Monday, May 28, 2007

:: Sedapnya Beradu

:: salam...

:: awal pagi... rutin biasa hujung minggu... ke Pasar Satok... pekena Laksa Sarawak sorang diri. Yang lain2 tu tak mau ikut... menyambung rehat di bilik masing2... sementelahan memanjang je hujan... termasuk le Cikgu Akim...

:: balik ke Tabuan Jaya setelah membeli sayur, tapai nasi, ikan bilis, cili boh cap sampan buatan Kelantan dan akhbar Siasah. Sementara menunggu pasar Tabuan Laruh dibuka... mengadap laptop sekejap... meninjau dan membelek akhbar2 di internet... kemudian sisipkan sedikit kisah untuk blog untuk hari ini.

:: mak ngah pesan agar membaiki paip di bilik air tingkat atas... hari ini juga... sebelum pergi mesyuarat di KL esok... dan macam biasa Pak Ngah katakan... kan Alang ada... dia boleh buat semua tu... walaupun nampaknya Alang teramat letih setelah memandu selama 14 jam dari Miri mulai awal pagi semalam... dan tiba kira2 jam 10 malam tadi... dan betullah kata orang tua2... ketika hujan ni... cuma 2 perkara je yang selalunya terjadi... pertama mata cepat je rasa nak lelap... dan perut cepat pulak minta diisi walaupun kira2 sejam tadi... dahpun pekena Laksa Sarawak di Pasar Satok.

:: mungkin ketika ini... ada le orang tengah pekena Laksa Mi di Pantai atau pun pergi berkelah dengan Pak Ndak Yan dan Mak Njang Yah beserta famili masing2... agaknya le...

Sunday, May 27, 2007

:: Seronok dan Kasihan

:: salam...

:: bila Pak Lah umum kenaikan gaji berkuatkuasa mulai 1 julai baru2 ini... akan ada le puak yang seronok... di samping akan ada le pulak puak yang perlu dikasihani... dan simpati daripada kita...
:: latar belakang Pak Ngah yang biasa susah... tergambar dalam pemikiran... apahal dengan orang kampung... para nelayan... penoreh getah... yang bekerja sendiri... dan lain2 yang bukan penjawat awam... yang perlu mendepani masalah akibat kenaikan gaji ini... yang sudah pastinya mengundang kenaikan harga barang dan perkhidmatan...

:: teringat ungkap bicara allahyarham ayah ketika sama2 ke laut... memukat udang besar... udang kaki merah... sekitar tahun2 70an dulu..." orang makan gaji tak pa la... senang la hidup depa... pejam celik... pejam celik... hujung bulan ada gaji... tak payah nak risau2... yang kita ni... tak kering kaki seluar... nak cari duit... nak besarkan anak2... nak bagi anak2 belajar "...

:: dan dalam usaha nak menambahkan pendapatan... allahyarham ayah akan menyelitkan dan menyelangnyelikan aktivitinya dengan pukat udang... pukat belanak... merawai... dan mengail di Tg. Batu dan sekitar Pulau Talang... sebab Pak Ngah pun ikut sama terutama pada hujung minggu atau cuti sekolah... dan paling teruja ialah mengail pedukang di sekitar pelantar Bong Kau dan Ah Tat... tak menang tangan wooo... kerana tarikan ikan pedukang yang memakan umpan hirisan ikan temenung/curut itu... dan ini bergantung pada keadaan "air dan bulan"... yang selalunya kaki pancing dan nelayan amat arif mengenainya...

:: Cuti Muncul Semula

:: salam..

:: terasa lama sungguh tak menjenguk blog ni... kalau yang bersalin tu... kira dah habis pantang le jawabnya... hehe... sebab post terakhir adalah pada 10 mac.

:: 25 mei... hari terakhir persekolahan... teringat pulak nak hantar msg kat adik beradik... tentang program masing2 sempena cuti sekolah kali ni... dan balasan terawal adalah dari Pak Teh Man... "Kami 3 branak skrg di KLIA. Flight k Brisbane/Gold Coast, Ostolia 10am. Balik, insyaallah 31/5"... diterima seawal jam 8.07 pagi... dan msg tu Pak Ngah panjangkan kepada adik2 yang lain...

:: msg dari Pak Lang Azizi... "Balik s'wan. Kenduri kawin paksu"... ringkas dan padat... dihantar awal pagi (6.57 pagi)... tapi cuma dekat nak masuk waktu solat maghrib baru diterima...

:: msg dari Pak Tam Lan... lain sikit caranya... "Aktiviti tcatat dlm blog"... dihantar 7.06 pagi tapi macam msg dari Pak Lang Azizi jugak le... diterima lewat maghrib...

:: selalunya Pak Ndak Yan akan call kalau kita hantar msg kat dia... dan sememangnya dia call ketika Pak Ngah sedang memantau perjalanan MTest pagi tadi (sabtu 26 mei... jam 8.59 pagi)... iaitu ujian bagi bakal guru sebelum mereka dipanggil untuk ditemuduga... di dua buah sekolah di sekitar Kuching.

:: hantar msg kat adik beradik tu sebenarnya ada tujuan... sebab ada mesyuarat di KL pada 28 mei - 1 jun... kalau "ngam" dapat le dilewatkan tarikh penerbangan balik ke Kuching tu (hujung minggu)... dapat le lajak ke Pantai... tapi dik kerana msg lewat diterima... menjadikan tiket kekal le pada 1 jun... sah le tiada rezeki nak balik Pantai... hehehe.