Saturday, October 18, 2008

:: Timbalan Pengerusi BN... Timbalan Perdana Menteri...?

17 Oktober, 2008 15:37 PM

Sudah Tiba Masanya Untuk Kaji Semula Struktur BN, Kata Chan
By: Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Masanya sudah tiba untuk Barisan Nasional (BN) mengkaji semula struktur kepimpinannya bagi mencerminkan komposisi parti campuran pemerintah pelbagai bangsa yang lebih baik, kata Timbalan Presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy hari ini. Beliau berkata tidak ada peraturan muktamad dalam BN bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi campuran 13 parti mestilah dipegang oleh presiden dan timbalan presiden Umno. "Cadangan mengenai timbalan ketua BN adalah cadangan yang wajar...jika diimbau kembali sejarah Barisan Nasional, tidak ada peraturan muktamad bahawa pemimpin Umno mestilah menduduki jawatan kanan tertentu dalam BN. "Saya masih ingat apabila BN mula ditubuhkan pada 1974, setiausaha agungnya daripada MCA...iaitu Tan Sri Michael Chen. "Tidak ada bahawa pemimpin kanan Umno secara automatik dilantik mengisi jawatan utama BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda MCA di ibu pejabat parti itu di sini.
Chan dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti esok. Timbalan presiden MCA itu diminta mengulas saranan Ketua Pemuda yang akan melepaskan jawatan itu Datuk Liow Tiong Lai, yang juga Menteri Kesihatan bahawa BN wujudkan jawatan timbalan pengerusi kedua untuk memberi ruang kepada pemimpin MCA. "Sesungguhnya cadangan Liow itu sudah tiba masanya dan bukan tidak berasas...lihat pada sejarah. Pemimpin BN hendaklah serius dengan cadangan ini terutamanya ketika kita bercakap mengenai perkongsian kuasa dan perubahan dalam BN," tambah beliau.
Mengenai pengharaman Hindraf oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya sungguhpun negara membenarkan penubuhan persatuan dan pertubuhan, ini tidak bermakna bahawa mereka yang menubuhkan pertubuhan ini boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka. "Ada undang-undang dan peraturan untuk diikuti dan dihormati, ini adalah undang-undang negara ini. Jadi apabila sesebuah pertubuhan itu ditubuhkan, ia tidak boleh bertentangan dengan undang-undang lain dan menggunakan undang-undang sendiri. Mereka mestilah mematuhi peraturan negara. "Saya fikir kerajaan hendaklah memberikan perhatian sangat khas kepada masyarakat India dan cuba mencari jalan membantu komuniti India", tambah Chan.-- BERNAMA

Saturday, October 11, 2008

:: Ganja bernilai RM1.4 juta dilupus





KASTAM Diraja Malaysia (KDRM) Perlis melupuskan 730 ketulan ganja mampat bernilai RM1.4 juta menggunakan insinerator khas ciptaan syarikat Bumiputera, ABM Mix Trading di perkarangan Ibu Pejabat KDRM Kuala Perlis, petang kelmarin.

:: Kisah cikgu lagi


SURAT
Guru tidak berhenti merungut

KERAP KALI saya membaca ruangan Surat Pembaca di akhbar ini, pasti ada isu berkaitan dengan guru. Isu seperti perbezaan gaji di antara guru berijazah atau tidak, elaun yang perlu ditambah kepada guru luar bandar, guru warden, guru kanan, isu cuti sekolah, bebanan tugas berat, penempatan guru, kuarters dan sebagainya. Untuk makluman, saya pernah bertugas menjadi guru sementara selama enam bulan sebelum memasuki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pengajian ijazah sarjana muda bidang kejuruteraan. Pengalaman singkat itu memperlihatkan tugas guru tidaklah seberat digembar-gemburkan. Pemerhatian saya terhadap tugas guru adalah seperti berikut. Pertama, jumlah jam bekerja terlalu singkat. Seseorang guru hanya bertugas mengikut sesi pagi atau petang. Bagi sekolah yang mempunyai satu sesi, bermakna seorang guru hanya bekerja enam jam setengah setiap hari.

Bagaimanapun, guru hanya mengajar selama dua hingga tiga jangka waktu (satu jangka waktu bersamaan 40 minit) dan selebihnya adalah waktu untuk menyediakan laporan, rehat, makan di kantin dan berbual-bual. Kedua, jumlah hari bekerja sedikit. Secara umumnya, hari bekerja guru adalah mengikut hari persekolahan murid. Oleh itu, guru tidak bekerja pada cuti hujung minggu, cuti umum, pertengahan semester, pertengahan tahun atau akhir tahun. Sekiranya ditolak daripada 365 hari setahun, maka amatlah sedikit jumlah hari bekerja guru. Walaupun dengan bebanan tugas yang ringan ini, guru membuat banyak permintaan serta rungutan banyak perkara. Tolong jangan katakan bahawa mengadakan mesyuarat mingguan, profil pelajar, soalan peperiksaan, berkursus, kokurikulum adalah tugas sangat berat di samping waktu lapang yang ada di luar waktu mengajar.

Permintaan guru seperti pertambahan gaji atau elaun dan kenaikan pangkat lebih cepat daripada gred 29 ke gred 41 dan ke gred 44, contohnya membuatkan saya tertanya-tanya sama ada wajar ia ditunaikan oleh Kementerian Pelajaran semata-mata menangani isu itu. Kekerapan isu guru dihantar ke ruangan Surat Pembaca juga menyebabkan saya tertanya-tanya adakah profesion guru saja yang wujud dan penting dalam kerajaan. Ataupun sebenarnya guru adalah kakitangan kerajaan yang paling pandai merungut dalam isu gaji yang sebenarnya tidak setimpal dengan input kerja mereka. Adakah guru akan berhenti merungut apabila gaji mereka setaraf dengan gaji bagi profesion peguam, doktor, jurutera dan sebagainya yang memerlukan pencapaian akademik lebih tinggi? Saya ingin meminta golongan pendidik ini supaya memberhentikan penghantaran isu, rungutan peribadi dan luahan rasa kepada media massa secara terbuka dan cukuplah sekiranya Persatuan Guru Kebangsaan (NUTP) menyelesaikannya dengan pihak atasan secara tertutup.

Saya juga mencadangkan supaya NUTP menubuhkan Biro Aduan Khas bagi profesion guru sebagai tempat untuk guru yang menghadapi masalah khusus untuk menyuarakan pendapat secara peribadi.
KAKITANGAN BUKAN GURU,Kuala Lumpur.
... mungkin kenyataan ini akan mendapat reaksi daripada para pendidik lain atau mana2 pihak yang mungkin lebih tahu mengenai guru... pendidik... dan alam pendidikan...

:: Datuk Shah Rukh Khan


Shah Rukh kini Datuk

Oleh Amir Mamat


MELAKA: “Saya gembira dengan pengiktirafan ini dan saya terima tawaran ini dengan hati terbuka. Terima kasih kepada kerajaan Melaka atas penganugerahan itu,” kata aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kepada wakil Kedutaan India di Malaysia, bulan lalu selepas menerima surat tawaran darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.


Beliau kini berada di India, berkata demikian menerusi jawapan lisan disampaikan kepada wakil kedutaan berkenaan, sebelum dimaklumkan kepada pihak Jabatan Ketua Menteri, baru-baru ini.


Shah Rukh, 43, yang popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai, Khabi Khusi Khabi Gham, Kal Ho Na Ho dan yang terbaru, Lagaan adalah artis pertama luar negara menerima darjah kebesaran dari negara ini yang membawa gelaran Datuk apabila disenaraikan menerima DMSM sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70, hari ini.


Surat tawaran penganugerahan darjah kebesaran berkenaan dihantar melalui Kedutaan India di Malaysia atas nama syarikat produksinya, Dreamz Unlimited bulan lalu sebelum pihak kedutaan memaklumkan kepada beliau mengenai perkara itu, seterusnya mengesahkan mengenai persetujuan penerimaan anugerah terbabit.


Pemilihan beliau oleh kerajaan negeri menerima darjah kebesaran itu dibuat selepas melihat pembabitannya dalam memartabatkan industri perfileman dunia, selain mampu membantu kerajaan menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini.


Ini kerana, beliau melalui syarikatnya banyak membuat penggambaran di beberapa lokasi di negara ini termasuk Menara Berkembar KLCC dan Dataran Lang di Langkawi menerusi filem One Two Ka Four serta beberapa filem yang mencapai kutipan ‘pecah panggung’.


Beliau yang berasal dari Mumbai, India dijangka menerima anugerah ketiga tertinggi Melaka itu dalam satu majlis khas yang diadakan tidak lama lagi kerana difahamkan tidak dapat hadir menerimanya pada sesi penganugerahan pada hari ini dan esok.


Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sardon Basiron, berkata kerajaan Melaka yakin dengan penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh akan memberi banyak manfaat kepada industri pelancongan negara di samping memeriahkan lagi dunia hiburan antarabangsa.


Selain itu, katanya, penganugerahan itu adalah memberi semangat kepada artis tempatan supaya lebih maju dalam bidang seni dan bersaing dengan aktor popular peringkat antarabangsa. “Kami melihat Shah Rukh yang mempunyai ramai peminat di negara ini mampu membantu kita dalam bidang pelancongan kerana beliau boleh memilih banyak lokasi menarik, termasuk Melaka untuk penggambaran filem keluaran syarikatnya,” katanya.


harianmetro


:: Kata beralas

















Saturday, October 04, 2008

:: Terkandas nak beraya





Penumpang berbaris menaiki feri bagi perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi. Pengunjung yang ingin menghabiskan cuti Aidilfitri di pulau itu terkandas lebih lima jam apabila perjalanan feri tidak mengikut jadual. Daripada lapan syarikat feri hanya empat yang beroperasi menyebabkan kekerapan perjalanan berkurang. Kasihan...
Pengalaman yang hampir sama telah dilalui oleh PakNgah sekeluarga untuk berhari raya di Perak sebelum ini. Tersadai lama di LT Kuching dan jadual penerbangan ke KLIA yang ditunda beberapa kali dalam jarak waktu yang lama... dan kesemua itu berakhir dengan berhari raya di Kuching... dan ternyata kita sekadar merancang...

Wednesday, October 01, 2008

:: Beraya tidak serentak

Seperti biasa dengan ucapan standard... dan oleh orang yang sama sejak dulu... maka Penyimpan Mohor Raja2 Melayu pun mengisytiharkan hari raya aidilfitri tahun ini ditetapkan pada 1 Oktober 2009... disiarkan melalui radio dan tv... dan begitulah selalunya.
Teringat suatu ketika dulu... Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Shah... telah memaklumkan sehari lebih awal berhari raya bagi segala rakyat jelata yang berada di dalam negeri Perak Darul Ridzuan dan segala jajahan takluk di bawah pemerintahan baginda... kononnya pihak2 tertentu agak lewat memaklumkan penetapan hari raya tersebut... kesannya... rakyat negeri Perak sendiri tidak berhari raya secara serentak... ada yang berhari raya sehari lebih awal mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak istana... dan ada yang lewat sehari mengikut keputusan Penyimpan Mohor Raja2 Melayu... dan kesemua ini bergantung kepada kepercayaan serta keyakinan masing2...

Tuesday, September 30, 2008

:: Maaf dipinta


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
kepada:
MakLong Azizah & PakLong Ismail (Nenering)
PakLang Azizi & MakLang Zuraidah (Putrajaya)
MakNjang Aziah & PakNjang Mansor (Bumi Hijau)
PakNdak Azian & MakNdak Rahimah (Sg. Batu)
PakTeh Hj. Azman & MakTeh Hjh. Nurul (Pantai Remis)
PakTam Azlan & MakTam Rozita (Kluang)
Anak2 sedara & Cucu2 sedara
Saudara mara
Rakan taulan & sahabat handai
daripada:
PakNgah & MakNgah
Along Ainul Amla & Zulkifli Atol (tunangnya)
Angah Ainul Ashiqin
Alang Ahmad Ashfaq
Anjang Ahmad Ashraaf
Acik Ahmad Anwar Ariffin
Kuching, Sarawak

:: Ramadhan di penghujung

Ada yang mengirim kad ucapan selamat hari raya ... ada yang sekadar menghantar ucapan melalui SMS atau email atau melalui telefon atau telefon bimbit... pelbagai cara yang digunakan... namun kesemua itu hanyalah semata2 untuk mengucapkan selamat menyambut ketibaan syawal dan bakal meninggalkan ramadhan yang hanya dapat ditemui sekali lagi... jika dipanjangkan usia kita olehNYA...

Ketupat dan lemang semacam menjadi juadah wajib apabila aidifitri menjelma... namun ada juga yang menjamu nasi beserta lauk pauk yang biasanya lebih banyak dilihat dari dijamah lantaran selera belum terbuka setelah sebulan berpuasa...

Kenangan lampau membalut ketupat palas bersama allahyarhamah bonda dan kekanda Azizah masih segar di dalam ingatan... dan biasanya daun palas diperolehi dari Bukit Teluk Sera... dan pastinya PakNgah akan bersama allahyarham ayahnda untuk mendapatkannya... dan selebihnya akan dijual... buat duit raya...



Pelita masih digunakan oleh sebahagian daripada kita untuk menerangi kawasan keliling rumah... walaupun rumah dan kawasan sekitar telah diterangi oleh lampu elektrik...

PakNgah dibiasakan membuat pelita dari buangan tin susu pekat manis dengan sedikit tambahan kepingan aluminium nipis dari tin susu tepung atau tin milo sebagai pembalut sumbunya... dan meletakkan penutup botol minuman yang ditebuk sebagai alas pembalut sumbu tersebut... dan nampaknya pengalaman itu tidak diperolehi oleh anak2 PakNgah...



Sunday, September 28, 2008

:: Cerita hari Jumaat lepas

Alang (Ahmad Ashfaq) memaklumkan akan bertolak pada pagi Jumaat dari I.P. Sarawak, Miri dengan memandu Kancil bersama rakan sekuliahnya yang berasal dari Bintangor. Sekitar 6 jam memandu, tibalah di Bintangor. Rakannya dihantar pulang... dan mengambil Anjang (Ahmad Ashraaf) setelah tamat sesi taklimatnya pada tengahari itu di I.P. Rajang, Bintangor. Pemanduan yang mengambil masa sekitar 5 jam dari Bintangor ke Kuching sudah dikira laju... mengikut piawaian hanya 90km/jam bagi laluan Pan Borneo. Perjalanan 13 jam telah disingkatkan kepada hanya 11 jam sahaja... Manakala Acik (Ahmad Anwar Ariffin) pula yang bersekolah di SM Sains, Kuching dijemput oleh Angah (Ainul Ashiqin) dan MakNgah (mamanya)... dan berbuka puasalah kami 6 beranak pada petang itu dengan juadah ala kadar sebagai pengalas perut.
Along (Ainul Amla) yang mengajar di Kluang, Johor tiba di LT Kuching sekitar jam 8.30 malam. PakNgah dan Anjang tergesa2 untuk menjemput Along apabila Alang memperlihatkan dirinya agak keletihan setelah memandu selama 11 jam seawal pagi tadi. Banyak juga ole2 yang dibawa Along... termasuklah sebuah pasu bunga yang telah pecah berderai...
Malamnya... berlabun sakanlah mereka... hingga lewat malam... seolah2 tiada esok untuk disambung cerita...

