Prasangka bermaksud sangkaan atau anggapan buruk terhadap sesuatu atau seseorang... sebelum menyelidiki atau mengetahui hal dan keadaan sebenar. Itulah maksud umumnya. Sejak bermulanya kehidupan... kita telah disuakan dengan prasangka... tanpa mengira samada banyak atau sedikit... semakin menebal atau semakin menipis. Banyak pihak melihat bahawa kekurangan fakta... atau ketidakmampuan kita untuk melihat bahawa fakta amat penting dalam membuat keputusan... adalah sebagai punca munculnya prasangka ini. Malah ramai yang beranggapan bahawa kebiasaan berprasangka telah menjadikan kita untuk tidak bertolak ansur... menjadikan kita individu yang negatif.
Persoalan yang boleh difikirkan ialah... adakah semua pendapat dan pandangan kita semata2 berpaksikan fakta? Adakah fakta yang diperolehi itu... sah akan kebenarannya? Setakat manakah kita mampu untuk mengelak diri dari terus menerus berprasangka... dan mungkinkah perasaan itu sentiasa membayangi kita dalam melakukan sesuatu... dan di dalam tindakan kita?