Tuesday, October 09, 2007

:: Beriadahlah

:: Para penasihat pemakanan dan pegawai perubatan... sering memberikan gambaran bahawa tahap kesihatan kita mungkin terjejas akibat kealpaan kita terhadap cara hidup kita... cara pemakanan kita... makanan apa yang kita ambil dan makanan apa yang tidak kita ambil... cara bekerja kita... cara berekreasi kita dll... yang banyak menyumbang kepada kesihatan kita... dan sememangnya kini... kita seolah2 amat berhati2 menjaga kesihatan diri... dan banyak cara untuk kita beriadah... ada cara laksanakan yoga di tv dan terlalu banyak CD/VCD di pasaran yang boleh kita gunakan sebagai panduan... walaupun orang dulu2 cuma melakukan sesuatu aktiviti yang mampu mengeluarkan peluh yang "mencurah2" tanpa mengeluarkan sebarang biaya... tapi... zaman berubah... dan orang akan kata... aktiviti dah berubah mengikut kesesuaian masa... namun Pak Ngah lebih suka berlari2 anak naik turun tangga di rumah teres dua tingkat di Tabuan Jaya... dan di rumah kerajaan yang didiami sekarang secara bergilir... apabila tiada masa untuk beriadah di luar... yang juga berlari2 anak dan berjalan2 secara santai.




When Yoga Hurts - TIME