Wednesday, March 12, 2008

:: Luahan Teh


Pagi tadi... sorang sepupu dari Darul Ridzuan menghantar mesej. Panggilan timangannya... Teh... sorang pendidik di Taiping. Bunyi mesejnya... "DEB hapus di Pulau Pinang. Kesian. Lepas ni apa nak jadi dengan orang Melayu". Begitulah bunyi mesejnya. PakNgah amat faham akan perasaannya. Perasaannya mungkin bercelaru dengan kekalahan BN di Perak, apabila majoriti rakyat negeri memihak kepada BA. Suatu perkara yang tak terfikir oleh orang BN, malah oleh orang BA sendiri... tak terjangkau oleh fikiran dan pemikiran biasa kita. Namun kataNYA... kun fayakun... semuanya boleh berlaku dengan kehendakNYA... cuma kita je kekadangnya hanya percaya dengan kebolehan diri dan kuasa diri sendiri je...

PakNgah tak tau bagaimana nak dibalas mesej tersebut. Mungkin beliau meluahkan rasahati melalui mesej tersebut... mungkin juga mahukan komen daripada PakNgah. Makanya PakNgah jawab begini je... "Kenapa risau? Beri la mereka peluang. Rakyat terbanyak Pulau Pinang tak percaya lagi kat BN. Selama ni di bawah BN... dah tercapai? Bukankah dah 50 tahun di bawah Perikatan/BN" ... sengaja PakNgah nak "cuit" dia... sebab selama ini PakNgah dan dia ni selalu berlaga angin... sengaja buat begitu... baru ada perbincangan... sengaja menongkah arus. PakNgah tau... dia ni orang kuat BN... orang AMNO... manakala PakNgah pula sememangnya tak berminat langsung dalam bab2 politik ni... tapi gemar berbincang dan bercakap hal2 politik ni... jadi secara sengajanya PakNgah lakukan sebegitu agar perbincangan lebih menarik... berbahas fakta dan berhujah.

Mesej PakNgah tak dijawabnya. Mungkin dia sibuk dengan urusan parti atau ada tugas lain... barangkali le...

Mesej berikut PakNgah hantar padanya... "Ada apa2 komen? Takkan cukup setakat nak kesian saja? Masa peluang dalam tangan, tak mau diguna, bila terlepas... menggelabah semacam... HERAN dengan AMNO ni!! Provokasi ni!! " ... namun tiada jawapan segera daripadanya.

Akhirnya dia balas balik mesej PakNgah tu... " Saya sedih melihat di hadapan rumah saya apabila ramai ibubapa datang untuk mengeluarkan barangan anak mereka dikeluarkan dari dewan tadika KEMAS. Ada yang menangis, kerana kelas mereka akan dikunci disebabkan oleh kerakusan kawan, rakan membuat pemilihan. Dewan dikunci. Cina, India tersenyum nampak gusi. Melayu menangis, mengenangkan nasib Melayu yang merintih hina di bumi sendiri. Adakah kita gembira dengan keadaan begini? Kasihan anak bangsa..." . Terfikir juga oleh PakNgah... apakah luahannya itu benar2 berlaku sebegitu?

Mau tak mau... PakNgah balas mesejnya itu... "Barangkali dah begitu peraturannya. Kena kosongkan. MB pun kena buat macam tu jugak. Semua tertakluk dengan peraturan. Kenapa kita risau tak bertempat? Majoriti rakyat PERAK dah memilih!!.. " Ayat yang bertujuan mencuit sedikit mindanya... juga tak dijawab...

PakNgah kacau dia lagi dengan mesej sebegini... "HERAN: Kelantan dan Trengganu yang diperintah oleh orang kita sendiri, orang AMNO beria2 nak rampas. All out. Kenapa ye? Menjentik minda sikit ".... namun mesej itu pun tak dijawabnya.

Tiba2 petang tadi... dia hantar mesej... disusun sebagai serangkap pantun...

Anak Pak Mat orang pinang,
Anak Pak Abu jadi andartu,
Bila PAS, DAP dan PKR menang,
Hilang pasai pengundi hantu.

Dikirakan sedap jugak pantunnya itu. Diolah sedemikian rupa. Maka terkial2 jugak le PakNgah nak menjawab mesej tu... akhirnya dapat le dihantar serangkap pantun... begini bunyinya....

Orang AMNO sakit dada,
Mujur la tak terus pengsan,
Pengundi hantu mungkin tetap ada,
Cuma depa tak undi Barisan.

Apa2pun hingga sekarang... tiada maklum balas daripadanya... dan diharap dia tak berkecil hati... dan selalunya sejak dulu... dia ni adalah jenis tak ambil hati... mudah berbincang dengannya... cumanya kali ini... hanya melalui mesej je... kalau berdepan mungkin lain ceritanya... mungkin mampu bersembang santai berjam2 lamanya... topik menarik dan isu semasa...

PakNgah memang tak berminat dengan politik ni... cuma suka berbincang dan berhujah je... dan paling gemar menongkah arus dengan orang yang dilawan berbincang... baru ada ummmphhh...