Friday, March 28, 2008

Terengganu dah selesai...?

masjid kristalkah ini?
cantik... indah menawan?
lebih untuk hiasan atau untuk digunakan?


Krisis lantikan MB Terengganu selesai...Idris Jusoh nak ke mana?

Sewaktu berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selama empat jam di tingkat 39 Menara Dato Onn PWTC Khamis petang kesemua 22 orang ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang dilaporkan menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar ‘berkurung’ di dalam sebuah bilik mesyuarat di tingkat 38.

Puluhan para wartawan dan jurugambar yang berkumpul di situ menunggu sidang akhbar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diadakan lepas mesyuarat berkenaan melihat mereka masuk seorang demi seorang ke dalam bililk berkenaan. Waktu itu sudah berlegar cakap-cakap Idris ‘ habis’ dan pastinya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan endorse Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Dan seperti yang sudah diketahui umum sekarang, Presiden UMNO itu telah mengumumkan dalam sidang akhbar berkenaan Barisan Nasional menyokong Ahmad Said yang merupakan calon pilihan Istana Terengganu.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT. 27/3/2008