:: Boss tiada... menjadi penilai PTK DG52... maka macam biasa le... jaga kedai... semua perkara bertumpu kat kita... perlu diselesaikan... perlu dijawab dan diambil tindakan yang sewajarnya. Petang... lewat sedikit balik... tugas dan kerja cuba diselesaikan mengikut kesegeraan dan keutamaannya. Letih.
:: Malam kehujanan ketika dalam perjalanan balik ke Tabuan Jaya... dapat call dari boss dan Ketua Jabatan HEP... pelajar dan pensyarah terlibat dalam kemalangan... bas sewaan melanggar lori yang sarat dengan kelapa sawit di suatu jalan yang sunyi di kawasan Selangau... kira2 350 km dari Kuching... tidak jauh dari simpang nak ke Mukah dan Sibu... dalam perjalanan balik dari Perkhemahan Unit Beruniform di Taman Negara Lambir, Miri... yang Pak Ngah berkesempatan hadiri pada hari minggu lepas.
:: Tiba di Sri Perak... lantas hubungi banyak pihak untuk dapatkan maklumat lanjut dan membantu dari jauh... dan sekitar jam 1 pagi baru dapat maklumat... bas ganti dah membawa baki pelajar yang tidak cedera... manakala yang cedera telah dibantu oleh penghuni rumah panjang berdekatan untuk rawatan lanjut di Hospital Sibu. Mereka kelaparan. Kesian.
:: Hingga ke pagi tadi pelbagai mesej dan call yang diterima... banyak versinya... dan hanya pada petang tadi sekitar jam 3.00 petang... 2 orang pelajar KPLI datang memaklumkan keadaan kejadian dan hal2 yang berkaitan kemalangan tersebut... iaitu wakil pelajar yang berada bersama2 di dalam bas berkenaan.
:: Konon ceritanya... bas sewaan yang dipandu laju menuruni bukit ketika hujan renyai2 sekitar jam 8.15 malam... melanggar bahagian belakang lori yang sarat dengan kelapa sawit... yang berhenti tanpa memasang lampu kecemasan... menjadikan tak sempat mengelak... maka bahagian kiri bas sewaan telah senerih bahagian kanan lori... terpokah habis dinding bas... sorang pelajar terpelanting keluar... dan lori sawit terpusing 180 darjah akibat hentaman bas dari belakang itu... menjadikan ramai yang cedera termasuk 3 orang pelajar dan sorang pensyarah dimasukkan ke Hospital Sibu malam tadi... apa2pun Ketua Jabatan HEP telah diarah ke Sibu petang tadi untuk membantu di mana perlu... dan penjaga pelajar yang cedera dihubungi setelah IPTAR mendapatkan maklumat terperinci dari pihak hospital.
:: Peringatan kepada kita semua... berhati2lah ketika memandu... cuma menanti sebab musabab sahaja... ketentuannya telah terpahat... namun qada dan qadar tidak akan berubah melainkan dengan dimaqbulkanNYA doa kita... oleh itu sentiasalah berdoa padaNYA... kita ini hamba... tahap hamba... memohonlah... berdoalah dalam setiap masa dan keadaan...