Friday, May 02, 2008

:: Pengarah JAIP: Tarik balik




Ini keputusan Istana Perak berhubung arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury … tarik balik arahan pertukaran dan hormati Sultan dan jangan belakangkan Sultan dalam buat keputusan yang babitkan kuasa Sultan. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran yang dibuat ke atas Jamry Selasa lalu.
Serentak dengan itu, Mohammad Nizar dimaklumkan bahawa hubungan kerja yang menghormati Sultan merupakan konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak Istana selama ini. Arahan supaya menarik balik arahan pertukaran itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada pukul 11 pagi Jumaat untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry. (Kenyataan penuh Pejabat Sultan Perak dalam berita penuh) KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-2/5/2008