3 Oktober 2007: Rabu
:: Macam2 yang berlaku... ada yang boleh makan laksa mee berpinggan2 sekali hadap... ada yang tidak... ada yang boleh bermangkuk2 pekena bubur caca... ada yang tidak... ada yang sedap2 menyedut asap "lokok" (racun: istilah Mak Lang)... ada yang terbau asapnya pun dah terbatuk2... ada yang berselera bila berulam sambal belacan... tapi ada yang bersin bertalu2 terciumkannya... macam2 yang berlaku... dan ini hanyalah sekadar beberapa contoh... walaupun tidaklah seperti kanak2 di bawah ini...
Budak alah hampir semua makanan
LONDON: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami alahan terhadap hampir semua jenis makanan menyebabkan dia hanya mampu untuk makan lima jenis makanan. Tyler Savage, akan sakit setiap kali diberikan makanan yang mengandungi produk tenusu atau gandum, gluten, telur, laktosa dan soya. Makanan yang boleh dimakan hanyalah ayam, lobak merah, anggur, kentang dan epal.
LONDON: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami alahan terhadap hampir semua jenis makanan menyebabkan dia hanya mampu untuk makan lima jenis makanan. Tyler Savage, akan sakit setiap kali diberikan makanan yang mengandungi produk tenusu atau gandum, gluten, telur, laktosa dan soya. Makanan yang boleh dimakan hanyalah ayam, lobak merah, anggur, kentang dan epal.
Bagi membantunya untuk terus hidup, mineral dan vitamin akan dipam secara terus ke dalam perutnya menerusi satu saluran tiub. Tyler mula jatuh sakit ketika usia enam tahun apabila dia akan mengalami sakit yang teruk dan cirit birit walaupun hanya dengan suapan kecil makanan.
Ibunya, Lynne Savage, 43, berkata: “Kami selalu meminta bantuan tetapi sering diberitahu bahawa dia mengalami jangkitan perut. Akibatnya berat badannya menurun dengan drastik.
“Dia kehilangan tenaga dengan cepat dan tidak boleh melakukan perkara yang dilakukan kanak-kanak lain. Dia kelihatan semakin teruk dan teruk.
“Ia benar-benar sengsara. Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan.”
Tyler dari Earls Colne di Essex menerima rawatan dari seorang pakar kanak-kanak di St John Hospital, Chelmsford dan pernah menjalani pembedahan apendiks pada Disember 2005. Walaupun pembedahan itu berjaya ia gagal untuk mengatasi masalah alahan dan dia dirujuk kepada Hospital Colchester untuk ujian dan rawatan lanjut. Ia bagaimanapun tidak banyak memberi harapan terhadap penyakit misteri yang dialaminya dan pada April tahun lalu, Tyler dihantar ke Hospital Great Ormond Street di London untuk pemeriksaan perut dan usus. Melalui ujian itu, ‘eosinophilic enteropathy’ dikesan, keadaan yang jarang ditemui di mana usus mengeluarkan terlalu banyak sel darah putih. – Agensi
(Berita Harian: 3 Oktober 2007)