:: Ada sedikit keuzuran... batuk dan flu... menjadikan sebagai sebab untuk menjaga rumah sahaja pada malam ini... dan mengizinkan Mak Ngah dan anak2 menziarahi rumah Lydia... rakan sekuliah Alang di Kpg. Hj. Baki... dan ke rumah cikgu Azilah... rakan sekolah Mak Ngah di Matang Jaya.
:: Sambil berehat2 dan membaca... pada jam 9.22 dan 9.56 malam... terima 2 mesej daripada adik bungsu... "selesai tahlil & sdg jamu slera"... lantas Pak Ngah membalas... "Alhamdulillah. Salam utk smua. Maaf tk dpt ikut sama."... dan terima mesej kedua... "hamzah anak makcik ma, kirim salam."... dibalas pula dengan... "salam kmbali kepadanya."
:: "Askm. Dah tidoq? Kami br selesai buat kenduri tahlil n doa selmt. Menu - gulai nenas ikn talg masin, smbl udng bpetai, syr cmpur, air oren. Alhmdlh, semua bjaln lncr. Tntu lbh bmakna kalu ada wakl dr kuchg :)" ... begitulah bunyi mesej yang diterima pada jam 11.14 malam... daripada anak sedara lelaki pertama... sorang cikgu yang sedang menabur khidmat bakti di Kapit, Sarawak... sebuah pekan di tebing Batang Rajang dan memerlukan kira2 3 jam perjalanan dengan bot ekspress... Azizul Hakim namanya... dan mesej tersebut akan dijawab... pagi esok, InsyaAllah.
:: Tahlil dan doa selamat ini diadakan di rumah pusaka... No. 2, Batu 51... sempena berkumpulnya adik beradik, anak menantu dan sedara mara yang lain... kecuali Pak Ngah (Sarawak), Pak Lang (Sabah) dan Farah (Ipoh) serta keluarga masing2. Allahyarham Tok Wan Lin telah lama meninggalkan kami... kira2 11 tahun yang lalu... pada tanggal 11.11.1986... manakala Allahyarhamah Tok Che Mah pula pada tanggal 30.1.2003... kira2 4 yang lalu. Alfatihah kepada semua yang telah mendahului kita.