:: Sebelah pagi hingga ke tengahari... rakan2 sekuliah Angah di UNITAR datang beraya... dan hanya sebelah petang je baru kami 6 beranak dapat bergerak... sebab Alang ada programnya sendiri menggunakan Wira... dan berpadatlah kami dalam Kembara kecik tu.
:: Hanya dapat 4 buah rumah iaitu ke rumah Jazlan... adik Mak Ngah di Taman Puteri, Semariang... ke rumah Shukri (Sokot)... adik Mak Ngah yang diam setaman dengan Jazlan... kemudian berpatah balik ke Kuching menuju rumah Wa Mayah... kakak Nek Jijah (mak mertua) di Jalan Dagok dan berakhir ke Jalan Setom... rumah Ngah Musa... adik Allahyarham Nek Seman (pak mertua).
:: Kebetulan ada rumah terbuka di rumah Jazlan dan di rumah Ngah Musa. Jazlan menghidangkan Laksa Sarawak, Mee Jawa dan Nasi Tomato... manakala di rumah Ngah Musa kami disajikan dengan Mee Sup dan Nasi Ayam. Alhamdulillah.
:: Balik ke Tabuan Jaya... ketika hampir azan maghrib nak dilaungkan. Cadangnya nak ke rumah Basri (sepupu Mak Ngah) di Tabuan Hight selepas solat Isyak... tapi mereka dah keluar sejak petang dan masih berada di Petra Jaya menziarahi sedara mara... apabila kami menghubunginya. Basri ni sorang anggota polis... bertemu jodoh dengan anggota polis jugak yang berasal dari Alor Star... punya 2 anak perempuan yang dah meningkat remaja... sorang di UiTM dan sorang di IKM.