Saturday, March 15, 2008

:: LGE... batal saman


Mainkan Hati dan Perasaan Rakyat Pasti Membawa Padah!
Posted by Erin
Friday, 14 March 2008

Barisan Pembangkang harus sedar, memainkan hati dan perasaan rakyat pasti membawa padah.
Malaysia berjaya bukan untuk Najib, Husam, Lim Guan Eng atau Anwar. Malaysia berjaya adalah untuk kita.

Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata, “Saya Pantang DiCabar!”. Cuma pada waktu itu, Abdullah tidak sedar bahawa rakyat juga pantang dicabar. Abdullah Badawi apabila dicabar bertindak menyembur air berkimia dan memukul rakyat dengan belatan serta menghumban sesetengah daripada mereka ke dalam lokap kerana mencabarnya.

Nasib baik, rakyat lebih rasional dari Abdullah. Apabila rakyat dicabar, rakyat bertindak memberi undi mereka kepada sesiapa sahaja asalkan bukan Dacing. Hari ini, nampaknya permainan yang sama telah dimainkan oleh DAP menerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, menerusi Lim Kit Siang dan menerusi Teressa Kok. Saya cuma menanti untuk mendengar mereka berkata pula, Kami Pantang Di cabar!. Sepanjang beberapa hari menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah melakukan apa sahaja untuk mencabar rakyat yang senyap dan inginkan keamanan. Lim Guan Eng mengambil tindakan membatalkan saman tertentu kepada rakyat. Tetapi saya ingin bertanya, rakyat mana yang mendapat habuan dari penghapusan saman itu?
Rakyat yang baik, yang berdisiplin dan cintakan keamanan jarang sekali melanggar apa sahaja undang-undang. Rakyat itu walau disaman, mereka akan berusaha membayar saman kerana mereka sedar itu adalah hasil negeri. Saman yang mereka bayar itulah antara hasil yang akan digunakan pula untuk kebaikan mereka. Mereka yang disaman di atas sebab tidak mematuhi undang-undang dengan sengaja haruskah diberi insentif dengan membatalkan saman mereka?