Thursday, October 18, 2007

:: Untuk renungan


Bahasa Melayuبهاس ملايو
Dituturkan di:
Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand, selatan FilipinaKadangkala di Australia dan Belanda
Rantau:
Asia Tenggara
Bil. penutur:
20–30 juta
Keluarga bahasa:
Austronesia Melayu-Polinesia (MP) MP Nuklear Sunda-Sulawesi Malayik Malayan Melayu Tempatan Bahasa Melayuبهاس ملايو
Status rasmi
Bahasa rasmi:
Brunei, Indonesia dengan nama bahasa Indonesia, Malaysia dengan nama bahasa Malaysia, Singapura
Dikawal oleh:
Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia (MABBIM), Dewan Bahasa dan Pustaka (Institut Bahasa dan Kesusasteraan)
Kod bahasa
ISO 639-1:
ms
ISO 639-2:
may (B)
msa (T)
ISO/FDIS 639-3:
Berbagai-bagai:
msaMelayu (generik)mlyMelayu (tertentu)btjMelayu BacanesebveMelayu BeraubvuMelayu BukitcoaMelayu Kepulauan CocosjaxMelayu JambimeoMelayu KedahmqgMelayu Kota Bangun KutaixmmMelayu ManadomaxMelayu Moluccas UtaramfaMelayu PattanimsiMelayu SabahvktMelayu Tenggarong Kutai
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol
fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris.
:: Kita telah memulakan pengajaran subjek2 tertentu di dalam bahasa inggeris ketika mantan Perdana Menteri menghampiri persaraannya... dan di dalam tempoh interim tersebut... pelbagai taklimat... mesyuarat... dan kursus dilaksanakan... dan hingga kini masih diadakan kursus "conversion" bahasa inggeris bagi guru2 yang mengajar subjek2 tertentu... yang sijil gurunya bukan dari opsyen tiga subjek utama tersebut.

:: Pelaksanaan sistem tersebut telah mengundang kepada pemberian BISP kepada guru2 yang mengajar subjek tersebut mengikut kadar2 tertentu dan syarat2 tertentu... yang melibatkan sejumlah biaya yang besar kepada pihak kerajaan.


:: Ekoran dasar ini... banyak pihak telah memberi pandangan masing2 berdasarkan persepsi masing2... pihak kerajaan ada pandangannya sendiri... pihak JPN/PPG/PPD/PPDK dan bahagian2 lain di dalam KPM jugak punya pandangan masing2... dan di bawah ini adalah salah satu dari pandangan antara puluhan juta rakyat negara ini terhadap dasar yang dilaksanakan.






Khamis 18 Oktober 2007 6 Shawwal 1428 Hijrah

Jangan salahkan bahasa Melayu jika tidak mampu kuasai ilmu - Dr Hassan Ahmad
Intan Abdullah Thu Oct 18, 07 7:11:17 am MYT


KUALA LUMPUR, 18 Okt (Hrkh) - Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka, Dato' Dr Hassan Ahmad menyanggah dakwaan sesetengah pihak yang mengandaikan bahawa bahasa asing 'lebih mampu' berbanding bahasa Melayu untuk berfungsi sebagai alat kemajuan bangsa.

Menerusi kolumnya dalam Klik DBP, sisipan Berita Harian semalam, Dr Hassan berkata walaupun ramai penutur bahasa Inggeris di seluruh dunia, keadaan kehidupan mereka masih tidak maju. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ia bukan disebabkan oleh bahasa, tetapi ia bergantung kepada penguasaan masyarakat terhadap bahasa itu sebagai alat kemajuan.
"Bahasa Melayu juga mampu untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa pemikiran tinggi yang tidak terhad. Yang terhad ialah daya kognitif pengguna bahasa ini," tulisannya dipetik.
Beliau menekankan, jikalau orang Melayu berasa tidak mungkin dapat berfikir tinggi atau menuntut ilmu tinggi dengan menggunakan bahasa Melayu sahaja, dan terpaksa menggunakan bahasa asing, ini bukan masalah kemampuan linguistik bahasa Melayu tetapi masalah mereka tidak mampu berfikir dalam bahasanya sendiri.

Hassan yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan menegaskan bahawa tujuan utama mempelajari bahasa asing yakni sebagai bahasa kedua adalah untuk menerokai serta mengkaji tamadun bangsa asing untuk memahami budaya serta kehidupan mereka.
"Ia bukan sekadar untuk berbual-bual biasa sesama bangsa sendiri, tetapi ia lebih bersifat ketamadunan," demikian ulasnya.

Tambahnya lagi, tidak timbul masalah bahasa, kecuali setelah segelintir orang Melayu termasuk beberapa orang pemimpin Melayu, menyetujui pendapat bahawa orang Melayu tidak akan maju dalam ilmu sains (aliran sains barat) jikalau ilmu itu tidak diajarkan dalam bahasa Inggeris.
Beliau dipercayai merujuk pembelajaran subjek Sains dan Matematik yang diwajibkan dalam bahasa Inggeris sejak lima tahun lalu, yang mendapat bantahan banyak pihak, namun langsung tidak diendahkan kerajaan.

Difahamkan majoriti pelajar Melayu terutama di kawasan luar bandar menjadi mangsa akibat dasar yang songsang itu. Malah, lebih keterlaluan lagi, di universiti tertentu, pengajaran kesusasteraan Melayu pun mahu diajar dalam bahasa Inggeris.

Hasan menguatkan hujahnya dengan menyatakan bahawa tidak salah kita mengetahui bahasa asing. Cuma yang salah adalah apabila kita menyebarkan ilmu yang kita perolehi dari tamadun luar itu kepada bangsa kita, tidak dalam bahasa kita tetapi dalam bahasa asing juga.
"Inilah punca kemunduran sesuatu bangsa," katanya.

Beliau turut membuat satu analogi yang menyatakan bahawa sekiranya Islam diperkenalkan kepada bangsa Melayu melalui bahasa Arab sahaja, tidak melalui bahasa Melayu, mungkin tidak banyak orang Melayu yang memeluk agama Islam.
"Ini kerana mereka tidak memahami apa-apa yang disyarahkan dan ditulis oleh ulama Melayu dalam bahasa Arab," ujarnya sambil mengakhiri tulisan tersebut, dengan mengkiaskannya dengan fenomena pengaplikasian bahasa Inggeris dalam menguasai ilmu sains dan matematik.