Monday, March 24, 2008

:: UMNO... double standard?


Krisis MB Terengganu: mengapa double standard

- Syed Ali Ketua UMNO Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee bimbang rakyat akan melihat wujud double standard dalam pendirian UMNO terhadap institusi Raja Melayu. Mengulas krisis lantikan Menteri Besar Terengganu beliau berkata semasa orang kuat DAP Lim Kit Siang meminta wakil rakyat DAP memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Mohamad Nizar Jamaluddin UMNO telah menghentam tindak tanduk DAP itu. Sekarang katanya 22 ADUN UMNO pula nak boikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Istana Terengganu. “Tentunya orang akan lihat ini sebagai double standard pendirian UMNO,” katanya kepada Agendadaily petang Ahad. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 23/3/2008