:: Anak2 kata... kita baru sekali je beraya di Pantai Remis... itu pun masa kami kecik2 dulu... maka menjawablah ayahnya... nak buat macamana... cuti raya selalunya pendek dan kadang2 tu pulak ada kerja lain... dan patah kaki kita jika seluruh keluarga kita balik... dan anak2 sekadar diam mendengar jawapan itu... mungkin mereka menerima alasan itu... atau mungkin mereka punya tafsiran sendiri... tapi pastinya hanya mereka yang tau apa yang mereka fikirkan... sebab tak semesti berdiam diri itu... tandanya bersetuju...
:: Sebentar tadi dapat mesej dari adik bungsu... bertanyakan hal balik beraya di Pantai Remis... " ada apa2 nak dcritakan ttg pulang braya d pantai? bila & bmana? ada planning utk pgisian bbntuk pribadi? arap2dpt bkgsi mklmat...tq ".
:: InsyaAllah jika apa yang dirancang menjadi kenyataan:
12 Okt. : tiba di pantai (mungkin lewat malam)... bergantung dgn kenderaan yang boleh didapati ketika itu dari KLIA... atau mungkin dari KL Central... atau mungkin dari Puduraya... sebab cuti perayaan.
13 Okt. : beraya... jika nampak anak bulan.
14 Okt. : beraya...
15 Okt. : tahlil (rancangan adik beradik) dan persiapan untuknya.
16 Okt. : berkelah (rancangan adik beradik)
17 Okt. : paginya... nak jenguk tanah tapak rumah di Gelung Gajah (rumah masa pencen)
petangnya... beraya lagi
18 Okt. : beraya di Trong & Taiping
19 Okt. : balik ke KL... guna bas ekspress dari Manjung... dan bermalam di KL.
20 Okt. : balik ke Kuching.
:: Semua ini... tertakluk kepada sebarang perubahan di saat2 terakhir... dan Along, Angah dan Alang akan beraya dengan nenek dan sedara mara di Kuching sahaja... dan InsyaAllah... Pak Ngah, Mak Ngah, Anjang dan Acik akan beraya di Pantai Remis... diharap dan didoakan agar menjadi kenyataan nanti...
:: Rancangan ini adalah rancangan Pak Ngah sahaja... dan diharap segala rancangan yang disusunatur oleh Pak Teh/Mak Teh dan Pak Ndak/Mak Ndak serta keluarga masing2 seharusnya diteruskan... utamakan keluarga mertua dulu... dan bila itu dah disempurnakan... kita berjumpa di Pantai Remis nanti... InsyaAllah...