Tuesday, May 20, 2008

:: Mukhriz kekal dalam UMNO ?


TERBARU: Sah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan terus kekal bersama UMNO dan tidak ikut jejak bapanya yang keluar parti. Bercakap pada sidang media khas di Kuala Lumpur, Mukhriz memberitahu, walaupun kekal bersama UMNO beliau akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti. "Dengan ini saya mendesak sekeras-kerasnya agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera," katanya. Beliau memberikan tempoh sehingga sebelum mesyuarat UMNO Cawangan bermula Julai depan untuk Abdullah meletakkan jawatan dan jika ia tidak berlaku, beliau tidak teragak-agak mengubah pendirianya yang terus kekal dalam UMNO. Menjawab satu soalan, beliau berkata, keputusannya hari ini tidak dibincangkan dengan ayahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah berlepas ke Tokyo bagi menghadiri satu persidangan. Turut hadir pada sidang media beliau ialah tiga orang Exco Pemuda UMNO Malaysia dan beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian daripada seluruh negara. Mukhriz juga mendakwa, daripada maklum balas yang diterimanya ramai ahli-ahli UMNO yang menyokong tindakan Dr Mahathir dan ada yang ingin mengambil tindakan sama keluar UMNO. Kenyataan akhbar Mukhriz dalam berita penuh. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.- 20/5/2008