Thursday, May 01, 2008

:: Kita dengan masalah

Biasanya... dalam melayari hidup dan kehidupan ini... kita sering menghadapi masalah... dan kekadangnya masalah sering turut membuntuti kita... begitulah selalunya. Masalah bagi kita... mungkin bukan merupakan masalah kepada orang lain... dan begitulah sebaliknya. Masalah besar bagi kita... mungkin dianggap remeh kepada orang lain... dan begitulah sebaliknya. Ada masa dan ketikanya... masalah yang dihadapi mampu kita selesaikan melalui kreativiti dan kebijaksanaan kita. Ada masanya masalah yang kita hadapi memerlukan sentuhan dan bantuan pihak lain... agar masalah dapat dirungkaikan. Ada masanya masalah yang kita hadapi... hanya memerlukan pihak lain mendengar... sekadar mendengar semata2... kita akan terasa bahawa masalah yang kita anggap sebagai masalah itu telahpun dapat diselesaikan.
Psikologinya... berkongsi masalah dengan orang lain sedikit sebanyak boleh meredakan rasa gundah yang mungkin semakin menebal... dan ada di kalangan kita termasuk di dalam golongan ini. Menyimpannya seorang diri ibarat menyimpan barah yang tidak pernah diubati... dan jika tidak ada usaha ke arah untuk berubat... maka bersedialah menunggu saat "meletup"nya... dan ada juga di kalangan kita termasuk di dalam golongan ini.
Ini bermakna... ada di kalangan kita ini yang boleh dan mampu menyelesaikan masalahnya sendiri...ada juga dikalangan kita yang memerlukan pihak lain bagi membantunya... dan ada juga di kalangan kita ini yang tak termasuk di dalam golongan2 ini... dan itulah kita yang sebenarnya... yang mungkin termasuk di dalam mana2 golongan tersebut...