Wednesday, May 14, 2008

:: Masalah Beras: Keledek sebagai ganti?



Kentang dan keledek ganti nasi

KUALA TERENGGANU: Rakyat disaran memakan keledek dan kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji kerana ia boleh mengurangkan penggunaan beras yang semakin naik harga. Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berkata pengambilan ubi bagi menggantikan beras dilihat sesuai dengan gaya pemakanan masyarakat Malaysia sekarang. “Malah, kanak-kanak juga gemar makan kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi tersebut.
“Di Jepun, harga ubi keledek sangat mahal kerana penduduknya lebih menggemari makanan itu berbanding nasi,” katanya pada Forum Umum Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat di sini hari ini. Forum itu dipengerusikan oleh Pengerusi ISIS, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan. Felo Kanan ISIS, Dr Larry Chee-Yoong Wong, yang turut menjadi ahli panel dalam forum itu, menyokong cadangan Mahani dengan berkata ia adalah langkah baik kerana kedua-dua ubi berkenaan mempunyai pelbagai khasiat serta baik untuk kesihatan.- Bernama