Wednesday, May 28, 2008

:: Dasar kita dan kesannya



TERSADAI... Sebahagian daripada bas Intrakota dan Parkmay
yang kini perkhidmatannya diambil alih oleh RapidKL tersadai
dan menjadi besi buruk di kawasan lapang berhampiran
sebuah taman perumahan di Sungai Choh,
Sungai Buaya, Rawang, Selangor.


1,000 bas RapidKL tersadai
KUALA LUMPUR 27 Mei - Kira-kira 1,000 bas Intrakota dan Parkmay
yang perkhidmatannya kini diambil alih oleh RapidKL,
tersadai dan menjadi besi buruk hingga
menjejaskan keselesaan orang ramai....

Kata Orang: Sesuatu dasar yang dibuat perlu diteliti keberkesanan dan implikasinya... sebab percaturan menaikkan sesuatu syarikat tidak sewajarnya dengan menjatuhkan syarikat lain... namun kekadangnya lebih menguntungkan pembekal kenderaan... pengedar kenderaan... dan pemborong kenderaan terpakai yang dilelong... cumanya janganlah nanti akan ada pulak mana2 pihak termasuk pihak agensi kerajaan yang membeli kenderaan yang telah dibaikpulih itu... dengan harga seolah2 membeli kenderaan baru...