Monday, October 08, 2007

:: Pilihan kita

:: Entri ini merupakan sambungan daripada entri "Lihatlah" dan "Di sebalik sana" sebelum ini... yang mungkin dapat memperjelaskan sedikit kepada beberapa pihak yang bertanya khabar mengenainya sebelum ini...


:: Kita selalu mendengar istilah "hikmah" yang acapkali digunakan apabila kita mengalami sesuatu yang kurang baik... mengalami musibah... gagal dalam temuduga... kemalangan... dll... seolah2 untuk memberi suatu ledakan motivasi kepada diri... agar tidak berterusan berasa dirundung malang... tidak kekal berada di dalam kesedihan dan kesugulan yang teramat sangat.


:: Jika kita menganggap dan melihat bahawa semua kesusahan... semua kesukaran itu adalah kesedihan... pastinya yang kita perolehi ialah kesusahan dan kesedihan sahaja. Lain pulak yang berlaku... apabila semua kepayahan, kesusahan dan kesedihan dilihat sebagai kemudahan yang mungkin tersembunyi di mana2... hati kita akan lebih berbaik sangka... menerima taqdir... menerima qada dan qadar daripadaNYA dengan penuh keredhaan... dan inilah yang dimaksudkan dengan... bila panas mentari menghilang... rupa2nya pelangi yang datang.


:: Harus kita sedari bahawa... tidak semestinya sesuatu yang menggembirakan kita itu baik untuk kita... adakalanya menjadi masalah yang amat menyusahkan kita. Malah kadang2nya bukan semua yang tidak kita sukai itu tidak baik untuk kita... sebab ada kalanya itulah punca kebahagiaan kita.


:: Hidup kita dan penghidupan kita wajar dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza... dari perspektif yang berbeza2. Bagi setiap ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita... wajarkah kita beranggapan bahawa Allah tidak mengasihi kita... sedangkan Yang Maha Pengasih itu adalah sifatNYA? Tidak bermakna Allah tidak mengasihi kita... cuma2nya kita yang gagal untuk melihat kebaikan yang terselindung... kita gagal untuk melihat dengan mata hati... sebab kita terbiasa melihat dengan mata kasar... dan inilah yang selalunya terjadi kepada kita...


:: Hujan yang turun... tidak baik bagi peniaga air batu campur... tidak baik bagi pejalan kaki... tetapi baik bagi penanam sayur... baik bagi ikan2 di kolam yang terasa bahang panasnya... dan baik bagi penjual payung. Itulah suatu contoh mudah. Kalau kita melihat semua perkara buruk itu sebagai buruk sahaja... maka hidup kita tidak akan lebih indah dari hanya sanya ketakutan2 kita terhadap kehidupan itu sendiri.


:: Hidup dan kehidupan tidak perlu kita risau dan bimbang... malah tidak perlu kita takuti. Memang diakui bahawa wajah kehidupan ini pelbagai dan rencam sifatnya... tetapi ketakutan kita terhadap hidup dan kehidupan selalunya akan mengheret kita bersama2 memperhodohkan pandangan kita dan jugak pendirian kita.