Petang tadi menjengah ke rumah mertua... ada sedikit majlis tahlil. Ramai jugak yang tidak menguzurkan diri... sedara mara... anak menantu... besan biras... dan pupu poyang sebelah Allahyarham Hj. Othman turut hadir. Majlis dipimpin oleh Tn. Hj. Ali bin Hj. Dawi... adik kepada Allahyarham.
Allahyarham bapa mertua meninggal sekitar 2 tahun lalu... ketika PakNgah berada di Beijing, China dalam satu lawatan sambil bekerja di sana. Kedua2 buah pinggang Allahyarham yang tidak berfungsi... yang dideritainya selama 13 tahun amat mengazabkan. Selain dari biaya yang perlu ditanggung... rawatan 3 kali seminggu... dan tempoh rawatan kira2 4 - 5 jam bagi setiap sesi rawatan itu amat memeritkan... terutama bagi seorang lelaki yang sudah melalui usia bersara.
Kami sekeluarga turut menyertai majlis tersebut... kecuali Angah yang punya tugas praktikal melengkapkan tugasan tahun akhirnya dalam usaha memperolehi ijazah sarjanamuda bimbingan dan kaunselingnya dari UNITAR... dan Anjang yang sedang mengikuti kursus PLKN di Bukit Saban, Betong, Sarawak. Manakala Along yang sedang bercuti sekolah... baru tiba dari Kluang, Johor... tempat bertugasnya kira2 3 tahun di sana... dan Alang yang sedang mengikuti PISMP di IP Sarawak, Miri... yang sedang bercuti semester dapat turut serta... termasuk Acik yang berada di SMK Sains, Kuching... apabila sedang bercuti.
Majlis yang diadakan selepas solat 'asar... diakhiri dengan solat maghrib berjemaah. Alhamdulillah...