Monday, October 08, 2007

:: Melaram

:: Sekarang ni... macam2 jenis kereta ada di jalanraya... ada berjenama mahal keluaran luar negara... ada yang buatan tempatan... malah ada yang diubahsuai... mengikut citarasa dan kreativiti masing2... sebab lain orang lain citarasanya... lain kehendaknya... dan ini belum lagi melibatkan golongan yang amat meminati kereta antik... yang harganya melebihi harga rumah yang bagi sesetengah pihak lebih mengutamakan tempat beristirehat bagi keluarga... ratusan ribu harganya... malah ada yang mencapai tahap jutaan...

:: Apabila melihatkan bentuk dan kemampuan kereta yang diubahsuai... terfikir jugak kekadang tu... orang kita ni bijak... bijak berimaginasi dan bijak menjadikan imaginasi itu sebagai kenyataan... dan secara tidak langsungnya... dan secara tanpa disedari... kebijaksanaan kita ini mampu mengatasi kebijaksanaan jurutera kereta dan pereka bentuk kereta dari Jepun... apabila kereta buatan Jepun... berjaya diubahsuai dari rupa bentuk asalnya malah kemampuannya juga.

:: Walau bagaimanapun... pengubahsuaian kereta ada syaratnya dan ada peraturannya... dan kurang pasti samada paparan di bawah ini adalah maklumat terkini dari pihak JPJ atau tidak... dan untuk itu... sewajarnya pihak JPJ tidak kita lupakan dalam usaha kita cuba untuk memenuhi citarasa kita itu.



Ubah suai kenderaan perlu rujuk JPJ


KEGHAIRAHAN pengubahsuaian atau pemasangan aksesori perlu dirujuk pemilik kenderaan kepada pihak berkuasa terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tindakan ini bagi mengelak kerugian dikenakan kompaun atau kenderaan ditahan pihak berkuasa.


Berikut beberapa maklumat dan panduan untuk peminat yang mahu mengubah suai kenderaan. Pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti berikut:


Pemasangan spoiler udara di bahagian hadapan dan belakang.
Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu.
Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau mudguard.
Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan dan belakang.
Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
Pemasangan para bumbung.
Pemasangan sun roof di atas bumbung.
Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
Pemasangan lampu limpah atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan saja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.
Pemasangan pengadang angin, penutup lampu gentian kaca dan penutup enjin gentian kaca pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.

Pemilik kenderaan juga perlu menyedari garis panduan pihak berkuasa yang tidak membenarkan alat kelengkapan tambahan atau aksesori yang tidak dibenarkan dipasang pada kenderaan. Antaranya ialah:


Lampu berkelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga- berjaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
Pemasangan lampu limpah di bahagian belakang kereta.
Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70 peratus.

Penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20 peratus dari lebarnya dan di cermin tingkapsukuan dibenarkan.

Pemilik kenderaan juga perlu berhati-hati dalam pengubahsuaian terutama jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa kenderaan. Ia meliputi aspek bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor berkenaan. Kebenaran bertulis perlu diperoleh terlebih dulu daripada pihak JPJ. Contohnya:


Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
Pengubahan ke atas sistem bahan api.
Pengubahan ke atas sistem brek.
Pengubahan ke atas sistem stering.
Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
Penggunaan badan gentian kaca bagi menggantikan badan keluli.
Penukaran enjin.