Selepas menghadiri suatu taklimat mengenai perjawatan DG52 & DG54 di IPBA (Lembah Pantai) Kuala Lumpur... terus ke Kota Kinabalu untuk suatu tugas menemuduga di sana.
Kebetulan bersama En. Rahim (KPP Unit HEP) dan En. Mazlan (KPP Unit KDP) dan dua orang pegawai lain... kami lajak ke Taman Selera Tanjung Aru... dengan pilihan dan selera masing2... iaitu nescafe tarik, teh tarik dan ABC... berpasangan dgn nasi goreng kampung dan mee bandung seafood... dan akhirnya barulah check-in di Hotel Promenade.
Urusan menemuduga biasa le... 2 hari melayan calon2 dari pelbagai kategori. Malamnya kami dijemput oleh Pengarah I.P. Keningau... En. Jame Alip... ke Teluk Usukan Resort, Kota Belut untuk majlis penutupan kursus Bina Insan Guru (BIG). Sayang... perjalanan di waktu malam dari KK ke resort itu tidak banyak menyumbang kenangan... gelap pekat... tiada pemandangan kawasan laluan yang dapat dikecapi... dan majlis dapat disempurnakan oleh En. Rahim. Jamuan makan malam dan persembahan kumpulan oleh peserta BIG dan lagu2 dendangan En. Jame, En. Mazlan dan beberapa org pensyarah I.P. Keningau telah menghangatkan lagi suasana malam itu. Parang bersarung buatan Kota Belut sumbangan I.P. Keningau menjadi kenangan kepada kami. Terima kasih atas layanan dan budi baik kalian semua.