Sunday, May 18, 2008

:: Klip Video Lingam: Tun bersedia disiasat?


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau bersedia disiasat dan didakwa di mahkamah berhubung dengan hasil siasatan suruhanjaya diraja mengenai klip video peguam kanan Datuk VK Lingam.LAGI
Akan jelaskan di mahkamah
'Saya tidak mahu jadi posmen'

Dr Mahathir sedia didakwa di mahkamah

TERBARU:
Tun Dr. Mahathir Mohamad hari Sabtu mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menyiasatnya ekoran laporan inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai video V.K. Lingam. Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia untuk didakwa di mahkamah kerana kesempatan itu akan digunakannya untuk membela diri di samping mendedahkan hal-hal lain yang termasuk para hakim yang melobinya. Beliau juga sedia menerima sebarang keputusan dan redha jika didapati bersalah di mahkamah daripada 'dibicarakan' dengan cara-cara lain. Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, jangan pula selepas kerajaan membuat keputusan siasatan dibuat tetapi akhirnya didapati tiada kes pula. Ini kerana katanya, akan ada pula tuduhan beliau melobi agar tidak didakwa di mahkamah. Dr. Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada forum mengenai pilihan raya umum ke-12 di Johor Bharu. Menjawab soalan mengenainya dalam sidang akhbar kemudian Dr Mahathir tidak melihat sebagai satu kesalahan sesiapa saja melobi untuk tujuan apa sekalipun. Katanya semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu macam-macam orang datang melobi untuk berbagai tujuan. Ini, katanya kerana akhirnya beliau membuat keputusan sendiri berasaskan pertimbangannya sendiri. Katanya kalau melobi satu kesalahan maka ramailah orang yang akan kena tangkap. Diminta mengulas lanjut mengenai kenyataannya bahawa ada juga para hakim yang melobi, bekas Perdana Menteri itu kata hal itu akan diceritakan di mahkamah kelak. -17/5/2008.
BERITA SEBELUM INI ... Kabinet setuju laporan klip video Lingam didedahkan...Dr Mahathir antara akan disiasat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim memberitahu kabinet hari ini setuju laporan Suruhanjaya Diraja siasatan klip video Lingam didedahkan kepada umum. Minggu lalu, laporan setebal 186 mukasurat itu telah disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Pengerusi suruhanjaya berkenaan, Tan Sri Mohamed Haidar Mohd Noor mencadangkan agar laporan berkenaan dibuka kepada awam. Zaid juga beritahu kabinet arahkan Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan tersebut. Mereka ialah Tun Dr Mahathir Mohamad , Datuk V.K.Lingam, Tan Sri Vincent Tan, Datuk Sri Tengku Adnan Tengku Mansor, Tan Sri Vincent Tan dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim serta Tun Eusoff Chin. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT 16/5/ 2008