Wednesday, May 14, 2008

:: Yong Teck Lee: "Dua tingkap"



Cakap-cakap lompat parti yang melibatkan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan berlaku makin hangat ekoran kenyataan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang memberikan kiasan politik mengenai perkara berkenaan. Parti kecilnya di Sabah itu hanya mempunyai hanya dua Ahli Parlimen. Namun Yong dikenalpasti merupakan salah seorang key player dalam isu ini. Ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Selasa beliau tidak berselindung kata jika selama ini isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah yang sudah berlarutan lebih 20 tahun tidak begitu diberikan perhatian, kini ia menjadi isu nasional apabila wujudnya ‘ancaman’ lompat parti akan berlaku. Bagi beliau ada dua ‘tingkap’ yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan Persekutuan dengan segera. Tingkap pertama ialah peluang bagi kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan jika peluang ‘tingkap’ pertama itu tidak dimanfaatkan maka ‘tingkap’ kedua akan terbuka iaitu kemungkinan berlakunya lompat parti. KLIK PADA TAJUK BERITA UTAMA UNTUK LAPORAN LANJUT - 13/05/2008