Monday, October 15, 2007

:: Pulut kacau

:: Nama standardnya "Wajik"... nama di sesetengah tempat lain ialah "pulut kacau"... mungkin atas sebab pulut yang di dalam kuali besar tu dikacau2 hingga masak... setelah dimasukkan segala bahan perlu... yang kemudiannya dimasukkan ke dalam talam... diratakan permukaannya dan didinginkan.
:: Tok Che Mah biasanya... akan menggantungkan talam pulut kacau itu ke dalam kain batik atau kain pelikat... diikat bertali dan digantung pada alang rumah... ini cerita dulu2 le... cerita zaman 1960an.. kira2 40 tahun yang lalu...
:: Di Sarawak... dinamakan sebagai "pulut manis"... berbezanya cuma pada pulut yang dimasak... di tempat Pak Ngah pulutnya tiga suku masak... tapi di Sarawak... pulut tu dimasak betul2... tiada rasa mentahnya... sesuai untuk yang tiada bergigi... tak perlu nak "gonyeh" lagi.
Wajik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke:
navigasi, gelintar

Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu Malaysia yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan.

[sunting] Resepi

[sunting] Bahan-bahan
300 gm beras pulut
150 gm gula nisan
150 gm gula pasir
2 biji kelapa diparut
1 helai daun pandan
Secubit garam
Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)

[sunting] Cara
Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.
Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.
Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik"