Ezam rela diperalat serang Anwar, 2 lagi sertai Umno
Ezam sudah tidak relevan dengan politik Malaysia dan PKR
Ezam sedia tanding Ketua Pemuda jika ada sokongan
Hasrat Ezam sertai Umno perlu kelulusan MT - Muhyiddin
Ezam sudah tidak relevan dengan politik Malaysia dan PKR
Ezam sedia tanding Ketua Pemuda jika ada sokongan
Hasrat Ezam sertai Umno perlu kelulusan MT - Muhyiddin
Mutakhir
Ezam sedia tanding Ketua Pemuda jika ada sokongan
29-05-2008 08:04:30 PM
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau bersedia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno jika kedudukannya sebagai Ketua Pemuda mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.
Bagaimanapun, katanya kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam Umno tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.
Namun Mohamad Ezam berkata beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawankawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati oleh bangsabangsa lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam Umno ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. BERNAMA