Menanti ‘tongkang pecah’
Dalam keadaan sekarang hakikat yang perlu diakui Datuk Seri Anwar Ibrahim tak rugi apa-apa. Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu ibarat memasang bubu di muara sungai menanti ikan masuk. Apa saja perkembangan negetif dalam UMNO akan menjadi berita baik baginya. Mahu tak mahu UMNO sendiri perlu memastikan kubunya tidak jadi ‘tongkang pecah’.” Ini boleh buat ramai nanti yang akan berenang cari pelampong yang nampak selamat.
Kebimbangan tentulah pada senario dalam UMNO sendiri selepas melalui badai pilihanraya ke 12 baru ini. Rasa tidak puashati pada sesetengah senarai calon pilihanraya dulu, kontroversi pemilihan Menteri Besar seperti contohnya di Perlis dan lantikan kabinet dilihat boleh menghakis kekuatan parti.
KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 21/3/2007