:: Aidil Fitri yang bakal menjelma

Ramadhan semakin menghampiri penghujung dan Syawal bakal mengganti tempatnya. Peniaga dan gedung2 banyak mengaut keuntungan... walaupun rata2 di kalangan kita bersungut mengenai kenaikan harga barangan dan kadar inflasi yang tinggi serta membebankan. Kita masih mengupayakan diri untuk berbelanja menyambut ketibaan Syawal. Paling tidak... juadah dan pakaian anak2 diutamakan. Namun masih ada yang mampu mengecat rumah, perabut diganti baru, langsir dan sofa dipadankan agar sedondon dengan cat dan langsir. Duit raya disedia awal... siap dimasukkan ke dalam sampul mengikut jumlah tertentu. Debu dan sawang dijengah dan disapu atau dilap mengikut kesesuaian. Seluruh anggota keluarga dikerah menyumbang khidmat bakti... demi menyambut Syawal. Begitulah suasana yang mungkin dirasai bagi yang berkemampuan.
Bagaimana pula bagi yang masih bujang dan tidak beraya bersama keluarga? Bagaimanakah rasa dan perasaan yang merentap hati dan jiwa bagi ibu tunggal atau bapa tunggal... dan bagaimana pula bagi anak2 kecil yatim piatu yang ketiadaan sedara mara di dunia ini?

Sunday, September 07, 2008

:: Teh kena stroke

Hidup dan kehidupan... sihat dan kesihatan... senang dan kesenangan... mewah dan kemewahan... sakit dan kesakitan... adalah antara contoh perkataan yang punya hubungan penuh intim dan makna tersendiri... dan begitulah kita dengan kehidupan kita.
Paparan kali ini memfokuskan pada makna sihat dan sakit... kurang lebih begitulah rasanya. Bukan apapun... sekadar teringatkan mesej daripada PakNdak Yan pada 5 September 2008 jam 11.39 malam... Teh At Ketek kena stroke... manakala daripada PakTeh Man pada keesokan harinya jam 7.06 pagi pula memaklumkan bahawa... Teh (JS) berada di wad C6, Hospital Taiping akibat diserang stroke sebelah kanan anggota badan...
Teh... adalah sedara sepupu... muda setahun daripada PakNgah. Beliau adalah anak bongsu dari seramai 3 beradik. Bapanya adalah abang kepada mak PakNgah... kira sebagai bapa sedara le tuu. Beliau juga adalah seorang pendidik dan kini bertugas di PPD Larut dan Matang.
Semoga kesihatannya pulih seperti sediakala... usaha dan ikhtiar serta doa perlulah disekalikan...

Tuesday, August 12, 2008

:: Lizard





Stowaway lizard
by VellikananSamutram

Check the bottom of your car before you drive or you might be in for an unexpected surprise.

:: Suria Kelang di Kuching

Minggu lepas... sekembali dari bertugas... sambil menjengok dan menjengah blog... seorang rakan maya telah meninggalkan jejak... memaklumkan dirinya berada di Kuching dan menginap di Hilton. Mujur diberinya no HP untuk dihubungi. Temujanji dibuat sebelum jam 12 tghari.
Dengan adanya kelapangan dan kesesuaian masa... dapatlah berjumpa dan bersembang santai di lobby hotel pada pagi sabtu. Orangnya peramah dan mudah berbicara dan memiliki prinsip hidup yang sukar digoyah. Punya pengalaman luas dalam dunia koperat dan pernah menjadi tenaga pengajar di universiti. Prinsip hidup yang dipegangnya memboleh dan mengupayakan dirinya bersama2 CMS I-Systems Berhad melebarkan urusniaga. Jatuh bangun dalam perniagaan keluarga di Shah Alam... hal keluarga... soal kerjaya... hidup dan kehidupan adalah antara pengisian bual santai sekitar 1 jam. Dunia pendidikan semacam sukar nak dilupakan... banyak nostalgia katanya.
Seorang anaknya berada di semester 3 UiTM Samarahan... dan beliau sendiri dalam proses menyiapkan PhD... demi sebagai persediaan untuk suatu tugas sampingan nanti. Sekitar jam 11.30 pagi... pakngah memohon mengundur diri... memberi masa kepada Puan Mahasuria Idris... VP - Corporate Strategy... untuk berkemas sebelum berlepas balik ke KL.

:: Audit Dalaman... dan cuti

Audit Dalaman MS ISO 9001:2000 Bil.2/2008 telah disempurnakan pada 6 - 8 Ogos 2008. Alhamdulillah. Selesai... dan dapatlah beberapa ketidakpatuhan... pemerhatian... dan cadangan penambahbaikan hasil ketelitian para auditor dalaman. Kerjasama daripada semua pihak telah melancarkan proses pengauditan selama 2 hari... manakala hari terakhir pada sebelah paginya hanyalah majlis penutupan.

Manakala pada hari Isnin dan Selasa (hari ini)... ada sedikit hal yang memerlukan cuti rehat diambil...

Sunday, August 10, 2008

:: Blackout


Main Page » Home » Local »
Sunday, August 10th, 2008

Sarawak powerless for about 3 hours last night
By Puvaneswary Devindran, Raynore Mering, Jacob Ahchoi & Yu Ji

ALMOST the whole of Sarawak was powerless for about three hours yesterday evening in what could be one of the state’s worst electricity supply failures in recent years. The power outage could best be described as a rolling blackout as it happened in waves; starting from about 6.15pm to 6.40pm in Kuching and Sibu divisions. It reached Miri about 7.30pm. Some parts of Bintulu were struck about 9pm.

The power returned intermittently in several parts of Kuching and Sibu starting about 7.40pm but within half an hour, it went out again and people found themselves wishing that they had not put out their candles. Electricity supply went back to normal in Miri and Sibu about 8.35pm. Kuching city centre, however, remained in darkness throughout the outage until about 9.30pm.

Deputy Chief Minister Patinggi DatukTan Sri Dr George Chan, when contacted by Bernama, said the massive outage was unprecented. He said the problem had affected the main grid from Batang Ai to major towns in Sarawak.
“We still don’t know what exactly is causing this massive blackout and Sesco is still trying very hard to reconnect the supply as soon as possible,” he said.
Dr Chan, who is Industrial Development Minister, also appealed to the public to remain calm.

A senior official of Syarikat Sesco Bhd, when contacted about 9.20pm, said there was a problem with state supply grid through Selangau, which is between Sibu and Mukah. He pointed out that the Kidurong power station, which was connected to the grid through Selangau, was a major supplier of electricity to the state.
“Normally, this kind of massive blackout is when the state grid got disrupted,” he said.
Asked what could have caused the massive blackout, he said: “It depends on where the fault is. But it’s all linked. The fault could be with the state grid. Maybe this is quite major.”

Some sources claimed that there was a problem with an overhead cable in Selangau but it could not be confirmed last night.

Sarawak General Hospital and the Kuching International Airport said their services were unaffected by the outage as they had their emergency supply. SGH Cardiology Department head, Dr Sim Kui Hean, when contacted at 8.15pm, said that electricity was limited to essential supplies. However, he said only places like kitchen and the pharmacy had only one or two lights on.
“Nonetheless, continuous electricity is being supplied and hospital operations has not been affected,” he said.

A spokesperson at the Department of Civil Aviation told thesundaypost about 8pm that it was business as usual at the Kuching International Airport as they had their own generators in place.
The spokesperson said no flights were delayed but when asked how long the generator could last, the spokesperson refused to comment.

:: Keluang pun kalah...





