3 Oktober 2007: Rabu
:: Ada orang kata... diabetes ni berkaitan pemakanan... ada jugak yang kata ianya berkaitan dengan keturunan... dan kekadang tu... dalam sesuatu keluarga... ada yang ramai terlibat... walaupun kekadang tu hanya sorang dua sahaja yang mengidapinya... walau apa2 pun yang pentingnya kita perlu berhati2... jaga kesihatan diri... jaga makanan dan pemakanan kita... terutamanya bagi yang dah ada signal dan maklumat awal hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan... bersama2lah kita saling ingat mengingat di kalangan kita...
3 Kesan diabetes
Aliran darah yang terganggu untuk lelaki boleh mengakibatkan mati pucuk, manakala wanita pula mati putik. PENINGKATAN jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di kalangan rakyat negara ini bukan sesuatu yang mengejutkan atau luar biasa lagi. Di sebalik peringatan dan amaran, jumlah itu terus meningkat daripada sehari ke sehari. Saya menerima banyak pertanyaan mengenai kaitan masalah seksual dengan penyakit diabetes dideritai mereka, tetapi nasihat saya ialah supaya tidak menjalani perubatan tanpa rujukan pakar dan doktor.
Sebagai contoh, seorang lelaki yang berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimanapun, selepas disahkan menghidap diabetes dia menjalani rawatan dengan mengambil ubat Methformin dan Daonil selama empat tahun.Namun, lelaki ini beralih kepada rawatan lain dan yakin penyakit diabetesnya bukan saja berkurangan tetapi terus ‘pupus’ hinggalah satu hari dia mendapati zakarnya tidak boleh menegang langsung. Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan hormon Insulin yang mencukupi untuk membakar glucosa, sekali gus mengakibatkan perubahan kurang sihat kepada badan seperti tekanan kepada urat saraf. Apabila ini berlaku, ia secara tidak langsung menyebabkan perubahan kepada pengaliran darah di penghujung badan seperti kaki, tangan dan anggota sulit, justeru tidak menghairankan jika kaki tidak terasa dan luka sukar untuk sembuh. Pada bahagian anggota sulit pula, aliran darah yang terganggu untuk lelaki boleh mengakibatkan mati pucuk, manakala wanita pula mati putik. Diabetes bukan penyakit biasa. Ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi, termasuk koma dan kerosakan teruk buah pinggang. Sehubungan itu, anda perlu memastikan pesakit diabetes mendapat rawatan komprehensif, bukan sekadar rawatan tradisional atau alternatif. Saya ingin mengingatkan yang tiada herba dapat menambah hormon Insulin hanya sekadar merangsang sel menggunakan glucosa. Sehubungan itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan menyeluruh untuk penyakit diabetes mereka. Di samping itu, anda perlu amal gaya hidup sihat, tidak merokok, melakukan senaman berkala dan kawal pemakanan. Untuk pemulihan fungsi anggota sulit pula, mereka perlu lakukan senaman kemut atau ‘Kegel’ dan membelai anggota sulit dua kali sehari menggunakan krim pelembap, yang mana saya syorkan krim yang sudah dikaji seperti Virile For Men.Ubat PDE-5 inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra dapat membantu melancarkan darah yang banyak ke dalam otot zakar ketika anda dalam keadaan terangsang. Jika hormon Testosterone berkurangan pula, ia dapat diperbaiki dengan hormon gantian Testosterone. Bagaimanapun, nasihat saya ialah, dapatkan semua terapi ini daripada pakar yang berkenaan kerana memakan ubat tanpa maklumat dan keterangan adalah sangat berbahaya, terutama apabila berlaku kecemasan, kerana tiada siapa untuk dirujuk. Jangan cuba makan ubat herba bukan-bukan yang dipasarkan oleh syarikat tertentu. Ini kerana jika terkena dengan herba yang ada ubat larangan, nahas anda!
(Pakar sakit tuan - Oktober 2007: Rabu)