Friday, March 07, 2008

:: Miang... merenyam...

ANGKA 40 mungkin membawa kita kepada persepsi yang berbeza... terhadap lelaki dan wanita. Lelaki seusia 40 tahun... selalunya dianggap sebagai permulaan hidup baru... dipenuhi semangat baru... dan biasanya semakin matang... sedangkan wanita seusia 40 tahun pula sering dikaitkan dengan perkara2 negatif... dan selalu dikaitkan dengan istilah... "musim saham mula menurun". Inilah biasanya kata2 yang tak terluah di kalangan wanita... dipendam dan diperam sahaja. Fuh... kenyataan ini rasanya... bakal mengundang silat... kuntau... tomoi... dll yang tak tertepis nanti. Emmm...
Dari segi tahap kematangan... rata2nya kita mengakui bahawa perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan mencapai tahap baligh... lebih awal berbanding anak lelaki. Ada anak gadis yang mula mengalami haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya... ada remaja lelaki yang walaupun sudah menginjak usia 17 tahun... belum ada apa2. Sesiapa saja di kalangan kita... yang mempunyai anak2 lelaki dan anak2 perempuan boleh melihat hal yang sama... boleh mengesahkan kenyataan ini. Selalunya... ketika baru berada di tahun enam (sekolah rendah)... anak perempuan sudah boleh diharap untuk mengemas bilik tidur sendiri... membantu mencuci pinggan mangkuk... dan mungkin membancuh susu adik.
Sebaliknya... kedapatan anak remaja lelaki... yang walaupun sudah berada di tingkatan tiga... masih tidak tahu apa-apa. Mungkin itulah sebabnya... pihak barat selalu mengatakan... kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Kononnya... lelaki pada usia ini menjadi lebih matang... agak tepat membuat keputusan... bijak memberi cadangan... lebih bersifat penyayang... lebih tinggi tahap keprihatinannya... dll. Hanya sanya satu saja yang kurang sedap didengar... malah tidak adil... kononnya pada usia 40 tahun inilah tahap "kemiangan" lelaki dikatakan semakin meningkat! Miang, gatal, merenyam, gelenyar...dan banyak lagi istilah2 yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Persoalannya... benarkah begitu? Tinggikah peratus keterlibatan kaum lelaki... sebegitu?
Pihak wanita selalunya memberikan alasan yang serupa... untuk menguatkan andaian bahawa pihak lelaki sememangnya... miang. Antara kenyataan lainnya... yang paling biasa... ialah suami dah mula menjeling kepada wanita lain... suami dah mula main kayu tiga... malah suami dah pun kahwin baru. Walaupun mungkin wujud kes2 sedemikian... tetapi mungkinkah tanggapan sedemikian hanya sanya bersifat rambang semata2... tidak menggambarkan keadaan secara keseluruhannya?