KOPEK DURIAN GUNA GIGI: Peniaga pasar tani, Sulaiman A Rashid, 57, dari Sungai Durian, Pontian menunjukkan kemahiran mengopek durian menggunakan gigi sempena karnival Jom Makan Buah-Buahan Pasir Gudang anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Pasir Gudang, semalam. Sulaiman berkata, mengopek durian menggunakan gigi adalah satu kebiasaan yang dilakukan sejak berusia 12 tahun.

Saturday, August 09, 2008

:: Merdeka 2008: RM40 juta kepada RM20 juta ?


Mutakhir

Shafie: Tiada percikan bunga api sambut kemerdekaan kali ini
08-08-2008 08:54:13 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai kos bunga api bagi sambutan kemerdekaan ke-51 negara tahun ini selain mengurangkan peruntukan tahunan sambutan kepada RM20 juta daripada purata RM40 juta sebelum ini, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.
"Setelah sekian lama, sambutan kemerdekaan kali ini dibuat tanpa bunga api. Kalau pihak swasta hendak buat, mereka boleh buat," katanya.

Beliau berkata kemerdekaan pada tahun ini walaupun disambut secara sederhana tanpa percikan bunga api tetapi ia tetap akan meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah diatur.
"Seperti tahun tahun sebelum ini, kita juga menjalankan pelbagai upacara keagamaan termasuk sembahyang hajat dan khutbah Jumaat khas oleh masyarakat beragama Islam menjelang sambutan kemerdekaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada majlis itu, Shafie turut melancarkan logo baru sambutan bulan kemerdekaan serta lagu baru kemerdekaan ke-51 negara.

Hadir sama pada pelancaran itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Tan Lian Hoe.
Sambutan kemerdekaan tahun ini bertemakan "Perpaduan Teras Kejayaan" akan bermula 16 Ogos dan berakhir 18 Okt depan di Kota Kinabalu, Sabah.
Sambutan Ambang Merdeka malam 30 Ogos ini akan disambut di tiga lokasi utama iaitu Dataran Merdeka, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Bukit Bintang.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bersama rakyat mengira detik 12 malam di Dataran Merdeka manakala Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula akan berada di KLCC. BERNAMA

Thursday, August 07, 2008

:: Permatang Pauh... 58,459 pemilih sebagai penentu

Am
06 Ogos, 2008 12:38 PM

Permatang Pauh: Penamaan Calon 16 Ogos, Pengundian 26 Ogos

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 16 Ogos dan jika ada pertandingan, pengundian pada 26 Ogos ini. Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengumumkan perkara itu berkata sehubungan itu, SPR menentukan Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2008 yang diwartakan pada 19 Jun dan dikemaskinikan sehingga 31 Julai lalu digunakan dalam pilihan raya kecil itu. "Seramai 58,459 pemilih yang terdiri daripada 57,969 pemilih biasa dan 490 pemilih pos adalah layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil bagi P.44 Permatang Pauh ini, " katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan selepas SPR mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil itu.
Kenyataan itu diberikan oleh Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said kepada para wartawan di lobi Ibu Pejabat SPR di sini hari ini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan Anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai wakil rakyat berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388. Kerusi itu juga pernah diwakili oleh Anwar semasa beliau masih dalam Umno. Abdul Rashid berkata writ pilihan raya kecil itu akan dikeluarkan esok (7 Ogos) manakala notis pula dikeluarkan hari berikutnya (8 Ogos). Katanya, SPR telah melantik untuk pilihan raya itu, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Roslan Yahaya sebagai Pegawai Pengurus dan tiga penolong Pegawai Pengurus iaitu Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai Zainol Abidin Md Noh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan) Seberang Perai Tengah Kamarul Haizal Koderat, dan Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Seberang Perai Tengah Azizal Ahmad.Abdul Rashid mengingatkan dalam tempoh pilihan raya kecil ini dijalankan, amat penting semua pihak mematuhi arahan pihak keselamatan dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. "Oleh itu, semua pihak terutamanya parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas parti dan individu lain yang terlibat perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang telah ditetapkan.-- BERNAMA

:: Jalan tikus... di Sabah & Sarawak ?

Sabah&Sarawak: Jalan tikus dalam belantara
Oleh Abd Rahman Adam
bhnews@bharian.com.my

Laluan haram dikenal pasti jadi tumpuan penyeludup, pendatang keluar dan masuk.
KUCHING: Sebanyak 62 'jalan tikus' atau laluan haram menerusi hutan yang terletak berhampiran sempadan negeri ini dengan negara jiran, dikenal pasti menjadi laluan 'penyeludupan' keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin di Sarawak. Kebanyakan jalan tikus itu terletak dalam Daerah Serian iaitu 12 laluan, diikuti Lubok Antu (9); Baram (6); Lundu (6); Belaga (5); masing-masing empat laluan di Sri Aman, Bau dan Kuching; masing-masing tiga laluan di Lawas, Kapit dan Song, Limbang (2) dan Simunjan (1).

Jalan tikus yang yang terletak dekat sempadan Sarawak-Indonesia itu dipercayai menyumbang kepada kemasukan ribuan pendatang asing tanpa izin ke Sarawak pada setiap tahun. Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini saja, seramai 223 pendatang asing tanpa izin ditangkap di Sarawak dalam 34 operasi yang dilancarkan Jabatan Imigresen Negeri. Jumlah itu bagaimanapun berkurangan 18 kes berbanding 241 pendatang asing tanpa izin ditahan di negeri ini bagi tempoh sama tahun lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen Negeri Sarawak, Kadir Sapian, berkata daripada jumlah itu kebanyakan yang ditangkap adalah warganegara Indonesia iaitu 209 orang, diikuti Bangladesh (10), manakala Pakistan dan China masing-masing (2). Beliau berkata, warga asing terbabit ditahan menerusi beberapa operasi bersepadu iaitu operasi Kutip, Sapu, Bolos, Mahir, Selera dan Jaja dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negeri (MKN), polis serta Rela. "Setakat ini, seramai 256 pendatang asing tanpa izin termasuk 22 wanita kini berada dalam tahanan di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian, dekat sini. Seramai 232 daripada mereka adalah warga Indonesia, diikuti Filipina dan Thailand masing-masing (9), Bangladesh (4), manakala China dan Myanmar masing-masing seorang," katanya kepada Berita Harian Sementara itu, bagi Depo Tahanan Bekenu di Miri, seramai 179 pendatang asing tanpa izin termasuk 14 wanita kini sedang ditahan dan daripada jumlah itu 147 warga Indonesia, Vietnam (13), Filipina (11), Bangladesh (4), Myanmar (3) dan Pakistan (1).

Kadir berkata, faktor geografi termasuk keluasan Sarawak menyukarkan pihaknya mengesan penyeludupan masuk warga asing menerusi jalan tikus. "Sebagai contoh, pendatang asing terbabit tidak menggunakan laluan sama untuk menceroboh masuk ke negeri ini, sebaliknya sering mengubah laluan yang digunakan bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negeri ini ada kaitannya dengan sindiket yang didalangi penduduk tempatan. "Ini ekoran kos buruh khususnya dari Indonesia lebih murah berbanding pengambilan pekerja tempatan, selain sikap mereka yang terlalu memilih pekerjaan menyukarkan majikan mendapatkan tenaga buruh, sekali gus membuat keputusan menyeludup pendatang asing," katanya. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini juga, seramai 1,059 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang ke negara asal mereka. Daripada jumlah itu, seramai 976 adalah dari Indonesia diikuti China (68), Filipina (6), Pakistan (3) manakala Bangladesh, Vietnam dan Thailand masing-masing dua orang.

