Tuesday, October 16, 2007

:: Adik2 call

n95... siapa punya ni...


:: Hari Ahad... hari raya kedua... buat rumah terbuka... tapi masih menyempatkan diri pada sebelah paginya... ke Pasar Tabuan Jaya dan ke Pasar Satok mencari barang2 keperluan lain... dalam hujan renyai2 yang bermula seawal sebelum subuh.


:: Jam 9.35 pagi: Pak Lang (Sabah) memaklumkan yang mereka akan beraya di Papar (kalau tak silap)... di samping bertanya khabar tentang "retime" 3 kali... yang dialami oleh Pak Ngah sehari sebelum raya... menjadikan Pak Ngah mengambil berkesempatan menjolok "bila lagi nak ke Putrajaya" berikutan yang Pak Ngah telah dijadikan olehnya sebagai "penama" pada minggu lepas... InsyaAllah dan pada agakan Pak Ngah... mungkin hanya menunggu masa untuk melapor diri sahaja ke sana nanti... walaupun Pak Lang ada menyebut... "jangan disebarkan gosip liar itu"... sambil ketawa besar... dan dari hint yang diberikan... mungkin juga dikekalkan di KK dengan kenaikan gred... apa2pun tahniah awal daripada kami semua.


:: Manakala pada jam 10.27 pagi... ketika masih di Pasar Satok... dapat call daripada Pak Teh Hj. Azman (Pantai)... memaklumkan yang HPnya ada problem... kena block... menjadikannya terpaksa gunakan telefon rumah je... dan sempat le dia beritahu jugak yang Pak Tam sekeluarga dah tiba dari Melaka... dan bermalam di rumah Mak Njang Aziah (Bumi Hijau).