja... samada oleh pihak suami atau oleh pihak isteri... sdangkan di pihak yang lain cuma menanti dan menunggu sahaja... malah ada yang buat tak kisah... dan ini tidak menguntungkan mana2 pihak.
:: Kita sewajarnya mengakui dan memahami bahawa... kelewatan dan kelalaian kita untuk merawat cinta... rasa cinta dan kecintaan ini bakal membahaya dan mengundang musibah bagi perkahwinan tersebut... dan oleh itu sebaik2nya... kita sentiasa meluangkan sedikit masa untuk merawatnya dengan penuh kasih sayang dan penuh kemesraan... sebelum kesakitan semakin menular... yang seterusnya bakal membawa padah.
:: Kali ini... paparan Pak Ngah berlainan sedikit daripada biasa... menyentuh sedikit hal alam berumah tangga... yang menghubungkaitkan antara perasaan dan hati... bagi pasangan suami isteri... sebab di sekitar Pak Ngah kini... telah mula wujudnya kecenderungan bagi pasangan... tak kira suami atau pun isteri bagi mana2 pasangan yang mula menampakkan adanya unsur2 kegoyangan rumah tangga... lantaran soal hati dan perasaan bagi pasangan tersebut atau oleh adanya gangguan luaran... iaitu wujudnya peranan pihak luar untuk berebut cinta... rasa cinta dan kecintaan...

:: Terima mesej

20 September 2007: Khamis


:: suatu ketika dulu Pak Ngah pernah menerima mesej melalui SMS daripada seorang sahabat... seperti berikut:
NABI ADAM:
" ... aku berdosa di dalam syurga,
maka Allah keluarkan aku darinya,
tetapi umat Muhammad yang berbuat dosa di luar syurga,
tetap dimasukkan ke dalam syurga,
jika BERTAUBAT... "
:: sekadar untuk renungan bersama... terutama ketika insan lain sedang diulit mimpi...

:: Menyibuk

20 September 2007: Khamis


:: Boss keluar seminggu... kena le jaga kedai minggu ni... terutamanya hari ini dan esok sibuk le sikit... sebab kena jugak bawa pensyarah (ahli Majlis Profesional, Pengurusan & Pentadbiran = MPPP) menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan... "Managing For Results: Using KPIs to Achieve Breakthrough Performance" di Bilik Santubung, Perbadanan Produktiviti Negara, Lot 894, Taman Perindustrian Demak Laut, Lorong Demak Laut 3A, Kuching... agar segala kekaburan mampu diperjelaskan... walaupun beberapa siri ceramah dan taklimat oleh pelbagai pihak agensi kerajaan telah dibuat sebelum ini... insyaAllah akan beroleh manfaat nanti...

Thursday, September 20, 2007

:: Lahirnya blog

19 September 2007: Rabu


:: curahan ide dapat disalurkan melalui blog... ada pelbagai gaya... berbagai cara penyampaian dan penceritaan... fokus dan lenggok bahasa yang berbeza... kesemua nya terangkum di dalam blog masing2... menjadikannya sebagai penghubung bicara... dan bakal tersimpan kukuh untuk tatapan di hari muka...
:: urutan blog dimulai oleh yang sulung... hingga kepada yang bungsu ... setakat ini...
KakDah - 16 September 2006
Pak Tam - 26 September 2006
Pak Ngah - 01 Oktober 2006
Pak Teh - 01 Oktober 2006
Pak Lang - 03 Oktober 2006
Akim - 12 Oktober 2006
Azilah - Oktober 2006
Farah - 09 Disember 2006
Pak Ndak - 09 Januari 2007
Aim - 02 Februari 2007
Mak Tam - 28 April 2007

Wednesday, September 19, 2007

:: Berita hari ini... macam2

19 September 2007: Rabu


Berita Harian:
:: pengurus IT hadapi 3 tuduhan rogol amah
:: pemandu lori tak mengaku bunuh pelajar
:: 3 lari dari rumah ditemui
:: mata budak cedera akibat letupan karbaid serius
:: 25 pemborong naikkan harga ayam di kompaun
::1,600 peluru dipercayai milik ATM (bertaburan dalam longkang di kawasan perumahan Seremban jaya Fasa 5, Senawang)
Utusan Malaysia:
:: anak lari dari rumah salah ibubapa
:: penternak ayam pula diheret ke mahkamah
:: 500 rumah di Kuala Muda berendam air
:: kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak
:: ... dan ada jugak kes kontraktor menyaman menteri, dan pihak tv swasta tuntut RM10 juta

