atau nak lantik yang kurang pengalaman... tapi menang dan masih muda...
TERBARU: Saya Wanita - Azalina Oleh: ROSLI ISMAIL
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman meminta mana-mana pihak agar jangan mempersoalkan statusnya sebagai ahli Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Ini kerana menurut beliau, semua anggota Puteri UMNO secara automatik didaftar sebagai anggota Wanita UMNO sebaik sahaja melepasi had umur Puteri yang ditetapkan.
"Saya ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Pengerang, jadi soal sama ada saya ahli Wanita atau tidak, tidak timbul. Bukan isu ahli Wanita atau tidak, tetapi ahli UMNO dilantik sebagai menteri kabinet. Mengikut perlembagaan (Puteri) juga, ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari Jumaat. Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Rafidah Aziz dalam sidang media berasingan di bangunan yang sama selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO Pergerakan itu terus berdolak dalik apabila ditanya mengenai sama ada Azalina mewakili Wanita atau tidak di dalam kabinet baru yang ditubuhkan Selasa lalu. (Dalam ada gambar dokumen yang tertera nama Azalina sebagai salah seorang calon Wanita UMNO).