Monday, May 19, 2008

:: Politik UMNO: Azizi meluahkannya


Monday, April 28, 2008

Mengembalikan Ketuanan Melayu

Mengembalikan Ketuanan Melayu-azizi hj abdullah disampaikan di mini kongres anjuran 2pnp dan gapena pada 29 april 2008 di hotel submit dan di johor bharu pada 2-3 Mei 2008.

Bismillahirrahma nirrahim.

1. Saya yakin kongres hari ini fokusnya kepada hala tuju kepada ketuanan Melayu, hak Melayu, martabat Melayu dan mengembalikan Hak Melayu kononnya dikatakan sudah terhakis. Punca kesedaran ini ialah kerana Umno kalah dalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini.

2. Gapena kononnya rasa terpanggil tetapi nyata mengambil peranan membawa reba dalam semak. Dianggap Umnolah yang kononnya berpengalaman menyatu padukan orang Melayu. Tetapi mengapa Gapena tidak melihat sebagai polong menghisap darah dan memamah orang Melayu? Apabila Gapena turut merasa gelisah sampaikan Ketua Satu buat kenyataan, Ketua Dua tulis kertas kerja, Ketua tiga komen dalam akhbar, seolah-olah Gapena itu waris pesaka Umno.

3. Kita kata dasar Umno itu betul sejak ia di tubuhkan. Tetapi Kongres/ Gapena telah keliru dalam banyak hal, terutama menganggap pemimpin Umno itu betul dengan bangsanya, sehingga maruah dan hak bangsa Melayu telah tercabar, termusnah, terkahis, Kongres/ Gapena masih menganggap Umno itu tetap sebagai pembela dan pemelihara. Lalu diadakan kongres bagaimana hendak menyatukan Melayu semula akibat kalah dalam pilihanraya.Anih, Gapena dan penganjur kongres seperti bomoh yang tidak tahu punca penyakit.

4. Selepas merdeka bukankah Umno yang memerintah dan dianggap menjadi tonggak bangsa Melayu, kemudian apabila Umno terlungkup di anggap pula sebagai pertanda kehancuran kedaulatan Melayu. Siapa yang kata? Umno juga yang mendakwa. Maka ada baiknya kita bercakap tentang Umno dan Melayu selepas kemerdekaan sehingga 8 Mac yang lalu.

5. Umno kena ingat dan Gepana/ kongres ini juga kena faham, Perlembagaan Negara bukanlah Perlembagaan orang Melayu. Perlembagaan negara adalah perlembagaan Negara Malaysia untuk rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, yang diiktiraf dan diterima sebagai rakyatnya.Ada pun Melayu hanyalah merupakan satu daripada kaum-kaum yang ada, yang kerakyatannya sama dengan bangsa lain. Orang Melayu tidak boleh lagi halau orang India balik India. Tidak boleh lagi halau orang China balik tongsan. Hak mereka dengan orang Melayu di sini, sama. Siapa yang buat ini, haaa? Siapa?

6. Bagaimana pun ada beberapa hal tentang Melayu diberi keistimewaannya, termasuk agama Islam. Maka secara ringkasnya Melayu dinamakan sebagai Bumiputera, yang kebetulan ia muncul dalam beberapa bidang dan oleh kerana Melayu dikatakan penduduk asal, maka diberilah beberapa hak istimewa, iaitu istimewa orang Melayu. Hak Istimewa inilah Umno dok bangga tapi depa tak tahu menjaga.

7. Apakah orang Melayu berbangga dengan Bumiputera Melayu yang diberi hak istimewa? Saya sebagai bangsa Melayu sangat bangga. Pak Kasim dari Ulu Tembeling bangga. Mak Leha yang jual goreng pisang di Ulu Tiram bangga malah Wan Kadir di Puterajaya yang jadi tukang angkut sampah berbangga.

8. Tapi bagaimana dengan Umno? Tak semena-mena kerana ingin mengekalkan kuasa keUmnoannya (bukan Melayunya) mereka membuka pintu kepada bukan Melayu menjadi Bumiputera. Betulkah Umno? Mana jatidiri Melayunya yang kononnya ingin memelihara ketuanan?

9. Barangkali orang anggap ini politik dan perkauman. Pukimak! Bukankah dengan politik itu Umno dapat berkuasa? Bukankah menubuhkan Umno dengan keahlian Melayunya sahaja, sudah jadi perkauman?

10. Nah, apabila Umno menjadi parti tonggak pemerintah sejak 1957 hingga 8 Mac 2008, lihatlah apa yang Umno lakukan terhadap bangsanya. Saya bentangkan ini kerana menganggap Umno ada dalam parti pemerintah, komponen yang mempunyai kuku kuasa, berwibawa, mampu membawa bangsanya, memelihara ketuanannya, menaikkan maruah bangsanya melebihi bangsa lain... teruskan bacaan... http://aziziabdullah.blogspot.com