Sunday, March 09, 2008

:: Masih relevan ?


BA gugat dengan media alternatif, Anwar masih relevan – Agus
Ali Bukhari Amir Sun Mar 09, 08 2:47:10 am MYT


ALOR SETAR, 9 Mac (Hrkh) – Kehadiran Barisan Alternatif (BA) dalam memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa faktor Anwar masih lagi relevan, kata Penganalisis Politik Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof.

"Kalau kita buka blog-blog dalam kalangan muda-mudi, kita akan dapati rakyat mencipta kejutan dalam pilihan raya kali ini dengan membekalkan saluran maklumat alternatif. "Satu lagi yang menyebabkan kekalahan BN ialah kerana kempen-kempen anjuran RTM yang berat sebelah. Hal ini menyebabkan rakyat makin menyampah terhadap propaganda BN tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung melalui siaran RTM baru-baru ini ketika mengulas keputusan pilihan raya yang tersiar melalui RTM baru-baru ini.

Calon Umno-BN bagi Parlimen Sungai Petani (P15), bekas Menteri Penerangan Dato’ Seri Zainuddin Maidin yang banyak menyajikan bahan propaganda berat sebelah telah tewas kepada calon KeADILan Johari Abdul. Parlimen Sungai Petani yang memiliki jumlah pengundi seramai 83,851 menyaksikan jumlah peratusan mengundi sebanyak 70.65 peratus (59,243) sementara undi rosak sebanyak 980 undi. Johari Abdul (KeADILan) yang mendapat 33,822 undi menewaskan Zainuddin Maidin (BN) (24,441) dengan majoriti 9,381. Penyandang bagi Sungai Petani sebelum ini ialah Dato' Mahadzir Mohd Khir (BN) dengan majoriti 17,502 undi.