Thursday, May 29, 2008

:: Pulau Batu Putih: Laporan polis dibuat?


Muda Mohd Noor May 26, 08 2:43pm


PAS membuat laporan polis terhadap bekas menteri luar Datuk Syed Hamil Albar, menteri besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kehilangan hak Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman bersama 30 orang, membuat laporan tersebut di balai polis Johor Bahru, kira-kira jam 12 tengah hari tadi. "Mereka tidak berbuat apa-apa ke atas Singapura ketika republik itu membina bangunan dan rumah api." Ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf Singapura sebagai pemilik pulau itu," katanya kepada Malaysiakini selepas membuat laporan tersebut. Mazlan menjelaskan, PAS Johor telah memperjuangkan isu itu sejak 1992 dengan mengemukakan memorandum kepada kerajaan dan mengadakan demonstrasi di jeti Pulau Batu Putih. Sehubungan itu, beliau menggesa sebuah tribunal khas dibentuk untuk menyiasat ketiga-tiga tokoh tersebut yang dianggap "cuai" sehingga kes tersebut gagal di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).