Monday, March 10, 2008

:: Hilang deposit


Calon paling tua pilihan raya umum ke-12 hilang deposit
Adnan Ibrahim Sun Mar 09, 08 6:10:25 pm MYT


KUALA TERENGGANU, 9 Mac (Hrkh) - Calon bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89 yang hanya mendapat 685 undi didapati hilang wang deposit. Bagaimanapun beliau mendapat liputan rancangan dokumentari oleh syarikat penerbitan eletronik, dikatakan mendapat imbuhan kerana bersedia menjadi watak tertentu rancangan tersebut. Manakala sebuah syarikat dari Singapura juga difahamkan memberi wang kepadanya.

Sebelum hari penamaan calon baru-baru ini, beliau datang ke pejabat unit peti undi PAS di Kampung Mengabang Akar meminta borang untuk menjadi calon daripada salah seorang petugas di situ. Ketika ditanya apa tujuannya bertanding, beliau berkata semua parti tidak betul. "Umno Komunis, PAS pun Komunis. Dia mahu jual negeri ni," ujarnya ringkas.

Petugas PAS di situ juga memaklumkan bahawa Maimun menjual sekeping tanah untuk membayar deposit bagi bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kemaman. Ramai yang menyifatkan beliau sebagai calon penganggu. Kata petugas PAS: "Kita menghormati makcik hendak bertanding. Ini kebebasan sistem demokrasi, sesiapa pun boleh bertanding.” Ada yang kata dia bertanding kerana mendapat wang daripada pihak tertentu. “Itu saya tidak tahu sebab mak cik tu cerita dia sanggup jual tanah untuk jadi calon," ujar petugas tadi.

Ada juga yang menyifatkan Maimun dipergunakan oleh kaki judi yang bertaruh ke atas persaingan Mohamad Sabu dengan Datuk Razali Ismail calon BN. "Itu pun saya tidak pasti," kata petugas PAS. Apa yang jelasnya dia berkempen menggunakan basikal dan ia telah menarik perhatian syarikat media elektronik yang mahu mengisahkan kehidupannya.

Maimun juga dikatakan mendapat anugerah Book of Record Malaysia sebagai calon paling tua yang bertanding dalam pilihan raya umum di negara ini. - mj

4 comments:

PakTeh said...

kehebatan nenek ni ialah dia dapat kalahkan MatSabu PAS. sebab MatSabu kalah hanya 628 undi majoriti pd calon BN. Dan nenek ni pulak dpt 685 undi.

jadi kalau nenek ni tak bertanding & kalau semua undi tu pi kepada MatSabu - tentu MatSabu menang Parlimen Kuala Terengganu. Patut MatSabu dulu pujuk elok2 nenek ni agar tak bertanding. Bagi apa2 yg patut.

hehe.. gurau saja.

Pak Ngah: said...

:: pakteh: kata2 dan perkataan KALAU sewajarnya dilupakan... jika hal atau kejadian telah pun berlaku... jika tidak... kita seolah2nya dilihat sebagai enggan menerima kenyataan... sukar menerima qadha dan qadar daripadaNYA...

:: pakngah agak2 je nii... sebab itulah yang diperkatakan oleh orang2 tua kita... yang disampaikan kepada kita... sejak kita masih kecil lagi... emmmm...

PakTeh said...

astaghfirullah. tetiba teringat tok guru ajaq kat surau tentang tu.

tu la.. tangan & mulut manusia.. selalu jalan dulu sebelum yg dalam kepala kasi signal, ok atau tak ok.

terima kasih bnyk2; tulong peghingat.

Pak Ngah: said...

:: pakteh: peringat sebab kebetulan teringat je... kekadang tu pakngah pun terlupa... emmmm...