Oleh A Kadir Jasin
AKHBAR New Straits Times hari ini bertanya: Will Pulau Batu Puteh be adjudged ours? (Adakah Pulau Batu Puteh akan diputuskan sebagai milik kita?”) Soalan yang serupa pasti bermain di fikiran banyak rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, yang sangat mengambil berat dan cukup emosional mengenai isu wilayah dan kedaulatan. Mengakui hakikat ini dan dengan hasrat agar mereka melihat dan mendengar sendiri berita yang mendebarkan itu, stesen televisyen milik negara, RTM1 akan menyiarkan secara langsung penghakiman oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mulai pukul 4 petang esok (Jumaat).