Sabtu 22 Mac 2008 14 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah
Ke mana Ahli-Ahli Parlimen BN Sarawak menghilang?
KLpos.com Fri Mar 21, 08 10:28:31 am MYT
Ada sesiapa lapang? Boleh tolong semak jadual penerbangan MAS ke Australia dua hari terakhir ini? Dengar kata hampir separuh Ahli Parlimen Sarawak di bawa ke negeri Kanggaru untuk 'berehat' selepas pilihanraya. -->-->
Sumber KLpos.com memberitahu, kehilangan mengejut Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak itu ada kaitan dengan berita bahawa mereka sedang bersiap sedia melakukan 'penyeberangan' dari Barisan Nasional ke Barisan Rakyat. "Sebagai langkah berjaga-jaga Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) mengarahkan semua MP dikumpulkan setempat dan dibawa ke Australia," kata sumber terbabit.
Menurut beliau, tiga Ahli Parlimen BN yang dalam perjalanan ke rumah Ketua Umum KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang sebelum tiba ke destinasi. "Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) mengarahkan semua MP dikumpulkan setempat dan dibawa ke Australia. Mereka boleh halang sekarang ini, namun kita ada perancangan lain, saya percaya Perdana Menteri baru akan diumumkan sebelum akhir tahun ini," kata sumber terbabit. Ditanya apakah mereka dibayar untuk menyertai KeADILan, kata sumber terbabit. "Hendak bayar dengan apa? Mana kita ada duit, dan kalau ada bukti tunjukkan." Katanya, KeADILan tegas dengan keputusan tidak ada membayar untuk rundingan dengan MP BN, tetapi akan mempertimbangkan jawatan tertentu atas keberanian mereka.
Sementara itu, Utusan melaporkan pemimpin pembangkang menafikan dakwaan bahawa mereka cuba membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan harga berjuta ringgit dan menyifatkannya sebagai satu khabar angin. Mereka menjelaskan, parti pembangkang sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk berbuat demikian berbanding BN. "Saya berharap, mereka yang menyertai KeADILan perlu menghayati dan menerima prinsip perjuangan parti dengan hati terbuka," kata Azmin.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, beliau sendiri terkejut apabila diberitahu mengenai perkara itu. Menurut beliau, cubaan membeli wakil rakyat BN oleh parti pembangkang tidak perlu kerana ia merupakan perbuatan yang tidak baik. "Kalau betul wakil rakyat BN nak masuk parti pembangkang, biarlah ikhlas dan tidak perlu dijual beli. Itu bukan prinsip parti pembangkang kerana kami menghormati pemimpin-pemimpin yang berjaya. Seingat saya, sewaktu pilihan raya umum baru-baru ini, hanya calon BN sahaja yang cuba membeli calon pembangkang," katanya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali pula dengan tegasnya menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu pembohongan. Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai niat membeli manamana wakil rakyat BN sebaliknya mengalu-alukan mereka menyertai parti pembangkang terutamanya, KeADILan. Tambahnya, sehingga sekarang, beliau mendapati ramai ahli BN sendiri yang mahu menyertai KeADILan, malah, ia langsung tidak mempunyai unsur paksaan atau jual beli. "Di Ibu Pejabat KeADILan sendiri, borang KeADILan sudah kehabisan dan kami merancang untuk mencetaknya semula. Turut menjadi kejutan ramai ahli BN yang mula menyertai KeADILan selepas pilihan raya umum lalu. "Saya berharap, mereka yang menyertai KeADILan perlu menghayati dan menerima prinsip perjuangan parti dengan hati terbuka," ujarnya. - mr