Friday, March 28, 2008

:: Kain rentang... "natang"


kain rentang... "KAMI NAK IDRIS, NATANG"...
dan kepada siapakah "natang" itu ditujukan...?


Tuesday, March 25, 2008

Perkataan 'binatang' penyokong Idris ditujukan kepada Sultan - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan istilah 'natang' (binatang) yang digunakan oleh penyokong Datuk Idris Jusuh pada satu slogan yang tertera pada kain rentang mereka ketika himpunan di kediaman Idris dekat Kuala Terengganu baru-baru ini ditujukan kepada Sultan negeri itu.

Kata Salahuddin beliau sangat yakin istilah itu merujuk kepada Sultan kerana slogan yang berbunyi 'Kami nak Idris, natang! (kami mahukan Idris, binatang) itu bertujuan membantah perlantikan membantah keputusan pelantikan Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. “Sultan yang mahukan Ahmad Said menjadi Menteri Besar," kata ketua Pemuda PAS itu dalam sidang akhbar di Pejabat PAS jalan Raja Laut hari ini. Ditanya kemungkinan istilah binatang itu dituju kepada orang lain, Salahuddin berkata ia tetap akan ditafsirkan oleh orang ramai sebagai dituju kepada Sultan kerana pemilihan Ahmad Said dan penolakan Idris sebagai Menteri Besar merupakan keputusan (perkenan) Sultan.