:: AUKU... Nordin Kardi tempelak


Kementerian akui cadang pinda AUKU tanpa pandangan IPTA

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi mengakui cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini tidak mengambil kira pandangan majoriti institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, kementerian itu, Mohd Yusof Kassim, berkata pihaknya hanya sempat berbincang dengan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) beberapa tahun dulu serta maklum balas daripada dua Naib Canselor IPTA. “Cadangan pindaan AUKU sudah lama dirancang. Setelah tiga menteri pengajian tinggi bertukar baru tahun ini ia direalisasikan dan akan dibacakan buat kali kedua pada sidang Dewan Rakyat Ogos depan.
“Walaupun tidak mendapatkan maklum balas MPP sesi 2007/2008 ini, kementerian pernah mengadakan perjumpaan dengan wakil MPP beberapa tahun dulu untuk mendapatkan input mengenai pindaan akta berkenaan. “Kementerian juga mendapatkan pandangan dua Naib Canselor IPTA dalam dua majlis berasingan di ibu negara, baru-baru ini. “Justeru, bukan tidak ada langsung rundingan dan rujukan dibuat dengan wakil universiti tempatan, namun ia tidak dilakukan secara menyeluruh,” katanya pada forum sempena Konvensyen MPP IPTA, di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP, di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Terdahulu, seorang ahli panel forum yang juga Presiden Persatuan Universiti Malaysia, Tan Sri Nordin Kardi, menempelak Kementerian Pengajian Tinggi kerana melakukan pindaan AUKU tanpa merujuk Naib Canselor dan MPP IPTA dengan alasan mengelakkan konflik. “Tahu-tahu saja, sudah sampai di parlimen. Jadi, biarlah golongan cerdik pandai itu menentukan hala tuju universiti kita. “Sebelum ini, saya dan beberapa Naib Canselor pernah terbabit dalam pindaan bidang pengajian tinggi termasuk penjenamaan semula Lembaga Akreditasi Negara kepada Agensi Kelayakan Malaysia tetapi tidak pula timbul banyak konflik,” katanya.

Sunday, August 03, 2008

:: Gerhana di Jinta, China






KEAJAIBAN ALAM: Gambaran seolah-olah sebentuk cincin berlian ketika gerhana matahari penuh yang berlaku di Jinta, China yang dirakam oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), semalam. - Foto Bernama

:: Cinta dan kasih sayang

Biasanya hidup dan kehidupan adalah seimbang dan setara. Begitulah selalunya... walaupun kekadangnya ada kekecualian. Cinta dan kecintaan serta kasih sayang serta saling mengerti antara pasangan punya makna tersendiri... dan juga saling berkaitan. Bagi dara dan teruna... atau bagi perempuan dan lelaki... pengikat antara keduanya adalah cinta dan kasih sayang. Begitulah selalunya... walaupun kekadangnya ikatan dan pengikat itu boleh terlerai... hubungan putus atau terputus atau diputus dan runtuh... malah kekadangnya musnah atau dengan sengajanya dimusnahkan oleh mana2 pihak... atau oleh salah satu daripada pihak yang punya ikatan tersebut.
Kekadangnya juga ikatan yang asal mulanya kelihatan longgar menjadi semakin terikat kemas... semakin kukuh dan terus bertahan. Namun... dengan adanya unsur luaran lain... ikatan itu berkemungkinan berubah dan berkalih kepada sebagaimana asal mulanya... iaitu semakin longgar dan silap2 haribulan akan ke arah "berpatah arang dan berkerat rotan".
Yakinlah... hanya pasangan yang berjaya dan mampu mengukuhkan kembali ikatan yang mungkin semakin longgar itu akan kekal... dan jika disulami dengan saling mengerti sesama pasangan... saling memberi dan menerima... saling bertolak ansur dalam menerima kelebihan dan kekurangan pasangan... pastinya sinaran dan cahaya indah alam berumahtangga akan terus dimiliki dan digenggam erat.
:: Suatu petang... PakNgah menerima mesej pada 16.07.2008 sekitar jam 7.30... daripada seorang kenalan...yang paparannya adalah... J** masih aktif dgn A****.. Bukan saja malam, malah siang.

Saturday, August 02, 2008

:: Rasuah politik ?


Mutakhir
Rafidah akui wujud rasuah politik pemilihan cawangan, bahagian
02-08-2008 11:46:58 AM
Oleh SAODAH E'LIAS

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mengakui kewujudan rasuah politik dalam pemilihan pergerakan itu di peringkat cawangan dan bahagian. Kata Rafidah, beliau telah mendapat laporan mengenai penularan fenomena itu dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat dan bukti lengkap mengenainya agar membuat laporan terus kepada Lembaga Disiplin parti. "Saya ingin nasihatkan kalau hendak bertanding pun jangan sampai pecah-belahkan Umno kerana kekuatan kita ialah di peringkat akar umbi. "Jangan gunakan rasuah politik, jangan berseteru semata-mata kerana jawatan, jangan tabur fitnah agar nanti kita tidak menang sorak kampung tergadai, menang jadi arang, kalah jadi abu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di sini. Menurutnya, beliau telah diberitahu bahawa banyak juga ketua Wanita Umno bahagian akan menghadapi pertandingan tahun ini, sama ada sesama ahli jawatankuasa bahagian, orang luar atau dalam beberapa kes dicabar oleh bekas ketua Puteri Umno.

Dalam pada itu, Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, beliau menerima banyak aduan mengenai perkara-perkara yang melanggar etika berlaku dalam pemilihan peringkat cawangan dan bahagian, termasuk aduan mengenai anggota yang tidak dikenali hadir sebagai perwakilan dan janji-janji mengenai pemberian imbuhan ditaburkan. Mukhriz berkata, Umno ketika ini memerlukan pembaharuan dalam parti dan beliau menyeru supaya peluang diberikan kepada anggota-anggota untuk menentukan sendiri kepimpinan parti.

Malah, kata beliau, suara akar umbi dalam pemilihan Umno Disember ini harus dihormati dan seharusnya tiada sekatan dikenakan ke atas mana-mana anggota yang berhasrat menyuarakan kehendak masing-masing. Beliau berkata, anggota parti berhak menyuarakan pendapat mereka selagi mereka tidak melanggar perlembagaan parti, dan menurutnya jika terdapat sebarang peraturan baru yang kelihatan seolah-olah memberi kelebihan kepada penyandang jawatan, pemilihan itu adalah tidak wajar. "Mana-mana pihak juga berhak untuk berhubung terus dengan kepimpinan di peringkat cawangan, saya sendiri menulis surat kepada ketua-ketua cawangan seluruh negara memohon supaya cawangan mengusulkan pencalonan," katanya selepas majlis perasmian Francais Antarabangsa Malaysia yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini. Beliau yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata, ruang perlu diberikan kepada calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan ini supaya mereka dapat memperkenalkan diri kepada perwakilan.

:: Kanang anak Langkau





Kanang hormat pejuang: Pegawai Waran Satu (Bersara) Kanang Anak Langkau, 68, memberi tabik hormat pada potret Rentap, seorang pahlawan berketurunan Iban pada Istiadat Meletak Kalungan Bunga sempena Hari Pahlawan di Tugu Pahlawan di Kuching, semalam. Rentap yang juga digelar 'Raja Darat' adalah pejuang yang menentang pemerintahan Rajah Brooke.

:: Pills... abused ?


Main Page » Home » Local »
Saturday, August 2nd, 2008

Pills cheap and easily bought by students
By Fitzpatrick Ricky

KUCHING: Nospan pills have been abused by teenagers, especially students, because of the ‘very low price’ of the pills in Sarawak. Besides, they can be easily bought in most pharmacies, said State Commissioner of Police Datuk Mohmad Salleh yesterday. Mohmad said the pills, which are sold as low as RM1 per pill, could cause side effects such as getting high.

