Dr Khir belum angkat ‘bendera putih’… mungkin tanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jangan ingat bekas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sudah menyepikan diri di rumah sewanya di Glenmarie, tidak jauh dari Shah Alam sejak Selangor jatuh ke tangan pembangkang.
Ketika dihubungi Agendadaily petang Sabtu suara bekas Menteri Besar Selangor ini tetap bersemangat. "Dalam politik tidak ada tanda titik," katanya. Beliau menegaskan kekalahan itu memberi pengajaran besar kepadanya untuk berusaha bangkit semula. "I learn my lesson," katanya sambil mengakui beliau dulu naik cepat sangat sebagai Menteri Besar dan banyak lagi ilmu sepak terajang politik yang perlu dipelajarinya.
Diminta mengulas tentang masa depan politik dan pemilihan UMNO yang akan diadakan tahun ini Dr Khir mengesahkan bahawa beliau melupakan hasratnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Namun yang menjadi berita besar di sini ialah beliau turut mengintai jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.- 29/3/2008