Saturday, March 29, 2008


myMetro » BeritaUtama

Cerai pos laju

JOHOR BAHRU: Selepas isu cerai SMS heboh diperkatakan, kini muncul cerai pos laju apabila seorang anggota polis marin berpangkat koperal di Muar sanggup menceraikan isteri keduanya menerusi kaedah penghantaran surat. Dia menghantar sijil cerai melalui pos laju kepada rakan setugasnya, seorang pegawai polis marin di Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan di Tampoi di sini, untuk diberikan kepada bekas isterinya itu. Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan wanita berkenaan kini kebingungan memikirkan masa depan dua anak lelaki mereka berusia 10 dan 12 tahun berikutan perkahwinan pasangan terbabit tidak didaftarkan di negara ini.Anggota polis marin berusia 45 tahun itu memperoleh sijil cerai daripada Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand, 2 Februari lalu, sebelum menggunakan pos laju untuk menghantarnya kepada pegawai terbabit pada 18 Februari lalu.