The pills were widely sold, without being monitored by any agencies, he said.
“We do not deny that the abuse of Nospan pills among students in the state has been increasingly serious, but it is difficult to tackle the problem because the urine tests taken from the user show negative results.
“Moreover, those found involved in taking the drug will not be charged according to th e Dangerous Drugs Act but under the Scheduled Poisonous Act,” he pointed out when met during the handing-over of duty of Deputy State Commissioner of Police Datuk Abdul Rahman Hussin and SAC II Thaiveegan Arumugan at Contingent Police Headquarters (IPK) in Jalan Badruddin here yesterday.

:: Dilema... guru ?

Dilema guru
Oleh Ruhaiza Rusmin ruhaiza@hmetro.com.my

USAHA memperkasakan sektor pendidikan ke peringkat global perlu dilaksanakan menerusi mekanisme sesuai bagi menjamin tahap kualiti sasaran mampu dicapai. Antaranya, meningkatkan mutu pendidikan, taraf kelayakan, prasarana asas, kualiti pendidik serta modul diguna pakai agar setara dengan piawaian ditetapkan.

Namun, usaha ini lambat kerana terlalu banyak rungutan, polemik dan sikap guru yang tidak dedikasi atau bekerja semata-mata mahu mengelak menjadi penganggur terhor mat. Natijahnya, kredibiliti sektor pendidikan dipertikai dan dicemari unsur tidak telus menyebabkan segelintir masyarakat hilang kepercayaan. Lebih memburukkan keadaan, pelajar juga semakin hilang hormat kepada guru manakala guru pula tidak mampu mengambil sebarang tindakan kerana terikat pelbagai peraturan. Senario ini memberi impak buruk kepada pendidik dan institusi pendidikan serta menggugat usaha memartabatkan profesionalisme ini ke peringkat tertinggi.
Mengulasnya, konsultan pendidikan, Chiam Tah Wen, berkata persepsi negatif itu boleh membantutkan usaha meninggikan taraf pendidikan yang dirancang. Menurutnya, institusi pendidikan dan guru perlu menerima pengiktirafan tertinggi selain tidak boleh dicemari isu yang boleh menggugat kredibiliti ke peringkat global. “Sejak dulu lagi, masyarakat memandang tinggi guru dan institusi pendidikan kerana yakin mampu menjana pembangunan bangsa pada masa depan. “Malangnya, isu, polemik dan insiden yang tercetus sejak kebelakangan ini bagai merentap kepercayaan itu hingga ada pihak hilang keyakinan. “Pendidikan perlu telus bagi menghasilkan kejayaan dan kegemilangan masa depan, ” katanya.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu mengenai pendidikan dipaparkan media sehingga menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat. Dulu, institusi pendidikan dan guru boleh berjalan seiring tanpa kerenah birokrasi atau tentangan masyarakat. Bagaimanapun, katanya, perubahan zaman, tahap pendidikan, pendedahan serta mudahnya mendapat maklumat mengubah mentaliti masyarakat. Menurutnya, ibu bapa dulu sangat menyanjungi guru, manakala pelajar pula dididik supaya menganggap mereka insan perlu dihormati. “Situasi ini meningkatkan lagi nilai kualiti guru. Malangnya kini, keadaan berubah, malah ibu bapa lebih banyak mendengar kata anak selain kerap menyalahkan guru. “Ada segelintir guru bersikap tidak dedikasi ketika men jalankan tugas, hanya mengharapkan gaji bulanan semata- mata. Mereka enggan bertanya atau langsung tidak me ngambil berat, jurang dengan pelajar begitu jauh. “Apabila dua situasi ini bertemu, bagaimana kita meng harapkan institusi pendidikan berjalan lancar?“ Jika berterusan dengan ego masing-masing, mangsanya ialah institusi pendidikan,” katanya.
Beliau berkata, ada ibu bapa hanya mengharapkan guru mendidik anak mereka dan bersikap lepas tangan manakala guru pula kerana takut dimarahi atau dikenakan tindakan bersikap berdiam diri. “Justeru, di manakah penyelesaiannya?“ Untuk melahirkan institusi pendidikan terbaik dan pelajar cemerlang, suasana harmoni perlu diwujudkan.“ Saya percaya, apabila pihak tidak puas hati boleh meluahkan perasaannya, masalah boleh diatasi,” katanya. Menurutnya, guru perlu tahu hak, gunakan saluran betul untuk mempertahankan diri, kebenaran atau teraniaya. Manakala masyarakat atau ibu bapa jangan bersikap cepat menghukum, berjumpa atau bincanglah dengan baik.“ Perbalahan boleh menyebabkan institusi persekolahan dan pendidikan serta masyarakat runtuh, ini merugikan negara dan bangsa.“ Bagi menanganinya, kekangan atau masalah sedia ada perlu dibincangkan secara telus tanpa membabitkan emosi atau ‘kekuasaan’.“ Ibu bapa perlu berfikiran terbuka jika anak mereka di hukum, selidik dulu sebelum mengambil apa jua tindakan.“ Guru pula perlu tunjukkan kredibiliti sebagai golongan diamanahkan mencurah ilmu.“ Jika semua pihak bersatu dan bekerjasama, saya yakin institusi pendidikan akan diangkat semula ke mercu seperti era 70-an,” katanya.

Thursday, July 31, 2008

:: "Pregnant" durian









‘Pregnant’ durian
by Claire Kong Tse Wei

Check out this little durian growing inside a bigger one. It seems that even durians need to protect their ‘young’.

:: Wisma Sri Pahang... nak disita?

Kena sita jika tak bayar RM37j
Oleh Sariha Mohd Ali Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
KUANTAN: Bangunan pentadbiran Kerajaan Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini akan disita jika kerajaan negeri gagal mematuhi arahan terbaru dikeluarkan Mahkamah Tinggi supaya melunaskan bayaran ganti rugi berjumlah lebih RM37 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB).

Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Mac lalu, mengeluarkan perakuan amaun penghakiman berjumlah RM37,127,471.60 dan memberi tempoh sehingga 7 April lalu untuk kerajaan negeri melunaskan tuntutan itu tetapi SGMSB mendakwa tiada maklum balas. Susulan itu, SGMSB pada 16 Julai lalu, memfailkan permohonan baru kepada Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Setiausaha Kerajaan Pahang dan Pegawai Kewangan Negeri sebagai pihak yang perlu melunaskan ganti rugi mewakili kerajaan negeri. Pengarah SGMSB, Syed Ali Badaruddin Syed Osman, berkata jika kerajaan negeri gagal mematuhi arahan itu, pihaknya akan meneruskan saman dan kemudian memohon mahkamah mengeluarkan perintah penyitaan Wisma Sri Pahang, selain perintah menghina mahkamah.
"Kes ini masih belum selesai dan tindakan tegas perlu kerana jumlah ganti rugi itu dan kini melebihi RM60 juta berdasarkan faedah lapan peratus setahun bermula 31 Disember 2000 hingga dijelaskan seperti diputuskan Mahkamah Tinggi," katanya pada sidang media di lobi Wisma Sri Pahang di sini, semalam. SGMSB berjaya dalam tuntutan samannya terhadap Kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) selepas Mahkamah Rayuan yang bersidang 13 Februari lalu, menolak rayuan dikemukakan Kerajaan Pahang terhadap keputusan dibuat Mahkamah Tinggi pada 25 Mei 2007 yang menetapkan jumlah ganti rugi itu. Kes itu susulan saman dikemukakan SGMSB pada 20 Mac 2002, terhadap kerajaan negeri dan Pengarah JPNP bagi menuntut ganti rugi am, faedah dan kos bernilai kira-kira RM2.17 juta berikutan kecuaian defendan menyebabkan kawasan pembalakan diluluskan kepada SGMSB bertindih dengan syarikat lain.

Monday, July 28, 2008

:: Merc vs Perdana




Inikah merc yang diheboh2 kini? Buatan mana? Kenapa diminati ramai dan banyak menjalar di jalanraya kita? Apa isu sebenarnya?





