Sunday, March 23, 2008

:: Datuk Richard Riot... nafi


MUTAKHIR
Richard nafi sertai pembangkang

PUTRAJAYA: Anggota Parlimen Serian, Sarawak, dari Barisan Nasional (BN), Datuk Richard Riot hari ini menafikan spekulasi serta laporan media beliau akan keluar daripada gabungan pemerintah itu dan menyertai pembangkang.
Bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Agung BN dan Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini, Richard berkata khabar angin membabitkan dirinya itu “berlaku dengan tiba-tiba” dan “tidak pernah terlintas dalam hati saya untuk bertukar kem.” “Secara tiba-tiba saya menjadi terkenal tetapi biarlah saya umumkan bahawa tidak pernah terlintas dalam hati saya untuk keluar daripada BN. Saya orang BN, dipilih atas tiket BN dan saya akan tetap setia dengan BN,” katanya.

Katanya, beliau tidak dapat menafikan mana-mana laporan media sejak tiga hari lalu kerana berada di luar negara, untuk berehat selepas memenuhi jadual ketat ketika pilihan raya umum.