Pendapat
Pak Lah perlu buat percaturan yang betul
13-03-2008 05:05:48 PM
SAYA melihat apa yang telah diberikan kepada rakyat adalah salah satu fenomena pembaharuan politik tanahair. Kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat dilihat sebagai satu kepercayaan yang diberikan kepada menteri kabinet dalam mentadbir portfolio masing-masing. Bagaimanapun kekurangan koordinasi di antara mereka yang kadangkala menyebabkan percanggahan pendapat dan dilihat sebagai 'out of control'.
Dari segi kepincangan yang dikatakan, saya tidak bersetuju pendapat Tun Mahathir kerana kebanyakan masalah yang dihadapi Pak Lah kini kebanyakannya terbentuk sejak pemerintahan Tun lagi. Jambatan bengkok (satu paksaan terhadap kedaulatan Singapura), kes Linggam, kronisme, nepotisme, rasuah dll di kalangan sebilangan besar pemimpin BN telah dijana sejak 22 tahun pemerintahan Tun M.
Kini, Pak Lah mempunyai 2 pilihan:
1) terus menutup semua kelemahan ini dan dilihat sebagai seorang yang melindungi salahlaku secara total dalam masa yang sama dilihat sebagai cekap.
2) melakukan perubahan untuk membaiki keadaan dan kepincangan parti.
Sudah pasti kedua-dua pilihan ini membawa implikasi politik terhadap pemerintahan beliau. Pilihan pertama akan membangkitkan kemarahan rakyat kerana melindungi salahlaku - kritikan tradisi terhadap parti BN sejak sekian lama. Pilihan kedua pula akan menimbulkan pemberontakan dalaman parti dan rakyat pula melihat beliau sebagai tidak cekap akibat dari pelbagai krisis perundangan serta salah laku.
Kedua-duanya melibatkan percaturan dan jika kita lihat, zaman Tun M sendiri pernah menyaksikan pertumpahan darah yang lebih tragis. Kisah Memali. Namun zaman yang berbeza mewujudkan impak yang berbeza bukan? Kenapa peristiwa ini tidak menjatuhkan BN sedangkan jika dibandingkan dengan kes Hindraf amat jauh berbeza situasinya.
Mendesak Pak Lah meletakkan jawatan pada pendapat saya hanya akan memburukkan keadaan BN dan seperti menerima tekanan sebilangan individu yang ingin melihat PM mentadbir mengikut selera dan acuan mereka. Saya hanya melihat senario politik mutakhir tanahair sebagai satu permulaan proses perubahan paradigma rakyat yang ingin kritikan mereka didengar dengan lebih teliti di peringkat eksekutif, bukannya menjatuhkan BN secara total.
HANY SAMID
Eksklusif
A resounding vote for change
Dilemma over Malays
Adapt to seismic change
Pendapateditor@mstar.com.my
Pak Lah perlu buat percaturan yang betul
The rebirthing of Malaysia - 'it's not a race thing.'
Perlis perlu memahami budaya mereka.
DEB perlu dimansuhkan?
Admit the real facts of THE fall!
Salah siapa?