Inikah proton perdana? Buatan mana? Kenapa kurang menjalar di jalanraya kita? Apa isu sebenarnya?

Saturday, July 26, 2008

:: TJ: Pak Lah atau Anwar?





Mutakhir

Nasihat Tuanku Ja'afar: Bersatulah, antara Pak Lah atau Anwar perlu korban
26-07-2008 04:23:40 PM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara. "Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). "Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Ke adilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh," kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan The Star hari ini.
Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban. Tuanku Ja'afar yang menyambut Hari Keputeraan ke-86 pada 19 Julai lalu merupakan Raja Melayu yang tertua bertakhta di negara ini. Malah ulasan baginda itu seolah-olah sealiran dengan perkembangan tanah air khususnya sejak negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu. Dalam pilihan raya umum kali ini, buat kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kuasa kerajaan negeri melibatkan lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Barisan pembangkang yang diberikan nama baru selepas 8 Mac lalu - Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Ketika Umno lemah dan berusaha untuk pulih, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar telah menyasarkan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan menjelang 16 September. Dan, ketika Anwar berhadapan dengan isu meliwat yang kedua dalam tempoh 10 tahun, timbul syor supaya Umno dan PAS mengadakan muzakarah bagi menyatupadukan orang Melayu.

Pendekatan Umno-PAS itu telah diakui kepimpinan kedua-dua parti itu. PAS menolak muzakarah tetapi mencadangkan pendekatan muqabalah. Dalam temu bual tersebut, Tuanku Ja'afar juga menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak menyertai demonstrasi jalanan kerana apa saja isu yang timbul harus diselesaikan di Parlimen. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10, dari tahun 1994 hingga 1999. Ayanda baginda Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama. Dalam ulasannya, Tuanku Ja'afar menambah: "Seorang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, seorang lagi berhasrat untuk mengekalkan jawatan. Caturan politik ini sangat kompleks dan sukar untuk diramalkan. "Kita mungkin mempunyai Tengku Razaleigh (Hamzah) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dalam pertarungan jawatan presiden (Umno). "Di akhbar, saya baca (bekas Perdana Menteri), Tun Dr. Mahathir (Mohamad) mengatakan bahawa (Datuk Seri) Mohd. Najib tidak akan jadi Perdana Menteri. "Orang Melayu tidak bersatu dan Umno perlu diberikan nafas (baru)," kata baginda.

Wednesday, July 23, 2008

:: Batu Puteh... ada cerita baru?


Singapura tuntut perairan Batu Puteh

SINGAPURA: Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Mei lalu. Menteri Kanannya, Balaji Sadasivan, berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982. Penyelarasan perairan wilayah Singapura dan EEZ itu akan diumumkan apabila tiba masanya, katanya menjawab satu soalan di Parlimen.

Transkrip sesi soalan dan jawapan itu dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, semalam. Balaji berkata, jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa. Pada 23 Mei lalu, ICJ dalam penghakimannya berhubung tuntutan bertindih Malaysia-Singapura, memutuskan Batu Puteh dimiliki Singapura, manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Batuan Tengah yang terletak berhampirannya. Kedaulatan Tubir Selatan pula akan menjadi milik negara yang menguasai perairannya.

Bagaimanapun, Malaysia menegaskan ia akan terus mencari bukti mengenai kes Batu Puteh dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ. Mengulas perkara itu, Balaji berkata, di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon kajian penghakiman jika 'ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya ketika penghakiman diberikan, yang tidak diketahui oleh mahkamah itu dan juga kepada parti yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian." Balaji berkata, penyelesaian melalui penghakiman pihak ketiga itu menunjukkan kedua-dua negara menghormati undang-undang antarabangsa dan komited untuk menyelesaikan pertikaian itu dalam cara aman. Katanya, kes itu memberi contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain. - Bernama

Tuesday, July 22, 2008

:: Ulam dan kesannya

Rencana
21 Julai, 2008 14:29 PM

Terlebih Makan Ulam Boleh Memudaratkan Jantung?
Oleh Zulkiple Ibrahim
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Abdollah Amat dimasukkan ke Bahagian Trauma dan Kecemasan di sebuah pusat perubatan awam di sini, pada awal pagi dua minggu lepas setelah beliau mengadu rasa kaku dan kebas di kedua-dua belah tangan dan kaki. Bekas guru yang berumur 62 tahun itu juga mengadu tidak selesa serta rimas pada bahagian dada selain rasa mual dan keletihan yang terlampau. Doktor yang bertugas menjalankan ujian darah terhadap Abdollah dan keputusan ujian tersebut menunjukkan kandungan kalium (potassium) dalam darah beliau adalah tinggi, 7.2 mmol/L. Dalam badan manusia, kandungan normal adalah 3.5-5.5 mmol/L. "Doktor yang merawat saya menyatakan dengan kandungan darah kalium setinggi itu, saya mungkin dapat serangan sakit jantung pada bila-bila masa", kata Abdollah yang juga merupakan seorang pesakit kegagalan buah pinggang, pada penulis di pusat perubatan itu baru-baru ini. Abdollah mengalami keadaan hiperkalemia, di mana tahap kalium dalam darah beliau melebihi paras yang normal. "Doktor menasihati saya supaya berhati-hati dalam pemakanan, terutamanya kurang makan ulam, iaitu makanan kegemaran saya", kata Abdollah.
APA ITU KALIUM?
Menurut Kan Chok On, pegawai sains perubatan kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kalium adalah sejenis mineral yang wujud secara semulajadi dalam bahan makanan. Kalium memainkan peranan penting dalam aktiviti normal otot dan saraf, terutamanya jantung. "Kalium adalah mineral yang diperlukan untuk aktiviti normal jantung. Bagaimanapun bagi sesetengan orang, ia boleh memudaratkan kalau terlampau tinggi parasnya dalam darah", kata beliau. Kan, yang bertugas di bahagian rawatan nefrologi PPUM juga berkata: "Kandungan kalium berlebihan dikumuh melalui ginjal (buah pinngang). Bagi mereka yang telah gagal ginjal, proses ini tidak berlaku dan menyebabkan tahap kalium dalam darah meningkat. "Memang bahaya kalau kandungan kalium darah meningkat, terutamanya bagi pesakit buah pinggang". "Buah pinggang yang telah rosak, menyebabkan badan tidak berupaya untuk mengeluarkan lebihan kalium melalui air kencing, lantas keadaan mudarat seperi hiperkalemia mudah terjadi", kata Kan yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam perawatan dialisis untuk pesakit buah pinggang.
SIMPTOM HIPERKALEMIA
Menurut Kan, seseorang itu mungkin juga tidak mempamerkan tanda atau gejala yang beliau mengalami hiperkalemia. "Apabila tahap kalium naik terlampau tinggi, antara tanda-tandanya ialah rasa lemah otot, sakit dada serta palpitasi jantung di mana jantung berdenyut secara cepat dan tidak normal," kata beliau. Menyentuh tentang ulam pula, Kan berkata ini adalah dari jenis sayur-sayuran atau buah yang boleh dimakan secara mentah dan biasanya diambil dengan nasi. "Bagi masyarakat Melayu, mereka suka makan ulam seperti petai, dan pelbagai jenis pucuk seperti pucuk paku, pucuk ubi, daun selom, ulam raja dan juga sayuran hijau yang lain, tapi ini semua mengandungi tahap kalium yang tinggi."Begitu juga buah-buahan tropika seperti pisang, limau dan oren, buah kiwi, papaya, durian serta tembikai susu. Juga air buah seperti air kelapa dan jus prun. "Bagi orang yang mengalami kerosakan buah pinggang, anda perlulah mengurangkan pengambilan sayur seperti bayam, kangkung dan sawi, kata Kan.
APA YANG BOLEH DIMAKAN?
Seorang pakar pemakanan dengan sebuah institusi perubatan swasta, S. Y. Fong berkata jika pesakit masih mahu juga makan sayur-sayuran hijau, maka sayuran itu mestilah direndam dalam air bersih selama dua jam sebelum dimasak. Ini supaya kalium dalam sayuran dapat dilarutkan dalam air yang digunakan untuk merendam sayuran itu, katanya. "Sayuran itu boleh dimakan selepas dimasak, tapi elak daripada mengambil kuah sayur kerana dikhuatiri masih ada kalium dalam kuah itu". Fong menasihatkan pesakit buah pinggang supaya memakan taugeh, kubis, terung, kacang panjang, lobak, bunga kobis, timum dan bawang. "Elak atau kurangkan makan aiskrim, makanan serta minuman dalam tin, dadih, susu, coklat dan juga bahan gantian garam kerana semua ini tinggi kandungan kaliumnya.
RESIN
Menurut Fong lagi, jika langkah penjagaan makanan tidak berapa efektif, dan tahap kalium dalam darah masih tinggi, pesakit terpaksa mengambil ubat khas yang dikenali sebagai resin. "Resin seperti sodium polystyrene sulphonate, atau Kayexalate bolehlah di ambil. Resin ini akan bergabung dengan kalium dalam intestin dan kalium yang lebih itu akan dikeluarkan daripada badan dalam najis", kata beliau. Menurut Fong, resin ini adalah dalam bentuk serbuk dan dibancuh bersama air, kemudian diminum. Dos biasanya ialah 15 gm dan diambil empat kali sehari. Biasanya, setelah mengambil ubat selama 24 jam, kandungan kalium tinggi dalam darah akan mula menurun, kata beliau. -- BERNAMA

