Bagaimana ye... apabila KITA tiba di perkarangan rumah... keadaan2 yang dilihat menggerakkan KITA agar segera keluar dari kereta apabila mendapati ramai orang berkumpul di rumah KITA. Ramai... bukan sedikit jumlahnya. Rata2nya tetamu tersebut amat KITA kenali... dan kelihatannya mereka semacam sedang bersedih. Di bahagian sisi rumah... kelihatan beberapa orang jiran KITA sedang menyiapkan keranda. Apabila KITA mendekati pintu rumah... rupa2nya ramai kenalan... jiran tetangga dan sanak saudara berkumpul mengelilingi satu tubuh yang telah terbujur kaku... yang baru sahaja dimandikan dan bakal dikapankan. KITA pastinya tertanya2... siapa gerangan yang meninggal dunia? Mungkin pada ketika itu... KITA akan bersegera mendekati jenazah tersebut... dan menyelak kain yang menutupi wajahnya.
Pastinya KITA akan terkejut... jika KITA dapati yang terbaring kaku itu adalah KITA sendiri!!!
KITA akan terus menyoal diri... apakah yang sedang diperkatakan oleh semua orang terhadap KITA yang sedang terbaring kaku... yang menanti untuk disembahyangkan... yang kemudiannya akan dikebumikan? KITA mungkin dapat membaca suatu senarai panjang berjela... "hal" KITA sepanjang tempoh hidup KITA... jika semua pihak berkesanggupan untuk membuat catatan "bermakna" itu... untuk diri KITA... walaupun catatan mutlak telah tersedia untuk KITA...
Sekadar untuk renungan bersama... catatan yang sengaja diubahsuai... sementara menunggu waktu untuk ke airport... untuk suatu tugas di Bangi dan di Kuala Lumpur sehingga 28 Mac nanti.