Thursday, May 15, 2008

::Kiulap: Nasi lemak bersambal lipas?



separuh daripada badan lipas (dalam bulatan) yang didakwa keluarga berkenaan berada dalam hidangan mereka
Selasa, 13 Mei 2008

Nasi lemak sambal lipas?
Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Nasi lemak sambal lipas bukanlah yang dipesan sebuah keluarga lima beranak ketika makan malam di sebuah restoran di Kiulap semalam namun itulah yang disajikan kepada salah seorang daripada mereka. Pasangan suami isteri yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bersama tiga anak mereka berusia dari 11 hingga 17 tahun itu sedang menghabiskan makanan masing-masing apabila salah seorang daripada mereka ternampak separuh badan lipas di dalam sambalnya.

Persoalan yang bermain dalam minda mereka pada ketika itu adalah kemungkinan separuh lagi badan lipas berkenaan sudah termakan olehnya sekali gus membuatkan mereka rasa hendak muntah.
"Yang menaikkan darah adalah apabila tukang masak restoran berkenaan mengelak daripada bersemuka dengan kami pada mulanya serta melarang kami berjumpa dengan pihak pengurusan restoran berkenaan," cerita pasangan berkenaan lagi.

Khuatir kejadian serupa berulang lagi kepada pelanggan lain, pasangan itu membuat laporan kepada pihak Kementerian Kesihatan yang mereka dakwa akan menjalankan pemeriksaan ke atas restoran berkenaan dalam masa terdekat ini.