Sunday, July 20, 2008

:: 'Azemah Ni'matul Bolkiah




Sabtu/Ahad, 19/20 Julai 2008

Pengiran Anak Puteri Dapat Ijazah
Paduka Anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah (kanan) dianugerahi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang

Sarjana Muda untuk Pg Muda Omar Ali

LONDON: Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (empat dari kiri) dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah (tengah) berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali (empat dari kanan) yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Klasik dari Royal Holloway, Universiti London.

Majlis penganugherahan ijazah diadakan pada 17 Julai di College Chapel.

Yang turut berangkat ke majlis itu ialah, barisan belakang: Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Muqtadir (dua dari kiri), diikuti Yang Amat Mulia Pengiran Anak Naafi'ah Khairul Bulqiah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Fattaah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu'min.



:: Najib: 30% pada 2020?

Ekonomi
19 Julai, 2008 21:34 PM


Sasaran Ekuti Bumiputra Pada 30 Peratus Pada 2020

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pegangan ekuiti Bumiputera, terutama Melayu, dijangka meningkat kepada 30 peratus pada 2020 berbanding kira-kira 20 peratus sekarang. Timbalan Perdana Menteri berkata jika kedudukan ekonomi meningkat, sasaran itu lebih mudah dicapai. "Pengagihan kekayaan akan menjurus kepada masyarakat yang adil dan saksama di negara ini," katanya pada sidang media selepas melawat pameran pada Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008, di sini, Sabtu.
Konvensyen itu dianjurkan oleh Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM). Beliau berkata pengagihan kekayaan yang saksama dan adil, boleh dicapai dengan memperkenalkan model perniagaan dan ekonomi baru bagi meningkatkan penyeraan Melayu dalam ekonomi, Najib berkata model itu boleh meliputi usaha mengurangkan risiko dengan menjalankan usaha sama antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Beliau mencadangkan supaya sektor swata Bumiputera memain peranan aktif membatu usahawan Bumiputera dan bukannya terlalu bergantung kepada kerajaan. Najib berkata GABEM juga memain peranan dalam menyediakan cadangan dan pendapat bagi meningkatkan ekuiti dan penyertaan Bumputera dalam ekonomi.
-- BERNAMA

:: Ikan masin



RM50 sehari jual ikan masin:
Mohamad Noor Mohd, 73, yang dulunya nelayan laut dalam, kini menjadi pengusaha ikan masin selepas usianya tidak mengizinkan dia ke laut. Kemahiran diwarisi keluarganya di Kampung Tanjung Lumpur membolehkan dia menghasilkan lebih 50 kilogram ikan masin sehari. "Untuk bulan ini ikan selar kuning, menjadi pilihan ramai pengusaha membuat ikan masin. Saya mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari dengan menjualnya di pasar malam di sekitar Kuantan dengan harga antara RM2 hingga RM8 sekilogram bergantung kepada jenis ikan," katanya.

:: Gambar menarik... anda mentafsir...


‘Exclusive’ signboard
by Santh Meera Bin Bagoor
This says it all - that only VVIPs and VIPs can make the turn.
«
Seen this somewhere?



Taking the back door
by Lee Pei Ting
Wonder why the girls are not using the main gate to school. Late perhaps?
«
Seen this somewhere?





Fire hydrant leakage
by Chan Kok Khuen
I took this photo on the way from Sungei Way. With the rising cost of living, this is a waste of water.
«
Seen this somewhere?


Careless development
by Zakaria Razalli
The owner of the houses in Sungai Sering Bukit Antarabangsa must be having sleepness nights. The slope is cut to make way for a main road without any measures taken to ensure safety.
«
Seen this somewhere?

A tree without leaves
by Mohammad Rizal Mat Baharin

It is puzzling how this papaya tree can bear fuits without leaves.
«
Seen this somewhere?

:: Rumah dipecah... antara puncanya


Reka bentuk kediaman dorong kes pecah rumah
Oleh Abd Rahman Adam

KUCHING: Sikap masyarakat yang terlalu mementingkan nilai estetika serta reka bentuk rumah, tanpa mengambil kira ciri keselamatan, dikenal pasti punca meningkatnya kejadian pecah rumah di negara ini. Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, berkata aspek keselamatan perlu diutamakan apabila merancang membina kediaman, termasuk mengenal pasti latar belakang kawasan supaya dapat memastikan ciri keselamatan yang perlu dilakukan. “Ini bagi mengelak menjadi mangsa kejadian pecah rumah dan samun sekali gus membendung kejadian sama berulang di kawasan kediaman masing-masing,” katanya ditemui selepas Seminar ‘Rumahku - Kediaman Selamat’ di sini semalam.

Seminar anjuran Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Sarawak serta Kelab Sumber Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber itu bertujuan memberi panduan dan siri pertolongan cemas kepada peserta khususnya menyelamatkan warga tua, orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak ketika berlakunya kebakaran. Kamal berkata, kejadian pecah rumah di Sarawak masih pada tahap terkawal namun keadaan itu tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan keselamatan tempat kediaman. “Setakat ini, statistik menunjukkan jumlah kejadian dan jenayah di Sarawak masih kecil jika dibandingkan dengan kadar jenayah yang berlaku di Semenanjung,” katanya.

Friday, July 18, 2008

:: Kukur kelapa





TUNJUK BAKAT: Kakitangan Muzium Negara, Safia Ismail (kanan) mengajar pelancong China memarut kelapa pada majlis demonstrasi kukur kelapa di Muzium Negara, semalam.
Kita dah semakin jarang menemui "kukur kelapa" ini... dan kita semakin kurang berkemahiran untuk memarut kelapa secara tradisi sebegini. Kelapa parut dan santan mudah diperolehi kini... tanpa perlu memarut lagi (seperti gambar)... dan mungkin ada di kalangan kaum keluarga kita yang belum berkesempatan melihat "kukur kelapa" ini... dan mungkin juga tidak mempunyai pengalaman berada di atasnya sambil mengukur kelapa... sebab santan segera bersepah di mana2...