Monday, October 15, 2007

:: Dingin

:: Semalam... hari Ahad... hari raya kedua... seawal pagi cuaca menggembirakankan... dingin... hujan gerimis... sedikit kilat dan guruh... dan semua ini menceriakan sambutan hari raya di bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya... dan dijangka akan berterusan dalam sehari dua ini.



Aidilfitri disambut dalam suasana hujan, ribut petir

KUCHING: Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka disambut dalam keadaan cuaca hujan dan ribut petir di beberapa kawasan terutama di sini, bermula hari ini (Sabtu) hingga Isnin akan datang.
Jurucakap Jabatan Meterologi Negeri berkata, cuaca hari ini diramal baik pada sebelah pagi manakala hujan di sebelah petang dan malam.
“Keadaan cuaca yang sama akan terus berlaku sehingga Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.
Menurutnya, adalah normal jika hujan turun pada tempoh ini kerana ia mengikut kitaran monsun.
“Kebiasaannya, kadar hujan adalah normal dan untuk bulan ini, kami menjangkakan 336.6 mm.Bagaimanapun, purata hujan sebulan hanya mencatat 34.4 mm,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, arah angin diramal akan berubah-ubah mengikut kesesuaian masa dan lebih tertumpu kepada arah utara-timur, pada penghujung bulan ini hingga 15 November depan.
Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu sepanjang musim perayaan ini.