:: Audit

18 September 2007: Selasa


:: Laporan Ketua Audit Negara... bagi tahun kewangan Kerajaan Persekutuan berakhir pada 31 Disember 2006... telah mengejutkan banyak pihak... didedahkan adanya penyelewengan serta salahlaku yang berlaku dalam pengurusan dan pentadbiraan negara.
:: Laporan yang dikemukakan Jumaat lalu itu... telah mendedahkan kelemahan beberapa kementerian dan jabatan... dalam menguruskan dana awam, termasuk dalam pembelian pelbagai barang serta peralatan... yang melibatkan sejumlah wang yang bukan sedikit.
:: Mungkin soal penyelewengan... soal salahguna kuasa... soal rasuah atau tumbuk rusuk... dan lain2 yang sama atau hampir sama makna dan maksudnya inilah... yang menjadikan Allahyarham Tok Wan Lin enggan membenarkan Pak Ngah untuk memohon jawatan polis inspektor pada tahun 1972 dulu... iaitu setelah memperolehi pangkat ll dalam SPM... dan kata2nya kepada Pak Ngah yang masih terngiang2 di telinga ialah... " tak payah la jadi polis ni... susah nanti... peluang nak rasuah tu cerah... alang2 iman... sangkut... pikiaq habih2... tapi kalau jadi cikgu tuuu... baguih... rasa2nya tak dak nak rasuah2 niiii..." Begitulah kata2 dari mulut seorang nelayan kepada anak lelaki sulungnya kira2 34 tahun yang lalu... dan tambahnya lagi... " cuba hang tengok... mata2 yang mai kat kampung kita ni... tak sampai setahun... yang tak dak pangkat apa2 tu punnn... boleh pakai kereta baru... tengok la tuuu... rasa2nya tak sampai 3 tahun tuuu... kena tukaq la semua tuuu..." ... dan adakah secara kebetulan pula bahawa semua anak lelaki kepada nelayan itu... punya kerjaya sebagai guru... dan kini... menjalar kepada cucu2nya pula.

Tuesday, September 18, 2007

:: Jodoh

18 September 2007: Selasa


:: Tiada angin tiada ribut... dan di kala pihak media memberikan tumpuan kepada majlis pertunangan Erra Fazira dengan Engku Emran... tiba2 pasangan pelakon Nisdawati Nazaruddin atau Lisdawati (28), dan Fauzi Nawawi (34)... orang Pantai Remis... membuat kejutan dengan mengundang pihak media ke majlis pernikahan mereka Ahad lalu... dan inilah yang dikatakan jodoh dah sampai...
:: Bercakap soal jodoh ni... masing2 ada pandangan dan pendapat sendiri... dilihat dari persepsi masing2... ada yang kekal hingga ke akhir hayat... ada yang separuh jalan... ada yang nikah cerai nikah cerai... dan ada jugak yang tak kesampaian jodohnya... rancang2... tapi tak jadi... cuba lagi... tak jadi jugak... malah sesetengah tu hingga mandi bunga... mandi air tujuh kuala... mandi air tujuh masjid... dan macam2 lagi... di samping ada jugak yang putus tunang... macam2 ada...
:: Nampaknya adik bungsu Pak Ngah... iaitu Pak Tam Lan yang bertemu jodoh dengan Mak Tam Rozita... adalah pilihan sendiri... begitu jugak dengan Pak Teh Man dengan Mak Teh Nurul... adalah pilihan sendiri... Pak Lang Azizi dengan Mak Lang Dah pun sama... pilihan sendiri... termasuklah Pak Ngah dengan Mak Ngah... jugak merupakan pilihan sendiri... dan begitu jugak le dengan Pak Ndak Yan dengan Mak Ndak Rahimah... pilihan sendiri... walaupun peringkat awalnya... ada orang lain yang memainkan peranan sebagai orang tengah... kecuali Mak Long Azizah dan Mak Njang Aziah... yang lebih kepada menerima pinangan daripada pihak lelaki... iaitu Pak Long Mail dan Pak Njang Mansor...
:: Teringat akan kata2 Allahyarhamah Tok Che Mah kepada Pak Ngah... apabila setiap kali adik2 Pak Ngah nak bertunang/nikah dengan pasangan masing2... " ni hang punya pasai la niiii... hang pilih sendiri... hang yang mula tunjuk jalan... hang yang bukak aloq... hah... apa lagi... adik2 pun ikut la... tapi mak tak kisah... hangpa yang nak menikah... hangpa yang nak hidup bersama... elok hangpa elok la mak..." dan biasanya Allahyarham Tok Wan Lin lebih berdiam diri je bila mendengar omelan bernada gurauan daripada isteri kesayangannya itu...
:: Apa2 pun yang penting... dan yang utama ialah... rumah tangga yang dibina bukanlah untuk diruntuhkan... itu yang penting... dan untuk itu... adalah tugas kita untuk bersama2 mempastikan rumah tangga yang kita bina itu... terus kekal... kukuh dan mampu bertahan... hingga ke akhir hayat...