Saturday, March 29, 2008

:: Pemilihan... jadi



Perhimpunan, pemilihan Umno 16-20 Disember

CERIA: Abdullah menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sambil diperhatikan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

KUALA LUMPUR: Pemilihan barisan kepemimpinan Umno tetap diadakan tahun ini dengan perhimpunan agung parti itu dijadualkan pada 16 hingga 20 Disember ini, manakala persidangan peringkat cawangan bermula 17 Julai hingga 24 Ogos dan bahagian pada 9 Oktober hingga 9 November. Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkannya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, juga menegaskan beliau sedia menghadapi tentangan pada pemilihan kali ini. "Ya, jika mereka mendapat sokongan, saya tidak akan lari," katanya menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas mesyuarat itu.
Hadir sama ialah Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, Naib-naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Ketua Wanita Datuk Seri Rafidah Aziz, Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Puteri, Datuk Noraini Ahmad. Perhimpunan agung dan pemilihan Umno sepatutnya diadakan pada November lalu tetapi ditangguhkan bagi membolehkan ahli parti memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-12.