Wednesday, October 31, 2007

:: Mulu dituju


Gua Lang (Lang Cave)


Gua Rusa (Deer Cave)


Gua Angin (Wind Cave)


Gua Air Jernih (Clearwater Cave)


:: Boss BPG dah menghampiri tempoh persaraannya... menjadikan banyak jugak le program disusun atur oleh setiap IPG dan zon masing2... bermula dengan mesyuarat PIPP sebelah siangnya... hari Sabtu...di IP Batu Lintang... dan Malam Muzikal IPBL pada malamnya... sempat mencelah ke IPTAR kira2 sejam walaupun ketiadaan boss... pensyarah2 dan staf lain sedang mengadakan hari keluarga di "sini land" (Batu Kawa)... sekadar melawat dan meninjau kawasan sekitar dan kelas OUM-KPM di premis IPTAR... sebelum tengahari.
:: Hari Ahad seawal jam 7.00 pagi ke Miri... dengan program Perkampungan Unit Beruniform 4 buah IPG Zon Sarawak di Taman Negara Lambir, Miri kendalian IP Rajang... dan jamuan makan malam di Hotel Imperial, Miri kelolaan IP Sarawak, Miri.

:: Manakala hari Isnin... program ke Mulu... bermula dgn lawatan ke SK Batu Bungan... perasmian KIA2M/Pensiangan Salinatan sebelah paginya... manakala ke Gua Lang dan Gua Rusa pada petangnya... dan ke Gua Angin dan Gua Air Jernih pada pagi hari Selasa... dan pada petangnya berangkat balik ke Miri/Kuching... walaupun Pak Ngah dahpun melawat ke gua2 itu suatu ketika dulu.